Sesi Tanya Pakar: Tanda Amaran Bagi Pergerakan/Tendangan Bayi Ketika Hamil

Gerakan bayi dalam perut atau tendangan bayi dapat menunjukkan kesihatan janin. Jika terdapat perubahan, ia boleh menjadi tanda amaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pergerakan bayi dalam kandungan adalah amat penting kerana ia menjadi petunjuk pada kesihatan janin. Namun, ada beberapa tanda amaran yang perlu diperhatikan oleh ibu hamil terhadap gerakan bayi dalam perut atau tendangan.

Perlu diingat bahawa setiap bayi mempunyai corak pergerakan yang berbeza, tetapi perubahan yang ketara atau tidak normal boleh menjadi tanda bahaya.

Jika anda ingin mengetahui tanda amaran gerakan bayi dalam perut atau tendangan bayi, jangan lepaskan peluang untuk bertanya dan mendapatkan jawapan daripada pakar kami, Dr. Ida Lilywaty Md Latar.

Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar Obstetrics And Gynaecology (O&G), Pantai Hospital Cheras di laman komuniti theAsianparent Malaysia.

1. Macam mana cara yang betul nak kira tendangan bayi? contoh dalam masa 5 minit, bayi banyak bergerak. Adakah setiap gerakan itu dikira berasingan atau hanya dikira satu sahaja?  

Jawapan: Jika gerakan dalam tempoh berdekatan dan jarak yang singkat dikira sekali. Jika jarak antara dua gerakan ialah 5 minit bolehlah dikatakan sebagai 2 kali.

2. Adakah menjadi keperluan bagi ibu mengandung, fetal doppler untuk periksa jantung bayi seperti yang dijual di pasaran?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapan: Tidak perlu fetal doppler untuk monitor bayi di rumah kerana tiada bukti saintifik menggunakan kaedah ini dapat mengelakkan masalah kepada bayi, lebih-lebih lagi sekiranya kandungan dengan risiko rendah. Kiraan gerakan bayi dalam perut dan pemeriksaan ibu hamil berkala dengan petugas kesihatan mengikut jadual lebih berkesan.

3. Adakah ibu minum ubat batuk boleh menyebabkan bayi kurang gerakan?

Jawapan: Ya, sekiranya ubat batuk itu menyebabkan ibu mengantuk, ia akan menyebabkan persepsi ibu kepada setiap gerakan bayi berkurang dan juga gerakan bayi secara am nya berkurangan juga. Tetapi pemeriksaan perlu dilakukan juga sekiranya perkara ini berlaku.

4. Tendangan atau gerakan bayi dalam perut yang macam mana memerlukan ibu peka untuk terus ke hospital? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapan: Perlu ke hospital sekiranya jumlah gerakan berkurangan dari hari-hari biasa ataupun tidak melengkapkan gerakan 10 kali dalam tempoh lebih kurang 12 jam dari masa bermula.

5. Berapa bulan usia kandungan ibu mengandung perlu mommy alert pergerakan bayi? sebab ada yang bersalin pramatang.

Jawapan: Biasanya apabila telah masuk trimester ketiga (28 minggu)

6. Adakah perlu ibu alert pergerakan bayi even selepas waktu 9pagi-9malam (seperti dalam prosedur buku pink)?

Jawapan: Ibu perlu juga alert pada waktu malam, tetapi lebih kepada subjective alertness kerana waktu yang tidak praktikal untuk dibuat secara objective kerana waktu tidur dan rehat ibu waktu malam jadi persepsi mungkin akan berkurangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Bayi agak relax waktu malam, perlukah ibu segera pergi ke hospital?

Jawapan: Bilangan gerakan bayi dalam perut yang penting dan kebanyakan bayi lebih aktif juga pada waktu malam. Asalkan secara subjektif bilangan gerakan seperti biasa.

8. Apakah kesan jika ibu sambung tidur pada waktu selepas waktu perkiraan? 9mlm (spt dalam buku pink)?

Jawapan: Tiada kesan. Waktu rehat ibu seperti biasa dan jangan jejaskan waktu rehat ibu semata-mata untuk mengira gerakan bayi dalam perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Adakah jumlah air ketuban sedikit boleh mempengaruhi gerakan bayi dalam kandungan?

Jawapan: Jumlah air ketuban yang berlebihan daripada normal boleh menyebabkan persepsi gerakan kurang. Begitu juga sekiranya lebih. Tetapi ini adalah masalah kandungan yang tetap memerlukan perhatian sekiranya berlaku dan tidak boleh diambil ringan. Ibu perlu dapatkan pemeriksaan sekiranya berlaku.

10. Adakah benar info yang mengatakan makanan tertentu seperti ais, benda manis ini boleh merangsang pergerakan bayi?

Jawapan: Benar. Sekiranya puan kurang makan akan minum dan terhidrat, gerakan bayi dalam perut boleh berkurangan dan puan boleh makan dan minum dahulu dan lihat sekiranya gerakan lebih baik. Jika masih berkurang, tetap perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan