X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Para wanita akan dapat mengetahui cara pemilihan kain telekung, senarai telekung terkini terbaik, dan tips penjagaan telekung di sini.

Telekung merupakan pakaian solat khas untuk wanita yang bertujuan menutup aurat dengan baik dan selesa semasa bersolat. Ia telah pun melalui banyak evolusi untuk mendapatkan reka bentuk yang terbaik, dan mujurlah kini banyak syarikat yang menghasilkannya.

Ramai yang mencari telekung bukan sahaja untuk kegunaan sendiri, tetapi merupakan salah satu produk yang popular untuk dijadikan hadiah. Bahkan, seorang wanita kini pasti memiliki lebih daripada satu pakaian solat untuk banyak kegunaan!

Lebih-lebih lagi sekarang yang mana kita bertemu lagi dengan bulan Ramadan, pastinya memerlukan telekung yang selesa untuk dipakai ketika solat terawih. Aidilfitri juga bakal menyusul selepas ini, wanita bukan sahaja mahu menggayakan pakaian yang baru dan cantik bahkan pakaian solat juga mahu ditukar baru untuk bergaya sopan ketika mengerjakan ibadah sunat Aidilfitri.

Isi Kandungan

  • Pemilihan Telekung Terbaik
  • 6 Telekung Yang Selesa dan Terbaik
  • Naelofar
  • Zahaara
  • Telekung Siti Khadijah
  • Telekung Tea
  • Telekung Aleena
  • Telekung Rawdah
  • Perbandingan Harga
  • Tip Penjagaan

Memilih Telekung Yang Selesa

kain telekung

Dalam pemilihan telekung, perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah saiz yang betul dan sesuai serta kain yang selesa. Ada sesetengah yang terlalu pendek, material jarang dan pembuatan di bahagian muka yang tidak kemas, membuatkan solat menjadi tidak khusyuk pula.

Perhatikan beberapa tips berikut sebelum membeli telekung idaman:

  1.  Jenis kain – Pilih kain yang tidak panas, dan tidak licin. Jika anda cari jenis yang senang travel, pastikan kain jenis tidak mudah renyuk walaupun dilipat kecil. Bagi yang kuat berpeluh, sebaik-baiknya pastikan material yang digunakan tidak panas.
  2. Kemasan jahitan – Pastikan jahitan terutama di bahagian muka dan pinggang kemas supaya tudung tidak terjatuh ke depan atau mudah terlondeh semasa solat.
  3. Kain bergetah – Kalau dahulu, kita perlu mengikat kain dengan rapi namun kini banyak telekung yang bergetah tetapi muat untuk kebanyakkan saiz.

6 Telekung Yang Selesa dan Terbaik di Pasaran

Nak mencari pakaian solat yang sepadan dengan selesa dan tidak panas pastinya lebih mudah pada zaman sekarang. Ada banyak jenama yang mengeluarkan telekung yang bukan sahaja cantik, tetapi sangat selesa dan serasi dengan bentuk muka berbanding yang dihasilkan sebelum ini.

Berikut merupakan beberapa pakaian solat wanita pilihan kami:

Telekung Selesa dan Terbaik
product image
Naelofar Daniya Telekung
Terbaik selesa dan praktikal
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Zahaara Telekung Sofia
Terbaik dibawa travel
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Telekung Siti Khadijah Modish Liany
Terbaik odourless
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Telekung Tea Tea Basic
Terbaik dijadikan hadiah
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Telekung Aleena Halwaleena
Terbaik tak perlu digosok
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Telekung Rawdah Inaya Series
Terbaik rekaan minimalis
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Naelofar Daniya Telekung

Terbaik selesa dan praktikal

Telekung Naelofar

Telekung ini menjadi perhatian kami kerana materialnya yang sangat sejuk dan selesa iaitu kain jenis matte velvet. Walaupun dalam cuaca panas misalnya, kainnya yang lembut ini akan tetap sejuk setelah dipakai lama.

Menariknya, ada poket yang tersedia jadi anda tidak perlu risau sekiranya hendak meletakkan barang berharga seperti kunci kereta, telefon bimbit  dan sebagainya.

Apa yang kami suka :

  • Bahagian pinggang yang bergetah dan senang dipakai
  • Tali pengikat jenis smocking headband, tak perlu lagi menggunakan inner
  • Disertakan dengan beg yang sedondon sesuai dibawa kompilasi perjalanan atau menunaikan solat di masjid atau surau.
  • Mempunyai pilihan warna putih, khaki nude dan biru.

Naelofar Daniya Telekung

dari Naelofar

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Zahaara Telekung Sofia

Terbaik dibawa travel

kain telekung

Buat yang gemar berjalan-jalan, pasti memerlukan telekung yang sesuai dibawa travel serta mudah dimasukkan ke dalam beg. Jadi Zahaara telah menyediakan pakaian solat yang selesa dengan rekaan minimalis untuk tampak lebih kemas.

Saiz telekung travel ini adalah kecil dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam beg tangan yang bersaiz sederhana ataupun medium kerana beratnya hanyalah 400 gram!

Tidak seperti pakaian solat travel yang lain, kebanyakan kain fabriknya terdiri dari kain jenis parachute di mana kain mudah terbang jika ditiup angin namun jenama ini menggunakan kain Chinese cotton yang mana ianya lebih lembut, selesa, tidak jarang dan juga tidak terlalu ringan.

Telekung travel ini juga didatangi dengan beg kecil dan sejadah, semuanya muat diletakkan di dalam beg bersama.

Apa yang kami suka :

  • Tahan lama, boleh menggunakannya setiap hari tanpa rasa takut ianya akan rosak.
  • Saiz telekung sesuai untuk wanita yang tinggi.
  • Mempunyai banyak pilihan warna menarik.
  • Sesuai dijadikan hadiah kerana boleh juga ditambah sulaman nama pada beg atau sejadah.

Zahaara Telekung Sofia

dari Zahaara

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Zalora

Telekung Siti Khadijah Modish Liany

Terbaik odourless

telekung Siti Khadijah

Keunikan reka bentuk, material berkualiti tinggi dan teknik jahitan menjadikan jenama telekung Siti Khadijah terus unggul serta mampu berdaya saing sehingga ke peringkat global.

Diperbuat daripada kain poliester premium yang boleh diregang untuk keselesaan iaitu Khadijah Ultra Fine, ia tahan lama, tahan kedutan, lembut, mempunyai sensasi penyejukan dan ringan. Ia menggunakan renda kapas poli yang lebar dan berkualiti tinggi dengan renda corak reticello-style bersama motif bunga Columbine.

Selain itu, telekung ini mempunyai penutup dagu Khadijah Comfy Flex untuk mengurangkan bau dengan ciri-ciri anti-bakteria serta cepat kering serta dapat memberikan sokongan yang baik untuk sebarang jenis muka.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan klasik dengan motif floral, sesuai untuk anda yang ingin menggayakan pakaian solat yang ringkas.
  • Walaupun free size, namun ia direka untuk memenuhi semua kumpulan peringkat umur.
  • Jenama pakaian solat wanita yang dipercayai sejak tahun 2009

Telekung Siti Khadijah Modish Liany

dari Siti Khadijah

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Telekung Tea Tea Basic

Terbaik dijadikan hadiah

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Dikenali sebagai pengeluar telekung yang sesuai dijadikan hadiah, Telekung Tea dihiasi dengan sulaman yang direka dengan cantik, dibalut dengan teliti dalam kotak hadiah eksklusif bersama dengan reben dan kad menjadikannya sebagai hadiah yang sempurna!

Menggunakan material cotton polyster berkualiti tinggi, mereka memberi jaminan bahawa ianya sangat selesa untuk dipakai setiap hari dan paling penting tidak panas.

Didatangkan bersama beg sepadan yang boleh juga dijadikan sebagai sejadah, sulaman bukan sahaja ada pada pakaian solat, bahkan turut dihias pada beg.

Apa yang kami suka :

  • Variasi warna pastel, pastinya digemari semua wanita!
  • Bahagian pinggang yang bergetah dan senang dipakai

Telekung Tea Tea Basic

dari Telekung Tea

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Telekung Aleena Halwaleena

Terbaik tak perlu digosok

telekung

Buat wanita yang cerewet, setiap pakaian yang ingin dipakai pastinya mahu digosok termasuklah telekung! Jadi jika anda tergolong dalam golongan ini, Halwaleena dari Telekung Alena ini sesuai untuk anda kerana ia tidak perlu digosok.

Tampil dengan lebih elegan dan anggun, pilihan kain yang sejuk dan lembut pastinya memberi keselesaan ketika mengerjakan ibadah.

Material kainnya adalah dari jenis Cotton Cey Embroidery, bukan sahaja ironless malah ringan serta warnanya tidak mudah luntur apabila dicuci.

Manakala material di bahagian muka menggunakan Cotton Cey Embroidery yang lebih berkualiti tinggi yang lebih fleksibel sesuai untuk semua bentuk muka. 

Apa yang kami suka :

  • Mempunyai corak sulam 3D yang minimalis di seluruh telekung.
  • Material kain yang tidak jarang serta sejuk sesuai untuk cuaca di Malaysia.
  • Rekaan pada muka dan dagu yang kemas supaya si pemakai akan lebih selesa semasa solat.
  • Didatangkan dengan kotak edisi terhad & scrunchies secara percuma untuk pembelian yang terawal.

Telekung Aleena Halwaleena

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Telekung Rawdah Inaya Series

Terbaik rekaan minimalis

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Jika anda tidak gemarkan sulam-sulaman, Inaya Series dari Telekung Rawdah pastinya boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda.

Hanya taburan bunga daisy yang ringkas pada pakaian solat ini, pastinya membuatkan sesiapa pun jatuh cinta dengan rekaan ini. Diperbuat daripada material kapas, ternyata ianya selesa dan kain bukanlah jenis melekap pada badan.

Apa yang kami suka :

  • Pilihan warna pastel
  • Didatangkan bersama beg sejadah 2 dalam 1
  • Pelapik dagu yang selesa dan getah muka yang boleh diregang

Telekung Rawdah Inaya Series

dari Telekung Rawdah

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga Telekung Terbaik

Jenama Harga
Naelofar Daniya Telekung RM249
Zahaara Telekung Sofia RM119
Telekung Siti Khadijah Modish Liany RM278
Telekung Tea Tea Basic RM136
Telekung Aleena Halwaleena RM159
Telekung Rawdah Inaya Series RM150

Tip Penjagaan Telekung

telekung

Kita bukan sahaja dituntut untuk berpakaian bersih dan kemas, malah pakaian solat wanita yang kita pakai juga haruslah bersih dan tidak berbau. Jika berbau, semestinya akan mengganggu konsentrasi diri dan orang lain disebelah kita, tentu kita tidak mahu hal sebegini terjadi.

Berikut adalah tip penjagaan telekung bagi mengelakkan ia berbau dan cepat lusuh :

1. Cuci seminggu sekali – Seeloknya ganti dan cuci pakaian solat anda seminggu sekali supaya tidak terlalu kotor. Rendam sahaja menggunakan air sepenuh baldi atau hingga ia tenggelam.

2. Rendam dengan sabun pencuci – Gunakan sabun pencuci ketika rendaman dan biarkan dalam setengah hari atau semalaman. Jika mahu telekung anda wangi, boleh rendamkan bersama pewangi baju.

3. Basuh dengan tangan tanpa berus – Cuci menggunakan tangan sahaja. Jika nak berus, guna berus yang lembut biasanya berus di bahagian bawah dagu dan sekeliling bahagian muka tersebut. Bahagian lain rasanya tidaklah begitu kotor, gosok sahaja menggunakan tangan untuk mengelakan sulaman pada telekung rosak.

4. Jika ada kotoran yg susah hilang gunakan peluntur – Jika jenis telekung ada sulam bewarna, hati-hati ketika menggunakan peluntur, bimbang habis luntur warna benang sulam.

5. Basuh dan jemur, tidak digalakkan jemur terus dibawah matahari yang panas agar warna sulamnya tetap cantik – Jemur telekung di ampaian bawah bumbung atau tempat yang tidak terkena matahari terus. Jangan sesekali menggunakan pengering kerana pakaian solat anda ini akan menjadi mudah rosak.

6. Jangan sesekali membasuh telekung dengan mesin basuh – Kain akan jadi mudah reput terutamanya jenis cotton. Selain itu, pakaian solat dengan sulaman juga tidak sesuai dicuci menggunakan mesin basuh, bimbang, benag sulaman tertanggal dan berpintal dalam mesin basuh.

7. Jangan rendam dengan baju lain – Kalau cuci telekung, cuci ia sahaja. Seeloknya cuci berasingan supaya tidak melekat dengan kotoran yang lain kepada pakaian solat kita. Ini juga bagi mengelakkan pakaian solat yang bewarna putih bercampur dengan baju berwarna ketika basuh dan dikhuatiri akan terkena baju yang luntur warna. 

8. Gantung telekung elak berbau – Selepas selesai menunaikan solat, tentu di bahagian muka ada sedikit basah kan? Kalau boleh, selepas solat, gantung pakaian solat tersebut dengan menghadapkan bahagian muka di depan supaya bahagian yang basah itu boleh kering.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan telekung yang diingini. Apabila selesa menggunakan pakaian solat maka akan lebih tenang dan selesa untuk beribadah. Insha Allah..

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi

Baca juga: Cara Simpan Tudung Supaya Kemas & Mudah Gosok, Barulah Nanti Nampak Cantik!

Baca juga: Para Ibu WAJIB Tunaikan Solat Walaupun Mengalami Sakit Kontraksi & Turun Tanda Bersalin

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

communityfreelancer

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Baik Dan Buruk Kesihatan Semuanya Bermula Dari Usus, Ada Eloknya Untuk Ambil Probiotik Demi Kesihatan Perut

    Baik Dan Buruk Kesihatan Semuanya Bermula Dari Usus, Ada Eloknya Untuk Ambil Probiotik Demi Kesihatan Perut

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

  • Senarai Hospital Bersalin Swasta Terbaik Di Sekitar KL & Selangor Berserta Kos Bayaran

    Senarai Hospital Bersalin Swasta Terbaik Di Sekitar KL & Selangor Berserta Kos Bayaran

  • Baik Dan Buruk Kesihatan Semuanya Bermula Dari Usus, Ada Eloknya Untuk Ambil Probiotik Demi Kesihatan Perut

    Baik Dan Buruk Kesihatan Semuanya Bermula Dari Usus, Ada Eloknya Untuk Ambil Probiotik Demi Kesihatan Perut

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

  • Senarai Hospital Bersalin Swasta Terbaik Di Sekitar KL & Selangor Berserta Kos Bayaran

    Senarai Hospital Bersalin Swasta Terbaik Di Sekitar KL & Selangor Berserta Kos Bayaran

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham