Senarai Hadiah Kahwin Yang Unik & Sangat Berguna Untuk Pasangan Pengantin Baharu

Hadiah kahwin sebagai tanda menyambut para pengantin yang baru hendak mendirikan rumah tangga. Ini cadangan yang boleh anda beli buat mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Majlis perkahwinan adalah sangat penting bagi pasangan pengantin baru. Ia merupakan satu majlis di mana ramai ahli keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk sambut pengantin baru. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 10 hadiah kahwin untuk menggembirakan pasangan pengantin. Mereka pasti suka!

Majlis perkahwinan juga menunjukkan kegembiraan dan restu kepada pasangan pengantin untuk menyatukan hati dan jiwa. Hadiah perkahwinan sudah menjadi adat dalam kalangan masyarakat kita. Jadi, apa yang kita boleh bagi kepada pasangan pengantin baru?

10 hadiah kahwin untuk menggembirakan pasangan pengantin. Mereka pasti suka!

Mungkin anda selalu tertanya-tanya apa hadiah yang sesuai untuk pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Oleh itu, mari kita lihat senarai hadiah yang membuatkan pasangan suami isteri pasti seronok.

  • Peralatan elektronik. Sudah banyak peralatan elektronik yang murah dan mampu milik. Di zaman moden ini, ia sudah menjadi keperluan untuk memudahkan pasangan yang baru hendak mendirikan rumah tangga. Anda boleh sediakan mereka dengan vakum tanpa wayar, mesin bancuh kopi, dispenser air dan juga pembakar roti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Perkakas dapur. Perkakas dapur sangat penting untuk memastikan dapur berasap selepas kahwin. Mereka tidak perlu untuk pergi mencari perkakas dapur kerana anda sudah menyediakannya. Ada banyak pilihan warna dan jenama. Jika anda mampu, hadiahkan mereka perkakas dapur yang mewah seperti Vantage dan Corelle. 
  • Hamper makanan. Kumpulkan semua bahan-bahan makanan seperti rempah ratus, produk tin susu, sardin dan beras dan jadikan ia sebagai satu hamper. Sudah pasti pasangan pengantin akan teruja. 
  • Hiasan rumah. Jika rakan anda yang lain sudah selesaikan hal barangan dapur, anda boleh menghadiahkan mereka dengan barangan hiasan rumah seperti pokok palsu, lampu hiasan dan jam dinding. Anda pasti akan membuat rumah mereka berasa lengkap. 
  • Alatan senaman. Hadiah ini sangat sesuai kepada pasangan suami isteri yang sangat aktif dalam menjaga badan dan bersenam. Mereka tidak perlu pergi ke gim kerana anda menghadiahkan mereka seperti dumbbell, tikar yoga, tali skipping. Anda juga boleh menyediakan alatan sukan seperti ping pong atau raket badminton. 

  • Bahan bacaan untuk pasangan pengantin. Buku adalah hadiah yang sangat mudah tetapi sangat efektif dalam membina rumah tangga. Mereka boleh menimba ilmu dalam bab fiqh perkahwinan, soal jawab perkahwinan dan panduang perkahwinan. Mereka juga boleh mencari untuk nama-nama anak mereka. Anda boleh cari di kedai buku yang berdekatan.
  • Barang kelengkapan bilik. Anda juga menghadiahkan mereka kelengkapan bilik tidur. Ia adalah sangat penting kerana ia boleh digunakan dalam bilik-bilik lain selain bilik pasangan suami isteri. Anda boleh berikan mereka karpet, set cadar, langsir, bantal dan sejadah bagi pasangan suami isteri muslim.
  • Perabot. Bila sudah banyak barang-barang yang dihadiahkan oleh rakan mereka yang lain, anda juga boleh hadiahkan mereka dengan perabot. Bukan perabot seperti sofa atau meja makan. Anda boleh cari di Ikea perabot seperti rak buku, rak kasut, rak serbaguna dan kerusi bean bag.
  • Pakej percutian. Sudah tentu pasangan suami isteri ingin keluar pergi berbulan madu. Terdapat banyak pakej percutian yang murah untuk 3 hari 2 malam. Anda memudahkan mereka untuk berjimat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pakaian. Pakaian juga boleh memudahkan pasangan suami isteri. Mereka tidak perlu mencari pakaian di luar kerana mereka sudah disediakan. Anda boleh hadiahkan mereka baju tidur yang sedondon. Barulah sweet! 

Tidak susah mana pun untuk mencari hadiah perkahwinan untuk pasangan suami sendiri. Sudah pasti mereka akan berterima kasih kepada anda dan menghargai hadiah yang diberi. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Idea Hadiah Buat Suami Sempena Hari Kekasih, Pasti Dia Suka & Bertambah Sayang

Baca juga: Runsing Tak Tahu Nak Beri Hadiah Apa Pada Ibu Baru? Nah, Kami Ada Senarainya!

Baca juga: Hari Jadi Suami Semakin Dekat, Nak Belikan Dia Hadiah Apa Ya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan