Boleh dikatakan, setiap rumah akan memperuntukan sejumlah wang untuk diberikan pada kanak-kanak semasa di Hari Raya Aidilfirti. Namun, tahukah anda sekarang ini trend orang beri hadiah hari raya bagi menggantikan pemberian duit raya.
Bunyi macam best juga kan? Yalah, kalau dapat duit kadang-kadang ada anak yang menggunakannya dengan membeli mercun, topup telefon, makanan ringan dan lain-lain.
Kalau anak yang masih kecil ada juga ibu bapa menggunakan wang itu dengan membuat simpanan pada mereka.
Walau bagaimanapun, apa kata tahun 2019 ini kita buat pembaharuan sedikit dengan menyediakan beberapa hadiah hari raya yang sesuai diberikan tidak kira pada kanak-kanak atau golongan dewasa.
6 Cadangan Hadiah Hari Raya 2019 Yang Paling Cool
#1. Hadiah Hari Raya – Kad tambah nilai
Dengan adanya laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter, maka Internet dianggap keperluan yang sangat diperlukan oleh setiap individu tidak kira peringkat umur.
Disebabkan itu, pemberian kad tambah nilai dilihat hadiah paling ideal untuk menggantikan duit raya terutama kepada anak-anak yang sering mengakses internet dalam telefon bimbit mereka.
#2. Hadiah Hari Raya – Baucher atau kupon
Siapa yang tidak suka kalau dapat baucher atau kupon percuma dengan pembelian baju baru, kasut, beg tangan, aksesori dan sebagainya. Terutama kalau benda itu sesuatu yang telah diidamkan sekian lama. Tentu seronok dan teruja sangat bila dapat.
#3. Buku atau novel
Dengan pemberian buku sebagai hadiah, ia dapat memupuk sifat suka membaca sejak kecil terutama kanak-kanak ketika di hari raya.
Anda boleh balut buku-buku tersebut dengan pembalut hadiah yang cantik dan berikan pada mereka setelah selesai mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri atau ketika salam bermaafan di pagi raya.
Sudah pasti anak-anak akan teruja bila dapat pemberian daripada ibu atau ayahnya nanti.
#4. Telefon bimbit
Kalau dapat telefon bimbit pun best juga kan sempena Aidilfitri. Tambah-tambah kalau puasa penuh ibu ayah janji belikan telefon baru tentu anak akan lebih bersemangat untuk berpuasa pada tahun ini.
Namun pada masa yang sama kena juga terangkan pada mereka kewajipan berpuasa itu sendiri dan tidak menjalani ibadah puasa semata-mata untuk mendapatkan hadiah sahaja.
#5. Barangan hamper
Tak perlu mahal-mahal sebenarnya kalau nak bagi hadiah ini. Kalau dapat barangan hamper pun sudah cukup membahagiakan. Contoh hamper yang boleh dijadikan hadiah seperti set alat mekap, coklat, buah-buahan, minuman sihat, pakaian bayi, set mandian dan banyak lagi.
Nampak gaya macam menang cabutan bertuah pula! hihi
#6. Motor Vespa
Ya Tuhan, syoknya kalau dapat hadiah Hari Raya sebuah motor vespa. Boleh ronda-ronda satu kampung tengok suasana raya di sana!
Ha… kalau nak tahu anda boleh menang hadiah motor vespa ini di Orange Concourse Sunway Pyramid yang turut menjalinkan kerjasama dengan Kumpulan Naza. Seorang pemenang bertuah akan mendapat Vespa edisi terhad ini!
Vespa yang bergaya ini adalah sangat istimewa kerana ia hasil tangan karyawan seni terkenal Fritilldea.
Anda berpeluang memiliki Vespa edisi terhad ini dengan melengkapkan tiga aktiviti di Orange Concourse Sunway Piramid melalui imbas kod QR dan peraduan ini akan berakhir pada 9 Jun 2019.
Permulaan yang baru sempena Aidilfitri di Sunway Piramid
Sambutan raya bertemakan Bunga-Bunga Raya menghiasi dataran Orange Concourse di Sunway Piramid sehingga 9 Jun 2019.
Semua pusat membeli belah Sunway akan mengetengahkan konsep kreatif mereka berdasarkan tema utama bagi meraikan kecantikan bunga Malaysia termasuk Bunga Raya, Bunga Orkid, Bunga Kertas (Bougainvillea), Bunga Geranium, Bunga Sering Pagi (Morning Glory) dan Bunga Melati (Jasmine).
Simbolik bunga-bunga ini mempunyai makna kebersamaan, perayaan, pengampunan, harapan, permulaan dan kemurniaan.
Oleh sebab itu, Orang Concourse dihiasi dengan gubahan bunga-bungaan yang membolehkan pengunjung menikmati keindahannya dengan merentasi taman dalam bangunan yang unik ini dengan lima aktiviti berbeza.
Bagi anda yang ingin membawa pulang hadiah atau teringin mendeko bunga sempena musim perayaan ini, anda boleh berkunjung ke pasar bunga Fleurs Raya atau cuba kemahiran seni kraf di bengkel yang terdapat di dataran tersebut.
Pengunjung boleh belajar cara-cara menjaga taman mini mereka dengan menghadiri bengkel dekorasi bunga yang diadakan setiap hujung minggu.
Untuk anda yang ada free time itu, jom berkunjung ke Sunway Pyramid hari ini dan jangan lupa sertai peraduan motor Vespa itu ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Ez Takaful
Baca juga
https://my.theasianparent.comhadiah-hari-jadi-isteri/