X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kanak-Kanak Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Hanya Kerana Gigitan Serangga!

3 min bacaan
Kanak-Kanak Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Hanya Kerana Gigitan Serangga!

Ibu ini tak sangka, gigitan serangga pada anaknya itu menunjukkan tanda jangkitan kuman pemakan organ! Kini, dia hanya berharap kaki anaknya tidak dipotong.

Seorang ibu menceritakan bagaimana dia menyesal apabila tidak mengendahkan gigitan serangga yang membawa punca anaknya dijangkiti kuman pemakan organ, baru-baru ini. 

Jangkitan kuman pemakan organ itu cukup teruk, sehingga doktor mungkin terpaksa memotong kaki kanak-kanak ini!

Berikut kronologi cerita yang menyedihkan ini. Diharapkan lebih ramai ibu bapa di luar sana peka dengan tanda jangkitan kuman pada kanak-kanak. 

Ibu Panik Apabila Anak Menunjukkan Tanda Jangkitan Kuman 

tanda jangkitan kuman, tanda jangkitan kuman pada kulit,

Juliana Hisyam berkongsi kisahnya ini di Facebook, apabila anaknya Imraan Danish terkena jangkitan yang serius. 

“Imraan Danish terkena jangkitan Streptococcus Jenis A. Ia sejenis kuman pemakan organ yang boleh merosakkan seluruh badan anak saya.

Doktor cakap Imraan mungkin tak berjaya diselamatkan. Dia ditahan dalam CICU selama 14 hari. Nasiblah anak saya selamat!”

Tidak cukup setakat itu sahaja, Imraan masih ditahan selama sebulan di hospital. Kaki kanannya teruk dijangkiti kuman, jadi doktor memerlukan masa untuk memantau. 

Update terbaru dari Juliana mendedahkan, Imraan kini telah keluar dari hospital, tapi masih diberi ubat dan pemantauan. Walau bagaimanapun, tiada banyak yang berubah. Mereka masih mengharapkan doktor dapat menyelamatkan kaki kanan Imraan. 

Menurut Juliana, semuanya bermula dari satu gigitan serangga. Dia syak anaknya menggaru luka gigitan itu, lalu membawa kepada jangkitan bakteria yang lebih teruk. 

“Jangan jadi seperti saya. Saya sangka ia hanya gigitan biasa. Jika ada sebarang tanda seperti demam yang tinggi, ruam atau hilang selera makan pada anak, segeralah bawa dia berjumpa doktor.”

Post Juliana di Facebook boleh dibaca di sini.

Tanda Jangkitan Kuman: Apa Itu Kuman Pemakan Organ?

tanda jangkitan kuman, tanda jangkitan kuman pada kulit,

Necrotizing fasciitis, atau kuman pemakan organ, adalah kuman yang sangat jarang berlaku. Namun, ia cepat merebak di dalam badan dan mampu menyebabkan kematian. 

Necrotizing fasciitis boleh menyebabkan sepsis, kejang, sawan, dan kegagalan fungsi organ. Ia juga boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk menggunakan tisu badan yang telah terjangkit.

Menurut CDC, hampir 1 ke 3 orang dengan Necrotizing fasciitis maut selepas dijangkiti. Segera berjumpa doktor jika anda mengalami pening, rasa nak muntah selepas tercedera atau melalui pembedahan. 

Apa Yang Menyebabkan Necrotizing Fasciitis?

Ada banyak sebab kenapa Necrotizing fasciitis boleh terjadi. Tapi salah satu daripadanya ialah Streptococcus kumpulan A. Ia merebak ke kulit melalui:

  • Luka calar
  • Luka melecur
  • Gigitan serangga
  • Luka disuntik 
  • Luka pembedahan

Individu yang menghidap kencing manis, kegagalan buah pinggang, kanser dan lain-lain lebih terbuka untuk kena Necrotizing fasciitis. 

Tanda Jangkitan Kuman Necrotizing Fasciitis

tanda jangkitan kuman, tanda jangkitan kuman pada kulit,

Tanda awal jangkitan kuman Necrotizing fasciitis:

  • Kawasan merah atau bengkak di kaki semakin merebak 
  • Sakit di beberapa kawasan, termasuk sakit di kawasan kulit yang merah dan bengkak
  • Demam

Segera jumpa doktor jika anda atau anak-anak mengalami tanda jangkitan kuman ini. 

Tanda jangkitan kuman Necrotizing fasciitis selepas beberapa ketika: 

  • Ulser, lepuh, atau tompok hitam di kulit
  • Perubahan warna kulit
  • Keluar nanah di kawasan luka
  • Pening
  • Cepat penat
  • Rasa nak muntah

Cara Mencegah Jangkitan Kuman Pada Kulit

tanda jangkitan kuman, tanda jangkitan kuman pada kulit,

Setelah anda menyemak tanda jangkitan kuman pemakan organ ini, pasti anda mahu tahu apa cara-cara mencegahnya, bukan? 

Ha… di sini ada beberapa cara. Tapi yang paling penting: Sebarang luka harus dijaga dengan rapi untuk mengelak jangkitan kuman pada kulit. Maka, anda haruslah:

  1. Basuh luka atau cara dengan sabun dan air
  2. Basuh dan tutup luka yang terbuka dengan bandage kering, hinggalah luka sembuh
  3. Jumpa doktor jika luka terlampau dalam atau serius
  4. Basuh tangan dengan sabun sekerap mungkin

Jika anda ada luka yang terbuka atau jangkitan kulit, elak berada di:

  • Hot tubs
  • Kolam renang
  • Tasik, sungai, laut

Semoga perkongsian ini berguna buat anda! Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Sumber rujukan: CDC, WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Melawan jangkitan Pneumococcal

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Kanak-Kanak Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Hanya Kerana Gigitan Serangga!
Kongsikan:
  • Wanita Terkejut Lihat Tanda Kanser Payudara Yang Dia Tak Sedar Selama Ini!

    Wanita Terkejut Lihat Tanda Kanser Payudara Yang Dia Tak Sedar Selama Ini!

  • Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

    Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Wanita Terkejut Lihat Tanda Kanser Payudara Yang Dia Tak Sedar Selama Ini!

    Wanita Terkejut Lihat Tanda Kanser Payudara Yang Dia Tak Sedar Selama Ini!

  • Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

    Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.