Bila Dah Ada Anak Kecil, Gaya Sporty & Atletik Terus Jadi Pilihan, Ini Tip Untuk Ibu Kekal Bergaya!

Gaya sporty menjadi pilihan ibu-ibu kala keluar melakukan tugasan atau menguruskan anak-anak, selain selesa, ia terjamin bergaya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara jujurnya, memang benar selepas anda mempunyai anak kecil perkara lain lebih diutamakan daripada gaya, iaitu keselesaan. Apabila perlu membeli barangan dapur, pada masa yang sama mengendong anak bongsu dan menolak stroller anak sulung, takkan nak pakai blaus dan skirt pula kan? Tentu saja gaya sporty jadi pilihan!

Lengging, jaket kalis air atau windbreaker, seluar pendek biker dah jadi BFF ibu-ibu sejak mempunyai anak. Ya, tak dinafikan memang ada ibu yang gigih masih lagi bergaya feminin dengan ber'dress' labuh, berblaus dan skirt semua, tapi untuk ibu-ibu yang tak menang tangan ini, memang gaya sporty jadi pilihan 24 jam! 

Tip untuk jadikan gaya sporty lebih bergaya

Dalam kita berbaju aktif ini, gaya tu jangan dilupakan. Tak salah langsung nak bergaya sporty 24 jam, yang penting ibu-ibu kena tahu penggayaannya. Ramai dikalangan ibu yang keliru nak bergaya aktif dalam masa yang sama nampak stylo, bukan? Jangan risau ibu-ibu kami tahu tip dan trik untuk tampil lebih menawan!

#1. Oversized 

Anda punyai jaket yang besar? Atau lebih dikenali dengan 'Oversized' padankannya dengan legging kegemaran ibu-ibu, kemudian pilih saja kasut sporty mana yang menjadi pilihan!

Gaya sporty ini cukup popular digayakan sekarang. Malah ia menjadi satu trend anak muda, mereka seringkali dilihat menggayakan baju oversized dengan jean skinny, bak gaya Ariana Grande barangkali. 

#2. Layering (gayakan dengan pakaian berlapis)

Kunci sebenar untuk memakai pakaian sporty adalah dengan styling berlapis! Ha, jika anda mempunya 'bra top' atau sleeveless yang agak menonjol, padankan saja dengan jaket kalis air. Memang bergaya! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Warna menarik

Sentiasa pilih pakaian aktif dengan warna yang menarik dan bukan setakat warna selamat seperti putih dan hitam. Kini sudah tahun 2022, anda mampu mengubah norma pemakaian sporty. 

Faham untuk sebahagian ibu-ibu yang memilih rona selemat kerana ingin tampak lebih terbentuk dan kurus. Tapi percayalah warna bukan penghalang untuk anda tampak lebih slim!

Yang pasti anda perlu tahu cara penggayaan yang betul. Contohnya, padankan jaket rona biru firus dengan legging hitam atau denim gelap, tentu ia memberi potongan badan yang menawan!

#4. Aksesori

Siapa kata nak ke majlis makan malam saja perlukan aksesori? Pakaian sporty pun memerlukan aksesori juga tau! Namun ia lebih edgy dan terbentuk. Contohnya pilih aksesori jam yang sporty dengan tali lebih besar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rantai choker juga tampak cukup serasi digayakan dengan sweater oversized, untuk yang bertudung pula pilih rantai halus bersalut perak atau emas. Loketnya pula pilih yang berunsurkan alam seperti bintang, koral atau bentuk hati!

#5. Pilih jenama dengan potongan bergaya

Cari jenama yang mempunyai potongan lebih bergaya yang mudah berubah dari gim ke rumah hingga menjalankan tugas dan menguruskan anak-anak. Pilihan terbaik untuk ibu-ibu adalah dengan koleksi Nothing But You dari jenama Capsule of Cosmic Journey!

Lihat saja 'oversized sweatshirt' dari Capsule of Cosmic Journey ini, ia cukup mudah untuk dipadankan dengan apa saja, malah cukup selasa untuk apa jua tugas anda seharian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh dengan mudah memadankannya dengan seluar jeans untuk makan tengah hari bersama rakan-rakan, kemudian pakai sepasang seluar ketat dan pergi ke gim!

Sekiranya anda berminat dengan koleksi Nothing Buy You dari Capsule of Cosmic Journey ini anda boleh layari laman web rasmi mereka dan membeli belah sevara atas talian, cukup mudah!

Jadi, kongsi dengan kami apakah pakaian kegemaran anda seharian untuk menjalankan tugas atau menguruskan anak-anak? Adakah anda lebih suka pakaian ibu yang sporty atau penampilan yang lebih feminin?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bilakah Ibu Boleh Bersenam Selepas Bersalin, Apakah Senaman Yang Mudah Untuk Kembali Langsing?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan