Seorang veteran askar menerima gigitan serangga semut lebih dari 100 kali di seluruh badannya semasa dia berada dalam keadaan lemah di tempat tidurnya di Hospital Hal Ehwal Vateran Atlanta dalam beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia.
Semasa kejadian, Laquana Ross yang merupakan anak perempuan mendiang veteran askar udara Joel Marrable telah melawat bapanya kerana mangsa dirawat atas sebab menghidap kanser. Namun dia terkejut apabila tangan bapanya membengkak dan tubuhnya lebam serta kemerahan.
[tap-poll id=]
Lantas itu, Ross memaklumkan hal tersebut kepada pusat perubatan berkenaan kerana terlalu bimbang dan keliru dengan apa yang dilihat.
Terkejut bapa terkena gigitan serangga
Seusai memberitahu petugas hospital tersebut, mereka berkata bapanya digigit semut hingga menyebabkan Marrable meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Namun anaknya Ross tidak berpuas hati dengan kematian bapanya itu dan mempersoalkan tanggungjawab hospital tersebut dalam menguruskan pesakit.
Atas sebab itu, pihak pengurusan hospital terbabit mengeluarkan kenyataan di atas kejadian yang berlaku pada Marrable dengan menerangkan pihaknya telah memeriksa semua katil pesakit, mengeluarkan bekas makanan yang terbuka, mendapatkan khidmat kawalan serangga dan melakukan pemeriksaan terperinci.
Malah selepas kejadian yang berlaku pada Marrable, pihak hospital mengambil inisiatif terbaik kepada pesakit lain agar kes yang sama tidak berulang kembali. Malah, pihak pengurusan hospital terbabit turut memohon maaf dan menyesali dengan apa yang telah terjadi serta menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.
8 Cara untuk legakan gigitan serangga
– Kulit kayu manis : Ambil serbuk kayu manis dan campurkan dengan air. Kemudian sapu di bahagian yang terkena gigitan. Biarkan ia selama satu jam.
– Letak ketulan ais : Balut bekas gigitan serangga dengan balutan ketulan ais. Tempat itu akan rasa kebas sekaligus mengurangkan rasa sakit dan tak selesa.
– Buah betik : Potong secebis buah betik dan letakkan pada kesan gigitan. Sakit akan rasa sedikit lega.
– Bawang merah : Tenyeh bawang merah pada gigitan serangga supaya gatal cepat hilang.
– Uncang teh : Ambil uncang teh yang sudah direndam dalam air dan letak pada kesan gigitan.
– Ubat gigi : Sapu ubat gigi pada bahagian badan yang kena gigit itu.
– Aloe vera: Ambil lendir aloe vera dan sapu pada kesan gigitan. Lama-lama sakit akan pulih.
– Cecair kumur mulut : Guna cecair kumur mulut yang beralkohol dan sapu pada bintik merah yang kena gigit itu. Lama-lama rasa tak selesa akan hilang.
Mudahkan petua yang dikongsikan ini dan semua bahan senang nak dapat di kedai berhampiran rumah.
Untuk mendapatkan lebih banyak petua anda boleh berkongsi pendapat dan bertanyakan soalan dalam aplikasi theAsianparent bersama ibu bapa yang lain.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Aol
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: