Anak Jatuh Tersembam Hingga Lidah Terbelah & Kena Jahit, Ibu Trauma Tragedi Dekat Gelongsor

Gelongsor, buaian dan jongkang-jongket antara permainan kesukaan kanak-kanak. Namun kecuaian sedikit boleh mendatangkan kecederaan si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi kanak-kanak, dapat bermain di taman permainan merupakan satu kepuasan kerana adanya ramai kawan dan pelbagai alat permainan seperti papan gelongsor, buaian dan jongkang-jongket.

Dalam keterujaan mereka bermain, ada kalanya boleh menyebabkan kejadian tidak diingini disebabkan oleh kecuaian kanak-kanak mahupun keadaan alat permainan yang tidak diselenggara dengan baik.

Ibu kongsi pengalaman anak tersembam di gelongsor hingga lidah terbelah

Seorang ibu, Norlina Sabri telah berkongsi pengalaman pahit yang dilalui apabila anaknya mengalami kecederaan ketika seronok bermain gelongsor.

Assalamualaikum, saya nak imbas kembali tarikh pada 8 Ogos yang lalu. Pada waktu itu saya kena berjumpa kaunseling dekat klinik disebabkan oleh anak saya berusia tiga tahun mengalami masalah lambat bertutur (speech delay) dan autisme.

Pulang dari klinik, saya ada ajak suami pergi ke taman permainan kanak-kanak dan anak saya seronok bermain gelongsor budak. Namun kejadian tidak diingi berlaku sangat pantas.

Suami saya tidak sempat menahan anak, lalu dia jatuh tersembam dekat papan gelongsor tersebut. Masa itu kami ingatkan bibirnya pecah. Tapi gigi dia tergigit lidah dan nampak terbelah.

Masa tu kami begitu takut dan menangis. Tunggu anak-anak yang lain balik sekolah dulu dan terus bawa dia ke unit kecemasan. Dari jam 8 malam hingga 12 malam, anak saya kena tahan wad sebab lidahnya memang kena jahit.

Paling kesian bila kena ambil darah. Dia meronta-ronta sebab terpaksa kena bedung. Dah ambil dekat tangan, dia cabut. Setiap kali kena pergi hospital anak, saya jadi trauma. Last dia minum susu pukul 7 malam, lepas tu dia tak nak sampailah esok hari jam 11 pagi.

Keadaan semakin baik selepas pembedahan

Masa masuk bilik bedah, part kena cium anak lepas tu kita kena tunggu luar paling menyedihkan. Dapat panggilan dari doktor: ”Anak puan dah selesai pembedahan,” laju ke saya pergi tengok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia masih dalam keadaan mamai-mamai. Sampailah jam 3 petang, barulah anak saya sedar. Laju je dia makan bubur. Alhamdulillah lepas pembedahan, lidah anak saya tak bengkak dan tiada pendarahan lagi. Allah mudahkan segalanya. Anak saya memang kuat.

Sehubungan itu, ramai yang mendoakan agar anak kecilnya segera pulih seperti sedia kala. Bukan itu sahaja, ada juga berkongsikan pengalaman yang hampir sama.

Anak saya tersembam lantai masa umur dua tahun lebih hingga patah gigi. Masa dekat kecemasan, doktor cabut gigi yang patah dan sebelahnya. Jadi dua batang doktor cabut. Sampai sekarang dia trauma nak jumpa doktor, nak pergi klinik atau hospital. Memang anak akan meraung sebab trauma. Mudah-mudahan anak awak cepat baik ya!

Saya pernah alami anak masuk bilik bedah. Bila doktor suruh cium anak, part tu memang berjurai air mata. Masa tu anak baru usia 2 bulan. Kemudian masa nak sunatkan dia ketika usia 3 tahun. Lepas tu, umur dia 4 tahun dagu terbelah sebab jatuh longkang. Kena jahit juga tapi abah dia yang temankan.

Bahaya kemalangan di taman permainan kanak kanak

credit foto: si cerdik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun ia menjadi tempat bergembira, bersenam dan beriadah, taman permainan kanak-kanak juga berisiko menjadi suatu tempat yang berbahaya jika langkah-langkah keselamatan tidak ditekankan.

Dianggarkan hampir 3,000 kes kemalangan berlaku di taman permainan Malaysia setiap 3 bulan. Ia selalunya melibatkan kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun.

Kemalangan yang kerap dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak. Peralatan permainan yang kerap dikaitkan dengan kemalangan adalah buaian, palang bergayut, gelunsur dan jongkang-jongkit.

Kemalangan di taman permainan ini boleh berlaku jika mereka:

  • Jatuh atau terpintas dari peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan.
  • Terhantuk atau terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain.
  • Terluka atau tercalar.

Tips keselamatan ketika anak bermain di taman permainan

  1. Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.
  2. Ibu ayah hendaklah sentiasa mengawasi pergerakan anak di taman permainan. Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak dengan kanak-kanak lain atau penggunaan peralatan di luar kawasan permainan yang disediakan.
  3. Periksa terlebih dahulu keadaan alat permainan sebelum beri anak bermain.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Budak patah tangan lepas ditendang dari gelongsor – ibu, awasi sikap anak anda!

Baca juga: Budak Maut Kerana “Teruja” Tika Main Gelongsor Air, Semuanya Kerana Sakit Tersembunyi

Baca juga:  Pisau Cukur Ditemui Di Papan Gelongsor, Lihat Betul-Betul Taman Permainan Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan