Kejutan Rare Sempena Hari Guru, Ibu Murid Hadiahkan Rotan Untuk Cikgu Sekolah

Hadiah Hari Guru bagi tahun 2022 dianggap lain dari yang lain apabila ada seorang ibu memberi rotan panjang untuk guru yang mengajar anaknya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanggal 16 Mei, Hari Guru disambut pada setiap tahun di Malaysia sebagai penghargaan kepada pendidik atas pengorbanan mereka membimbing dan mendidik anak bangsa. Pada waktu itulah, ibu dan ayah memikirkan hadiah sempena Hari Guru untuk diberikan kepada cikgu anak-anak di sekolah tanda terima kasih.Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Hadiah rotan sempena Hari Guru
  • Netizen beri pelbagai reaksi

Baru-baru ini tular di dalam media sosial TikTok berkenaan video dimuat naik seorang ibu menerusi akaun @nanijoe03 yang menghadiahkan rotan untuk guru anak lelakinya. Menerusi video dimuat naik, hadiah tersebut dihantar ke sekolah dan diserahkan kepada anaknya.

Hadiah rotan sempena Hari Guru

Berdasarkan video yang dimuat naik, kelihatan rotan beserta pen yang diikat hiasan reben warna biru dan merah serta terdapat kertas kecil di setiap rotan tersebut.

Selain itu, terdapat satu jambatan bunga turut diserahkan kepada anak untuk dihadiahkan kepada guru. Sewaktu murid tersebut menemui ibunya, dia kelihatan terpinga-pinga dan kemudian membuat ucapan ‘selamat Hari Guru’ sambil tersenyum.

Pada video tersebut turut disertakan kenyataan ibunya, ‘surprise, anak tak order tapi mama tetap sediakan dan hantar untuk anak mama,” demikian hantaran dikongsikan ibu tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah ruangan komen pula, wanita itu memberitahu rotan tersebut dihadiahkan kepada 12 orang guru anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, netizen turut memberikan pelbagai reaksi antaranya ialah:

“Kreatif, semoga dipermudahkan dan semoga jadi anak yang soleh dan berkat restu daripada mak ayah dan cikgu-cikgu”.

“Hahaha hadiah dia…harap student aku bagi lah hadiah macam ni”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Hadiah itu hanya jadi hiasan dalam almari sebagai kenangan saja sebab budak-budak sekarang dah tak boleh dirotan”.

“Aduh jangan buat macam ni, cikgu tak boleh rotan anak murid. Nanti cikgu bawa balik guna untuk anak-anak dia”.

“Ya Allah, saya pernah bagi macam ni juga dulu, siap tulis ‘kalau saya nakal, rotanlah saya guna rotan ni’. Cikgu gelak je, tapi nasib rotan tak makan tuan,” menurut komen-komen tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 10 Hadiah Terbaik Untuk Ibu Baru, Inilah Masa Gembirakan Yang Tersayang!

Baca juga: Wah, Cantiknya Pilihan Kain Telekung Ini! Hadiahkan Kepada Isteri, Pasti Dia Terharu!

Baca juga: Meja Belajar Kanak-Kanak Terbaik: Selesa Dan Kukuh, Hadiahkan Buat Anak Lagi Semangat Belajar!