Sebaik sahaja ibu menanggalkan baju bayi, kenapa tiba-tiba ada bintik merah dan kesan garu yang membuatkan bayi gatal kulit? Jika ibu sedang mengalaminya, kemungkinan gatal kulit berlaku disebabkan timbulnya ruam di sekitar bahagian pelipat leher, kaki dan lengan si manja.
Ya, ruam leher boleh berlaku apabila dijangkiti yis yang dikenali sebagai Candida. Ruam juga muncul kerana kulit bayi yang sensitif mudah mengalami iritasi. Ia kerap terjadi pada bayi yang baru lahir dan masih menyusu badan. Kesan lelehan susu ibu menyebabkan bahagian di sekitar leher mengalami ruam-ruam merah.
Selain itu, faktor persekitaran yang panas dan lembap juga meningkatkan risiko peluh terperangkap di bawah kulit. Namun begitu, biasanya ruam akan hilang sendiri tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Tanda bayi gatal kulit
Sesetengah bayi tidak mengalami ruam yang teruk sehingga boleh menyebabkan ia berubah menjadi kering, luka dan bernanah. Tetatpi, ruam yang timbul disebabkan bakteria akan menyebabkan kulit sensitif dan mudah teriritasi terutama bayi yang mempunyai ekzema, mudah berpeluh, lelehan air liur dan saki-baki sisa susu yang tertinggal.
Namun, ibu ayah boleh bersedia untuk perhatikan tanda-tanda gatal kulit sekiranya ruam bayi bertambah teruk.
- Ruam merah melingkar dengan tepi terangkat
- Ruam merah dan benjolan kecil
- Tompok berwarna merah jambu yang lembap
- Tompok kasar dan bersisik
- Bengkak
- Perubahan warna kulit
- Luka pada lipatan kulit
Cara mengatasi ruam pada kulit bayi
-
Menjaga kebersihan bayi dengan menggunakan sabun yang tidak mengeringkan kulit.
-
Mengoles krim pelembap yang sesuai untuk melembapkan kulit bayi
-
Jika bayi mempunyai jangkitan yis, segera dapatkan pemeriksaan lanjut dan mendapatkan preskripsi krim anti kulat.
Loading...You got lucky! We have no ad to show to you!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ruam Naik Pada Muka, Leher dan Punggung Bayi – Ini Sebenarnya Apa Yang Ibu Perlu Buat!
Baca juga: Ruam Lampin Semestinya Tidak Selesa! Ini Senarai Nappy Cream Terbaik Yang Ibu Boleh Cuba Pada Anak
Baca juga: Penting Ambil Tahu Jenis Krim Yang Disapu Pada Kulit Anak, Jangan Pakai Sapu Saja