Semua Nak Cepat, Tak Boleh Sabar! Jangan Marah Ibu...Anda Patut Bersyukur, Ini Tanda Anak Ada Growth Mindset!

Kurang sabar, semua nak cepat. Paling suka bertanya soalan luar kotak, kadang kala buat ibu ayah pening. Ini tanda anak anda miliki growth mindset.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasan tak? Anak-nak kecil kadang kala semua benda nak cepat. Lambat sikit mulalah dia mengamuk atau moody. Ke laut terus moodnya. Lebih-lebih lagi jika sudah berusia tiga tahun ke atas. Kita sampai rasa nak marah kadang-kadang. Jangan marah dulu ibu. Perangai sebegitu dikatakan baik juga kerana ia bukti anak anda ada growth mindset.

Kadang kala kita rasa kelam kabut nak selesaikan hal anak yang semuanya mahu cepat saja. Bila dah jadi macam itu, mulalah kita pun rasa nak naik anginkan?

Jadi kami kongsikan kali ini perkongsian daripada pengasas positive parenting circle, Mohd Fhais Salim mengenai ciri-ciri anak yang memiliki growth mindset.

Tidak sabar nak buat sesuatu antara tanda anak anda ada growth mindset

Growth mindset adalah gaya pemikiran tanpa batasan yang sentiasa belajar dan cepat berkembang. Jadi mereka ini akan nampak lebih matang dan sangat cerdik daripada kanak-kanak seusia mereka.

Tapi, perangai mereka ini kadang kala buat ibu bapa pening. Jadi buat nak marah pun ada juga. Ini antara ciri-ciri yang ada pada anak yang memiliki growth mindset.

Ini antara tanda-tandanya:

#1. Dia suka bertanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap benda kalau boleh dia tahu. Pantang lalu depan mata, mesti dia nak tanya. Kenapa awan biru, rumput hijau. Bahkan sampai macam mana adik keluar dari perut mama tu pun dia tanya.

Anak yang ada growth mindset ni memang tinggi nafsu “belajar” dia. Jangan malas jawab soalannya ya, terbantut dia nak belajar nanti.

Kadang-kala soalan mereka memang di luar kotak yang membuatkan ibu bapa terkedu nak jawab. 

#2. Dia susah nak takut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau kita dah kata itu bahaya, tak boleh buat. Tetap dia nak buat juga. Bukan sebab dia tak tahu tu bahaya, tapi sebabnya dia tak “rasa” pengalaman tu lagi.

Anak begini dia kalau dah pasang azam nak tahu sesuatu perkara, dia akan buat juga. Larang la macam mana pun, kalau dapat peluang mesti dia buat juga.

Mungkin masa kita larang dia tak buat, tapi bila kita dah beredar dari tempat tu, ada kemungkinan dia akan buat semula. Perasan kan ada anak yang memang macam itu. Menyirap juga kadang kala ibu bapa dibuatnya.

#3. Dia suka eksperimen, mainan cepat rosak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pantang nampak benda pelik atau baru sikit. Mesti di bedahnya nak tengok apa isi dalamnya. Yang selalu jadi mangsa ialah alat mainan dia sendiri. Baru beli dah rosak. Bukan anak tu ganas tapi anak jenis yang suka explore benda-benda baru ni.

Kalau tak nak rosak kena la layan dia bedah dan eksperimen dengan cara yang betul supaya tak rosak. Beli anak patung sekejap saja kakinya sudah tertanggal. Hilang kepala atau rambut.

Beli kereta sekejap saya hilang rodanya. Ini tanda anak anda suka bereksperimen. Layan sajalah dia. Ia sangat membantu dalam perkembangan mindanya. 

#4. Dia tak boleh sabar

Selalunya anak yang ada growth mindset ni susah nak bersabar. Contohnya kalau dia dah tanya soalan, dia nak jawapan segera. Selagi tak dapat selagi tu dia duk tanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi satu, kalau kita dah cakap awal dengan dia nak pergi bercuti. Setiap hari dia akan duk tanya, “bila nak pergi”. Dengan anak begini tak boleh cakap awal-awal sebab nanti otak dia tak boleh berhenti berfikir selagi dia tak pergi.

#5. Dia bijak dan kreatif

Hah habis periuk, senduk dan tudung saji jadi bahan eksperimen dia. Semua benda dia nak main. Anak begini senang nak bermain, apa sahaja yang ada di sekeliling dia boleh jadi mainan. Imaginasi tanpa batasan betul.

Itu yang jadi kadang kala susu tepung atau beras ibu di dapur disepahkan. Memang buat nak marah, tapi itu tanda otak anak anda sedang berkembang dan meneroka apa yang ada di sekelilingnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 10 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Sangka Nakal Namun Sebenarnya Tidak

Baca juga: 5 Perangai “Jahat” Yang Mungkin Anak Manja Anda Itu Sedang Buat Sekarang

Baca juga: Ibu Bapa, Berhenti Tanya “Kenapa” Jika Mahu Anak Dengar Cakap Anda Bila Dia Buat Perangai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar