Buat Masa Ini Elakkan Bawa Anak Bawah 12 Tahun Ke Tempat Awam, Elak Jangkitan HFMD

Gejala HFMD menunjukkan trend peningkatan kes di seluruh negara. Pakar menasihatkan ibu sebolehnya elakkan bawa anak di tempat ramai orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut menunjukkan peningkatan di seluruh negara. Malah, peringatan dan nasihat turut disampaikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kepada ibu, ayah dan penjaga agar mengambil pendekatan berwaspada termasuk meningkatkan kebersihan bagi mengelak penularan jangkitan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Elak bawa anak ke tempat awam, waspada gejala HFMD
  • Ibu ayah perlu amanah ketika menjalani tempoh kuarantin
  • 93 peratus kes babitkan budak bawah 6 tahun

Sehubungan itu, seorang pakar turut menyarankan supaya kanak-kanak berusia kurang daripada 12 tahun supaya tidak berada di kawasan awam.

Elak bawa anak ke tempat awam, waspada gejala HFMD

Menerusi laporan artikel di UPM.edu.my, Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, beliau dilaporkan berkata, kerajaan boleh mengenakan peraturan larangan sementara untuk anak berusia kurang 12 tahun daripada berada di tempat awam yang menjadi tumpuan ramai bagi mengurangkan kes tersebut.

Beliau menjelaskan, jangkitan itu juga boleh berlaku secara mendadak disebabkan pendedahan kanak-kanak dengan persekitaran berbanding tempoh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dr Malina berkata, pencemaran silang daripada bendalir tubuh seperti air liur, hingus, kahak, najis atau kontaminasi daripada tangan individu yang tersentuh bendalir tersebut tetapi tidak dicuci bersih memungkinkan peningkatan kes yang mendadak.

Sehubungan itu, katanya, beliau menyarankan supaya elakkan kanak-kanak dibawa ke lokasi tumpuan ramai.

"Jika mereka tidak prihatin terutama bersifat ala kadar semasa membersihkan anak-anak selepas ke tandas atau ketika menukar lampin, besar kemungkinan jangkitan boleh berlaku. Tahap kebersihan kanak-kanak juga bergantung oleh ibu ayah, penjaga dan keluarga masing-masing.

“Kebersihan tangan terutama selepas membersihkan anak-anak yang membuang air besar perlu menggunakan air dan sabun. Jangan gunakan sanitiser dan tisu basah semata kerana tidak memadai untuk membersihkan ruang permukaan yang perlu dibersihkan," jelasnya menerusi artikel tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah perlu amanah ketika menjalani tempoh kuarantin

Pensyarah di Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM itu juga memberitahu, ibu dan ayah atau penjaga yang telah diberi cuti kuarantin perlu amanah dan bertanggungjawab terhadap cuti yang diberikan.

Mereka tidak sepatutnya menyalahgunakan cuti seperti pulang ke kampung, bercuti ke tempat peranginan, membeli-belah dan sebagainya.

"Dalam masa sama, saya mengesyorkan agar kerajaan mengenakan denda kepada ibu ayah yang menyalahgunakan cuti kuarantin yang telah diperoleh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Denda boleh dibuat dalam bentuk potongan elaun oleh majikan atau pembatalan rebat tertentu dalam cukai pendapatan," katanya memetik artikel tersebut.

93 peratus kes babitkan budak bawah 6 tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Data yang dilaporkan berhubung kes HFMD sehingga 21 Mei lalu iaitu sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 20/2022, sebanyak 47,209 kes telah dilaporkan.

Ia terdiri daripada 93 peratus atau 43,736 kes kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Seterusnya, kumpulan umur 7 hingga 12 tahun iaitu 2,765 kes (6 peratus) serta berumur lebih 12 tahun iaitu 708 kes (1 peratus).

Memetik laporan di Harian Metro berdasarkan berita di Bernama, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rafdzah Ahmad Zaki tidak menolak pengoperasian tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak secara sepenuhnya bermula pada awal 2022 mendorong kepada peningkatan kes.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau dilaporkan berkata, keadaan itu pastinya berbeza berbanding dua tahun lepas apabila premis berkenaan tidak dapat beroperasi akibat pelaksanaan PKP.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak dijangkiti HFMD dari taman permainan dalam mall! Kurangkan risiko dengan tips ini

Baca juga: Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!

Baca juga: Penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) makin meningkat, ini 3 langkah ibu ayah perlu buat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan