TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Video Lucu – Anak Sulung ini Tidak Dapat Terima Hakikat Ibunya Mengandung Lagi!

3 min bacaan
Video Lucu – Anak Sulung ini Tidak Dapat Terima Hakikat Ibunya Mengandung Lagi!

“Kenapa ibu perlu dapatkan seorang lagi baby? Ibu kan sudah ada dua anak!” Itu sebahagian daripada kata-kata spontan dan lucu budak lelaki yang baru terima berita kehamilan ibunya. Memang kelakar. Jom tonton video ini dan ketahui tip-tip untuk memberitahu anak tentang kehadiran ahli baru dalam keluarga anda!

Berita kehamilan sememangnya mampu membuat kita suami isteri teruja. Namun, dalam gembira itu pun, pasti akan ada yang terkejut…terutamanya mereka yang baru sahaja hendak bermanja dengan anda – anak anda!

Dalam video yang kami kongsikan di sini, seorang budak lelaki, si abang sulung, memberikan reaksi yang sangat lucu apabila menerima berita yang ibunya hamil lagi!

https://www.facebook.com/FatherlyHQ/videos/1270564026330070/

  “Ini sangat mengecewakan!” “Ini tidak masuk akal langsung. Bayi jenis apa itu?” “Alamak, bayi lelaki sangat teruk bila menangis. Belikan saya penyumbat telinga….”

Memang boleh tergelak sorang-sorang jika menonton video ini. Sambil si abang meluahkan perasaan tidak puas hatinya, si adik perempuan pula tenang sahaja duduk di sebelah.

Video Lucu – Anak Sulung ini Tidak Dapat Terima Hakikat Ibunya Mengandung Lagi!

Source: Cafemom.com

Cara-Cara untuk Memberitahu Anak Anda yang Anda Mengandung Lagi

Perkara sebegini pasti pernah terjadi di kalangan kita. Selepas menonton video ini, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah antara cara menarik untuk memberitahu anak anda akan kehadiran ahli baru dalam keluarga.

1.    Berkongsi Cerita Kehadiran Adik Baru Sambil Makan-Makan

Daripada kita terus secara tiba-tiba memberitahu anak kita tentang kehadiran bayi baru, apa kata kita sejukkan dahulu hati si kecil dengan makan-makan. Kalau anak sulung anda gemar makan kek, anda bolehlah membuat atau membeli kek yang istimewa untuknya.

Video Lucu – Anak Sulung ini Tidak Dapat Terima Hakikat Ibunya Mengandung Lagi!

Source: Cafemom.com

Sambil makan-makan, bolehlah anda mula berkongsi cerita. Letakkan mesej tentang kehamilan anda pada kek itu jika anda mahu.

Yang pastinya, si sulung pasti akan lebih mudah untuk menerima hakikat yang dia bakal menggalas tanggungjawab sebagai abang atau kakak kepada seorang lagi adik sambil menikmati sepotong kek di tangannya!

2.    Aktiviti Mencari Harta Karun Berserta Pengumumam Kehamilan

Jika anak anda gemar aktiviti mencari harta karun, mungkin ada boleh sembunyikan kad pengumuman kehamilan anda di mana-mana ruangan tersembunyi di dalam rumah anda.

Sertakan juga snek-snek yang sedap atau hadiah mainan bersama dengan kad ini. Sambil dia menikmati atau bermain dengan ‘harta karun’ yang dijumpainya, pasti dia juga akan teruja dengan pengumuman kehamilan yang anda sertakan itu.

Jika sudah tahu jantina bayi, tuliskan juga jantina bayi tersebut supaya mudah si sulung untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran bakal adik lelaki atau adik perempuannya.

3.    Melalui Penceritaan dari Buku Cerita Kanak-Kanak

Lagi satu cara menarik untuk memberitahu anak anda yang anda mengandung dan dia bakal menjadi abang atau kakak lagi adalah dengan berkongsi cerita tentang seronoknya mempunyai adik beradik.

Video Lucu – Anak Sulung ini Tidak Dapat Terima Hakikat Ibunya Mengandung Lagi!

Antara contoh buku yang memuatkan cerita tentang adik beradik yang boleh anda gunakan adalah seperti:

  • I’m a Big Sister atau I’m a Big Brother yang ditulis oleh Joanna Cole
  • There’s A House Inside My Mummy yang ditulis oleh Giles Andreae
  • Baby on the Way yang tulis oleh William Sears, Martha Sears & Christie Watts.

Bacakan buku ini kepada mereka sewaktu masa lapang atau sebelum tidur dan kemudian bolehlah anda memberitahu mereka tentang berita kehamilan anda.

Pasti si sulung lebih bersedia dari segi mental jika anda memberitahunya selepas dia mendengar kisah dari buku tersebut.

Bagaimana pula dengan anda? Pernahkah anda mempunyai pengalaman memberitahu anak-anak yang mereka akan menerima adik baru? Kongsikan cerita anda dengan kami di ruangan komen di bawah ini.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Video Lucu – Anak Sulung ini Tidak Dapat Terima Hakikat Ibunya Mengandung Lagi!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham