TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

11 Jenis Pokok Hiasan Rumah Yang Bahaya & BERACUN, No.5 Paling Ramai Tak Tahu!

4 min bacaan
11 Jenis Pokok Hiasan Rumah Yang Bahaya & BERACUN, No.5 Paling Ramai Tak Tahu!

Tahukah anda bahawa trend meletakkan indoor plant di dalam rumah berisiko menyebabkan tragedi? Ia adalah pokok beracun yang boleh membahayakan anak kecil!

Tidak semua tanaman yang cantik adalah selamat. Kebanyakan ibu ayah ramai mengikuti trend meletakkannya di dalam rumah sebagai hiasan tanpa menyedari sebenarnya ia adalah pokok beracun.

Dalam aspek menjaga keselamatan anak kecil, anda mungkin akan mengunci kabinet, pintu tangga dan bilik. Tetapi ada perkara lain yang mungkin anda terlepas pandang iaitu tidak memikirkan risiko indoor plant yang diletakkan dalam rumah.

Risiko pokok beracun terhadap anak kecil

Menurut pakar pediatrik dari Florida, Forever Freckled, perkara penting adalah mendidik diri mengetahui jenis tumbuhan di dalam dan sekitar rumah sama ada ia boleh mendatangkan kebaikan sebagai mengawal pencemaran udara atau menjadi racun terhadap bayi anda.

Sebelum memilih tumbuhan hiasan ini, ibu ayah perlu merujuk Pusat Racun Negara terlebih dahulu agar lebih mengetahui ia benar-benar selamat ataupun sebaliknya. Kami juga telah membantu menyenaraikan 11 jenis pokok beracun sebagai panduan anda, iaitu:

#1. Oleander

tumbuhan beracun

Kadang-kadang ditanam di kebun di sekitar rumah, bunga yang indah ini terkenal dengan bunga putih, merah jambu atau kuning. Namun, ia adalah salah satu tanaman paling beracun di sekitar rumah.

Hal ini kerana Oleander mempunyai toksin yang boleh mematikan jantung. Jika tertelan, ia boleh menyebabkan mual, muntah, degupan jantung perlahan, tekanan darah rendah (yang boleh menyebabkan mengantuk) dan bahkan kematian. Sekiranya anda mengesyaki anak termakan pokok beracun ini, segera ke unit kecemasan hospital!

#2. Pothos

indoor plant beracun

Pothos adalah tanaman dalaman yang sangat popular, dengan daun berbentuk hati yang berwarna putih, kuning atau hijau pucat.

Menggigit tumbuhan ini tidak akan membunuh anda, tetapi ia boleh menyebabkan iritasi. Sekiranya anda mendapati anak kecil telah memakannya, perhatikan kemungkinan gejala seperti pembengkakan mulut, bibir dan lidah, kesukaran bercakap atau menelan, muntah, mual dan cirit-birit.

#3. English Ivy

tanaman hiasan

Anak yang sedang membesar akan mencuba apa sahaja di sekeliling mereka. Namun, sekiranya termakan tumbuhan beracun ini, ia dapat merengsakan mulut dan menyebabkan sakit. Dalam jumlah yang banyak, ia boleh menyebabkan pembengkakan teruk di bahagian bawah tekak.

#4. Easter Lily

pokok beracun

Terkenal dengan bunga putihnya yang indah, Easter Lily sering dibawa pulang dalam bentuk jambangan bunga yang cantik. Tetapi perlu diingat, tumbuhan beracun ini boleh merengsakan mulut dan tekak dan bahkan menyebabkan mual atau muntah sekiranya tertelan.

#5. Philodendron

risiko pokok beracun

Bagi pencinta alam, kebanyakan rumah akan mempunyai tumbuhan Philodendron ini kerana ia antara yang paling mudah dijaga.

Tetapi sentiasalah berhati-hati. Walaupun tidak membawa maut, anak yang termakan tanaman beracun ini boleh menyebabkan iritasi kulit, mual, rasa seperti terbakar, pembengkakan mulut, lidah atau tekak, muntah dan cirit-birit.

#6. Daffodil

Daffodil

Walaupun tidak terlalu beracun, tumbuhan ini boleh membahayakan jika termakan dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh merengsakan mulut, tekak dan menyebabkan mual, muntah serta cirit-birit.

#7. Dieffenbachia

Dieffenbachia

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Juga dikenali sebagai tongkat bisu atau bunga bakung, tanaman ini mempunyai daun hijau, putih dan kuning menjadikannya sangat menarik. Namun, ia mengandungi kristal kalsium oksalat yang dapat merengsakan kulit dan mulut. Jika anak termakan dalam jumlah banyak, boleh menyebabkan mual dan muntah.

#8. Peace Lily

PEACE LILY

Peace Lily adalah tanaman tahan lasak dengan daun hijau tua dan bunga putih. Ia sangat popular dalam kalangan penggemar hiasan rumah, Akan tetapi, tanaman rumah beracun ini juga mengandungi kalsium oksalat yang mengakibatkan gejala yang sama pada kulit dan mulut, mual serta muntah.

#9. Mistletoe

Mistletoe

Anak kecil yang termakan Mistletoe boleh menyebabkan gastroenteritis, jangkitan usus yang disertai dengan cirit-birit, kekejangan, mual, muntah dan demam. Selain itu, ia boleh menyebabkan penurunan tekanan darah.

#10. Caladium

CALADIUM

Caladium, juga dikenal sebagai telinga gajah, mempunyai daun yang berbentuk seperti anak panah, hati atau tombak dalam kombinasi warna merah jambu, merah, putih, mawar, hijau dan chartreuse.

Umumnya ia disimpan di rumah, tanaman beracun ini boleh merengsakan selaput lendir di mulut, hidung, tekak dan perut, serta menyebabkan mual dan muntah.

#11. Azalea

AZALEA

Oleh kerana mekarnya cukup indah dan berwarna-warni, Azalea menghiasi banyak halaman rumah dan taman. Sekiranya anak kecil tergigit tumbuhan ini, gejala ringannya adalah kerengsaan mulut, mual dan muntah. Tetapi menelan sejumlah besar tumbuhan beracun ini, sama ada daun atau boleh mengancam nyawa si manja.

Sumber: The Bump

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanaman-dalam-rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 11 Jenis Pokok Hiasan Rumah Yang Bahaya & BERACUN, No.5 Paling Ramai Tak Tahu!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham