X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Take Note Tips Ini Jika Anak Anda Menyusu Ketika Tidur, Kerana...

20 Jul, 2020
Take Note Tips Ini Jika Anak Anda Menyusu Ketika Tidur, Kerana...

Tanpa ibu bapa sedar, akibat kelalaian mereka yang menganggap gigi hitam, rosak perkara biasa menyebabkan anak perlu menanggung kesakitan.

Gigi hitam, rosak dan tidak bersih ibarat pemandangan biasa kita lihat pada kanak-kanak kini, dan perkara itu ada kalanya jadi kebiasaan dan mungkin langsung tidak merisaukan ibu bapa disebabkan mereka menganggap perkara itu biasa saja.

Tanpa ibu bapa sedar, akibat kelalaian mereka anak ini perlu melalui pelbagai kesakitan malah rawatan pembedahan bagi mengembalikan semula kesihatan anak mereka.

Seperti yang dikongsikan seorang ibu di laman sosial Facebook, Leeya Yayya beliau rasa menyesal mungkin kerana menganggap masalah gigi anaknya remeh, kanak-kanak berusia 2 tahun 4 bulan itu terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang giginya yang rosak.

Gigi hitam, rosak perlu perhatian segera. Jangan biar ya ibu!

gigi hitam rosak

Menerusi perkongsiannya, Leeya berkata ramai yang bertanya kepadanya kenapa anaknya Ayden baru berusia 2 tahun 4 bulan tetapi perlu menjalani pembedahan untuk mencabut semua giginya.

Beliau berharap perkongsiannya mengenai perkara itu dapat membantu ibu lain dan bermanfaat dalam menjaga kesihatan dan kebersihan gigi anak-anak.

Beliau menjelas, anaknya memang mengalami masalah gigi sejak kecik, dan susah untuk gosok gigi. Hanya dengan paksaan sahaja gigi kanak-kanak itu boleh digosok.

Beliau menjelaskan, anaknya juga selalu mengalami gusi berdarah apabila gosok gigi, malah menangis pun gusinya boleh berdarah!

Kanak-kanak itu juga seringkali mengadu sakit gigi, tetapi selepas itu dia akan normal kembali. 

“Ayden ni dari kecik gigi dia problem, nk gosok gigi punya la payah (paksa je cara berkesan).. gusi slalu darah bila gosok gigi, bila nangis pun boleh darah gusi dia.. & dia slalu ngadu sakit gigi tapi on off.”

Hanya minum susu saja

Leeyya turut menjelaskan, anaknya memang langsung tidak mahu makan dan hanya minum susu setiap hari. Katanya ada kemungkinan anaknya tidak mahu makan kerana giginya yang sakit, walaupun ketika melihat orang lain makan Ayden seperti mahu makan sama. 

Apabila diberi makanan, anaknya hanya akan kemam dan keluarkannya balik. Bukan dia tidak pernah membawa anak kecil itu ke klinik gigi, tetapi disebabkan giliran menunggu terlalu lama, membuatkannya jadi tertunda. 

Nak dijadikan cerita, Ayden menangis tidak henti dan tidak boleh tidur malam selama 2 hingga 3 hari yang membuatkan ibu ini membawanya ke bahagian kecemasan hospital. 

“Mama bawak pergi emergency sbb buntu tak tahu nk buat apa, bagi paracetamol pun tak jalan, tapi tak membantu sbb takde doc gigi yg on call.. esoknya mama bwak pergi klinik swasta, doc ckp kena pergi klinik gigi gomen jgk & kena mintak jgk refer pakar sebab gusi ayden dh bengkak.. kemungkinan kena cabut semua gigi dia..”

Punca utama menyusu ketika tidur

gigi hitam rosak

Pakar bedah mulut menyatakan punca utama kerosakan dan gigi anaknya reput adalah kerana menyusu ketika tidur yang mana sepatutnya selepas dia minum susu perlu dibilas dengan air kosong sebenarnya. Selain itu perlu lap dengan kain basah gigi anak kecil itu.

“Doc cakap punca utama menyusu time tido.. memang ayden kuat menyusu time tido, 2/3 botol malam2.. lagi2 dia tak makan lgsung jadi susu memang byk dia mnum.. Patutnya kena bilas dgn air masak lepas menyusu & kena lap dgn kain basah gigi dia.. tp silap mama sebab tak pernah buat.. maafkan mama ye nak sbb tak pernah ambil tahu.. moga2 jadi panduan untuk ibu2 semua..”

Tips jaga gigi anak

gigi hitam rosak

Pendek kata, kesihatan dan kebersihan gigi anak adalah tanggungjawab ibu bapa kerana kesihatan mulut anak anda bermula daripada anda. Berikut adalah pesanan doktor jika mahu gigi anak anda sihat:

  1. Tiada botol susu dlm mulut semasa tidur
  2. Jika minum susu sebelum tidur bilas dengan air kosong dan lap gigi anak dengan kain basah
  3. Elakkan memberi makanan manis dan ‘junk food’ kepada anak
  4. Sentiasa berus gigi anak anda ( anak kecil tidak akan blh membersihkan satu mulut, selalu akan berus gigi depan sahaja)
  5. Boleh gunakan ubat gigi berfluorida dalam jumlah yang sedikit ( setelah anak anda pandai untuk meludah)
  6. Bawa anak anda berjumpa doktor gigi seawal enam bulan pertama kelahiran

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Leeya Yayya, Kementerian Kesihatan

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Duduk Di Rumah Menyebabkan Masalah Lebih Mendalam Seperti Screen Time Berlebihan & Diet Tak Teratur
Duduk Di Rumah Menyebabkan Masalah Lebih Mendalam Seperti Screen Time Berlebihan & Diet Tak Teratur
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
What to Expect After A C-Section And Speed Up Scar Healing
What to Expect After A C-Section And Speed Up Scar Healing

https://my.theasianparent.combayi-9-bulan-belum-tumbuh-gigi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Take Note Tips Ini Jika Anak Anda Menyusu Ketika Tidur, Kerana...
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham