X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sebab Pisang, Haziq Tak Boleh Kencing, Usus Bengkak & Hampir Dibedah!

5 min bacaan
Sebab Pisang, Haziq Tak Boleh Kencing, Usus Bengkak & Hampir Dibedah!

Tak sangka ada bahaya makan pisang terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan usus bengkak dan sukar untuk membuang air kecil. Ikuti kisah adik Haziq ini...

Rupa-rupanya, ada bahaya makan pisang seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu bernama Niena Samsir ini! Anaknya hampir dibedah selepas makan pisang secara berlebihan. 

Ikuti perkongsian kisahnya itu di bawah. 

Bahaya makan pisang – Haziq langsung tak kencing selama 4 jam!

bahaya makan pisang, usus bengkak, makan pisang, manfaat pisang, keburukan pisang, pisang, penyakit disebabkan pisang, pisang penyebab penyakit, usus padat, usus membengkak, sukar kencing, tak boleh kencing, pisang menyebabkan tak boleh kencingWaktu itu, kami ingin bercuti ke Johor Bahru. Semasa dalam perjalanan, Haziq moody. Makan tak mahu dan minum kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam. 

Sampai hotel untuk check in, Haziq menangis tanpa henti. Semua jadi serba tak kena. Masuk tandas, tengok pampers kering. Dalam hati rasa pelik, takkan dia langsung tak kencing? Kemudiannya, Haziq menangis sekuat hati dan beritahu sakit di perut. Bila tekan perut rasa keras. Tak sempat nak check in, kami terus ke klinik. Malangnya, hari Ahad klinik banyak tutup. Tapi syukur jumpa satu klinik yang buka. Selepas check, doktor minta terus ke bahagian kecemasan hospital. Kami blur masa itu. Kemudian, doktor terangkan Haziq tidak kencing lebih empat jam dan ia sangat bahaya pada kanak-kanak. Malah, boleh mengakibatkan pundi kencing pecah! (Masa itu Allah saja tahu perasaan kami)

Bahaya makan pisang – Haziq hampir dibedah! 

bahaya makan pisang, usus bengkak, makan pisang, manfaat pisang, keburukan pisang, pisang, penyakit disebabkan pisang, pisang penyebab penyakit, usus padat, usus membengkak, sukar kencing, tak boleh kencing, pisang menyebabkan tak boleh kencing

Ketika hujan lebat, mereka tetap mencari hospital berhampiran dan terus membawa anak lelakinya itu ke bahagian kecemasan. 

Selepas doktor panggil dan check Haziq, doktor terus refer ke bahagian red zone! 

Selang beberapa minit, doktor pakar datang dan minta Haziq buat X-ray. Doktor lihat, air kencing dia sudah penuh dan terlalu sendat. 

Selain usus bengkak dan jika terlambat keluarkan air kencing boleh beri kesan buruk pada buah pinggang Haziq. 

Masa itu, rasa nak pengsan. Kaki hampir tak kuat dan seram sejuk sambil dukung Haziq. Sementara ayahnya menunggu di luar. 

Masa doktor ambil darah, Haziq mula meraung sakit. Sementara saya hanya mampu peluk dan pujuk Haziq supaya bertenang. 

Paling gerun, bila doktor masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Walaupun ada risiko tapi itu saja cara yang boleh mengeluarkan air kencing dengan cepat. 

Masa itu, Haziq sudah pucat dan menangis. Sambil merayu nak balik. Di sudut hati, tak tahu apa silapnya sampai Haziq tak boleh kencing macam biasa. 

Doktor kata kena buat operation juga dan tunggu doktor pakar datang.

Doktor pakar cuba masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq 

Kemudian doktor pakar pun datang dan tengok keputusan darah dan X-ray. Selepas itu, doktor minta izin untuk cuba masukkan sekali lagi tiub bagi mengeluarkan air kencing Haziq. Dengan berat hati kami terpaksa akur. 

Menurut doktor, jika tersilap cara masukkan tiub itu, ia boleh mengakibatkan luka dan kemandulan. 

Tapi kami tiada pilihan, hanya serahkan pada doktor untuk buat keputusan dan selebihnya berdoa pada Allah. 

Alhamdulillah, doktor berjaya keluarkan air kencing Haziq dan kemudian doktor masukkan ubat pelembut najis. 

Walaupun baru sehari dia tak membuang tapi tak sangka risiko sampai macam ini. 

Semuanya berpunca dari pisang! 

Ketika bersembang dengan doktor, mereka syak Haziq jadi seperti itu disebabkan pisang! 

Doktor jelaskan tentang gambar x-ray usus dan pundi Haziq yang penuh serta padat tanpa ada ruang. Ini gara-gara najis terlalu banyak yang tidak dikeluarkan. Ia boleh menyebabkan usus pecah. 

Menurut doktor lagi, pisang adalah salah satu punca kanak-kanak sembelit teruk. Banyak kes jadi macam ini sebab makan pisang.

Ya, Haziq memang suka pisang dan kebetulan seminggu itu dia kerap makan pisang. 

Kata doktor, jika makan pisang, kena lebihkan ambil air kosong daripada biasa.

Selama ini saya rasa pisang boleh melawaskan najis, tapi sebenarnya ia boleh membuatkan najis jadi banyak dan usus padat. 

Bermula saat itu, dia sentiasa mengawal pemakanan Haziq dan cukup makan sebiji pisang sehari. Kemudian disulamkan dengan air kosong. 

Diingatkan sesiapa yang ada anak kecil supaya tidak memberi pisang terlalu banyak. Keduanya, jika si kecil itu tidak kencing selama empat jam terus saja bawa ke hospital.

6 bahaya makan pisang terlalu banyak!

#1. Ketidakseimbangan hormon estrogen dan androgen 

bahaya makan pisang, usus bengkak, makan pisang, manfaat pisang, keburukan pisang, pisang, penyakit disebabkan pisang, pisang penyebab penyakit, usus padat, usus membengkak, sukar kencing, tak boleh kencing, pisang menyebabkan tak boleh kencing

Kredit: Dr. Zubaidi

Buah pisang banyak manfaat seperti mencegah gangguan saraf dan masalah tidur tapi jika diambil terlalu banyak, ia boleh mempengaruhi hormon tubuh. Contohnya mengganggu haid. 

#2. Penyakit kardiovaskular 

Biasanya, penyakit ini dikaitkan apabila makan pisang ketika perut kosong dan terlalu berlebihan. 

Namun, jika diambil secara teratur, ia boleh menguatkan tulang dan jantung kerana pisang diperkaya dengan kalsium dan magnesium. 

#3. Sembelit 

Anda harus hati-hati jika makan buah pisang yang kurang masak kerana ia boleh memberi kesan buruk pada sistem pencernaan dan mengakibatkan sukar untuk membuang air besar.

#4. Pembuluh darah sempit

Pisang mengandungi tiramin yang dapat menimbulkan kesan buruk pada kesihatan tubuh seperti pembuluh darah sempit, penyakit jantung, strok dan migrain. 

Oleh itu, disarankan untuk tidak makan pisang secara berlebihan. 

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

#5. Kandungan kalium yang tinggi

Kalium memang penting untuk sumber tenaga tapi kalau berlebihan boleh menyebabkan penyakit lebihan kalium seperti lemah otot dan detak jantung tidak teratur. 

#6. Kandungan gula 

Bagi pesakit diabetes anda harus waspada makan pisang kerana ia mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. 

Walaubagaimanapun, kami di theAsianparent Malaysia berharap adik Haziq cepat sembuh dan berada dalam keadaan yang baik. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Niena Samsir

Baca juga:

Jangkitan Rotavirus Boleh Tersebar Bukan Saja Dari Air, Tapi Juga Dari Makanan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Sebab Pisang, Haziq Tak Boleh Kencing, Usus Bengkak & Hampir Dibedah!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham