X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

GSK Menyokong Kepentingan Pengambilan Imunisasi Dalam Kalangan Orang Dewasa

4 min bacaan
GSK Menyokong Kepentingan Pengambilan Imunisasi Dalam Kalangan Orang Dewasa

GSK ialah syarikat biopharma global dengan cita-cita dan tujuan untuk menyatukan sains, teknologi dan bakat untuk bersama-sama mendahului penyakit

Kuala Lumpur, 24 April 2024: Tatkala penduduk Malaysia beralih kepada demografi yang semakin  berusia, kepentingan imunisasi dewasa menjadi semakin ketara. Dengan memastikan individu  menerima vaksin yang diperlukan, orang dewasa boleh kekal aktif, menjadi ahli yang sihat dalam  masyarakat dan ekonomi, sekali gus memanjangkan produktiviti, mengekalkan sumbangan kepada  ekonomi tempatan, dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan, walaupun mereka memasuki  usia emas. 

Minggu Imunisasi Sedunia [24 April – 30 April] ini merupakan masa untuk meningkatkan kesedaran  tentang kesihatan dan impak sosioekonomi vaksinasi secara global serta meningkatkan perubahan  dasar yang diperlukan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan,  terutamanya di Malaysia. 

Menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah individu berumur 65 tahun dan  ke atas semakin meningkat dengan kira-kira 2.5 juta orang termasuk dalam kategori ini. DOSM  juga mengunjurkan bahawa Malaysia akan mempunyai jumlah yang hampir sama daripada  golongan muda (18.6%) dan golongan berusia (14.5%) pada tahun 2040. Hal ini bermakna dalam  tempoh kurang 2 dekad, golongan berusia akan melepasi 6.0 juta, sekali gus menjadikan Malaysia  sebagai masyarakat yang berusia. 

Bersempena dengan Minggu Imunisasi Sedunia 2024, GlaxoSmithKline (GSK) menganjurkan  wacana yang tepat pada masanya, menghimpunkan pakar tempatan dan global untuk berkongsi  perspektif mereka tentang landskap vaksin yang semakin berubah, faedah vaksin kepada orang  dewasa yang lebih tua, dan nilai sosioekonomi imunisasi dewasa.  

Acara ini dilengkapkan lagi dengan perbincangan panel tempatan yang menampilkan perbincangan  yang bernas, perbahasan yang rancak dan perkongsian pengetahuan yang luas dalam  memperlihatkan keberkesanan pencegahan penyakit cegahan vaksin (VPD) dalam kalangan orang  dewasa Malaysia, cabaran utama yang dihadapi oleh industri penjagaan kesihatan, serta peluang  untuk membangunkan penyelesaian yang praktikal dan berkesan dalam peralihan ke arah  masyarakat semakin berusia yang lebih sihat di negara ini.

Dr. Thanabalan Fonseka, Pengarah Perubatan Vaksin GSK Malaysia berkata: “Inisiatif  imunisasi kanak-kanak di sekolah dan dalam komuniti sudah mantap dengan kadar liputan yang  tinggi. Berbeza dengan situasi ini, cabaran utama berhubung dengan vaksinasi golongan dewasa  terletak pada kurangnya kesedaran mengenai VPD dan pilihan pencegahannya. Akibatnya, ramai  orang dewasa masih tidak menyedari pentingnya mengemaskini vaksinasi yang terkini atau  mungkin secara tidak sengaja terlepas pandang cadangan untuk suntikan penggalak atau vaksin  yang baharu yang boleh didapati apabila mereka semakin berusia.” 

Selain itu, halangan logistik, seperti akses yang terhad kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan  dan kekangan kewangan, terus menjejaskan kadar vaksinasi dewasa. Oleh itu, terdapat keperluan  yang mendesak untuk meningkatkan kesedaran, menambah baik kebolehcapaian, serta  menekankan betapa mustahaknya memberikan keutamaan kepada vaksinasi dewasa bagi  memastikan perlindungan menyeluruh terhadap penyakit yang boleh dicegah sepanjang masa  dewasa. Kita mesti beralih daripada “penjagaan sakit” kepada penjagaan kesihatan pencegahan  sebenar untuk menjadikan imunisasi dewasa sebagai standard penjagaan dengan membina  kepercayaan terhadap nilai vaksinasi dewasa dalam kalangan rakyat Malaysia,” tambah Fonseka. 

Apakah Imunisasi Dewasa? 

Vaksin dewasa ialah vaksin yang disyorkan khusus untuk individu dewasa bagi melindungi diri  daripada pelbagai penyakit cegahan vaksin (vaccine-preventable diseases, VPD). Pemvaksinan  dewasa yang paling lazim antara lainnya termasuklah COVID-19, influenza, penyakit pneumokokal,  herpes zoster, dan ‘respiratory syncytial virus’ (RSV). 

Siapakah yang Berisiko? 

Kumpulan umur yang berisiko untuk pelbagai penyakit yang disasarkan oleh vaksinasi dewasa  berbeza-beza bergantung pada penyakit. Walau bagaimanapun, secara amnya, orang dewasa  yang berumur 50 tahun ke atas berisiko lebih tinggi untuk penyakit berjangkit tertentu disebabkan  oleh faktor seperti sistem imun yang semakin merosot akibat penuaan, keadaan kesihatan sedia  ada dan imuniti vaksin yang menurun mengikut peredaran masa. Adalah penting untuk diambil  perhatian bahawa walaupun orang dewasa yang lebih berusia selalunya berisiko lebih tinggi,  penyakit tertentu boleh menjejaskan orang dewasa dari semua peringkat umur. Selain itu, individu  yang mempunyai sistem imun yang lemah akibat keadaan seperti HIV/AIDS, kanser atau ubat  imunosupresif mungkin lebih terdedah kepada penyakit berjangkit tanpa mengira usia. 

Semasa Minggu Imunisasi Sedunia, GSK bersatu secara global untuk menekankan betapa  mustahaknya imunisasi dewasa. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang  kelebihan kesihatan, struktur dan sosioekonomi meluas yang berpunca daripada penggunaan  ekstensif vaksin dewasa untuk setiap individu di seluruh dunia. Dengan kerjasama pihak  berkepentingan merentas industri, kami menetapkan sasaran untuk menyokong Program 50 tahun  Perluasan Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk melakukan apa-apa yang boleh  dilakukan secara manusia, iaitu menyelamatkan nyawa melalui imunisasi.

GSK terus menekankan betapa pentingnya pencegahan sebagai asas penjagaan kesihatan.  Dengan salah satu portfolio vaksin yang paling luas di seluruh dunia, GSK komited untuk  melindungi individu dari semua peringkat umur, termasuk orang dewasa yang lebih tua dan  membentuk semula dasar berhubung dengan imunisasi dewasa untuk kekal berada di hadapan  dan meneruskan momentumnya untuk memainkan peranan dalam penambahbaikan kesihatan  awam di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus layari laman web GSK Malaysia.

Stories Rakan Kongsi
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Everything You Need To Know About Immunisation For Your Child In Malaysia
Everything You Need To Know About Immunisation For Your Child In Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • GSK Menyokong Kepentingan Pengambilan Imunisasi Dalam Kalangan Orang Dewasa
Kongsikan:
  • Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

    Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

  • Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

    Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

  • Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

    Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

  • Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

    Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

  • Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

    Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

  • Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

    Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham