X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

"Alamak, Atap Rumah Kampung Jenis Ini Rupanya Penyebab Kanser, Betul Ke?

5 Jun, 2020
"Alamak, Atap Rumah Kampung Jenis Ini Rupanya Penyebab Kanser, Betul Ke?

Kebanyakan rumah pastinya akan menggunakan atap asbestos kerana kos yang lebih murah dan memberikan kesan penyejukan. Sedarkah anda ia cukup bahaya?

Siapa sangka atap asbestos ini sering kali digunakan pada kebanyakan rumah di Malaysia khususnya masyarakat di luar bandar mengundang risiko paling buruk terhadap kesihatan. Walaupun anda telah mengamalkan penjagaan dalam aspek makanan, melakukan senaman, namun perkara ini turut perlu diteliti agar seisi keluarga sentiasa sihat.

Jika sebelum ini tompokan debu pada dinding yang sebenarnya adalah kulat menyebabkan gejala batuk, kali ini kami ingin mendedahkan akan risiko penggunaan atap asbestos pula.

Bahaya atap asbestos rosak mengundang kanser paru-paru

bahaya atap asbestos

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Public Health Malaysia, sekiranya atap asbestos rosak seperti pecah, boleh meningkatkan risiko penyakit kanser mesothelioma terutamanya buat mereka yang terlibat secara langsung dalam menguruskan bahan binaan ini.

Jika dilihat zaman dahulu, kebanyakan kediaman dan kilang sememangnya menggunakan atap ini kerana ia dikatakan lebih murah dan sejuk. Namun selepas asbestos diketahui berisiko menjadi penyebab kanser mesothelioma ia semakin kurang digunakan dan dihasilkan.

Malah terdapat beberapa buah negara sudahpun mengharamkan penggunaannya namun di negara Malaysia, ia hanya diharamkan untuk tujuan pembinaan bangunan kerajaan yang baharu sejak tahun 1999. 

Sekiranya bahan berbahaya ini langsung tidak diusik, risiko untuk memperoleh kanser adalah sangat rendah. Masalah ini akan wujud apabila ia pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos.

Mengapa ia dikatakan pembunuh senyap?

bahaya bumbung rumah

Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa 100 000 pekerja telah meninggal dunia akibat penyakit berkaitan dengan asbestos dalam bangunan bekerja.

Bahan serat yang berlaku secara semula jadi dengan ketahanan terhadap haba panas dan api sudah dikenal pasti sebagai ancaman serius kepada nyawa manusia.

Situasi ini sekaligus mendedahkan anda kepada risiko untuk menghidap radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.

Tidak perlu jumlah yang banyak kerana debu sehalus bilah jarum sudah cukup kuat menyebarkan kanser kepada diri anda dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Pada ketika dahulu, asbestos ini dianggap sebagai bahan bangunan utama tetapi meragut nyawa manusia secara senyap. Ia menjadi bahaya apabila rosak dan menyebabkan seratnya berterbangan dalam udara. Hal ini akan menyebabkan manusia akan menyedut udara berkenaan sehingga ke bahagian paru-paru.

Apa yang lebih merisaukan ialah kebanyakan pengguna tidak menyedari akan hal ini kerana sudah lama dibekalkan dengan air melalui paip simen asbestos.

Setakat ini negara Malaysia tidak mempunyai sebarang program khusus untuk menggantikan paip simen asbestos. Hanya asbestos biru (crocidolite) sahaja dilarang penggunaannya, manakala asbestos putih (chrysotile), perang (amosite), tremolite dan actinolite masih dibenarkan.

Kerajaan Malaysia turut masih mengkaji untuk melaksanakan pengharamannya tetapi lebih membimbangkan ia memerlukan tempoh masa yang agak lama.

Di samping itu, kerajaan turut perlu mengadakan program pendidikan dan kesedaran asbestos untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, kontraktor, mekanik dan pemasang paip akan bahaya ini.

Bukan itu sahaja, ia turut memerlukan kepakaran buruh mahir dalam menghapuskan serta memindahkan produk mengandung asbestos dengan selamat.

Pencegahan yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini

atap asbestos penyebab kanser

  • Jika ibu ayah masih menggunakan bumbung abestos ini, pastikannya tidak ada keretakan atau pecah.
  • Sekiranya pecah, pastikan proses membaik pulih bumbung adalah mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.
  • Jika anda melihat di kawasan rumah atau kejiranan mempunyai longgokan atap ini, sila hubungi pihak berkuasa tempatan dengan segera untuk proses pelupusan yang betul.
  • Jangan biarkan ia lupus sendiri, bakar atau tanam di dalam tanah.
  • Elakkan anak-anak bermain di kawasan asbestos. Kesan kesan asbestos ini hanya boleh dilihat selepas tempoh 30 tahun.

Risiko dan kesan terhadap kesihatan ini perlu dipandang serius agar anda serta ahli keluarga tidak menderita pada kemudian hari.

Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma ini adalah seperti sesak nafas, dada berasa tidak selesa, batuk kering berpanjangan, kurang selera makan, penat dan kerap berpeluh pada waktu malam.

Sumber: Public Health Malaysia, Malaysia Kini

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

9 Makanan Penyebab Kanser Yang Anda Makan Setiap Hari

Stories Rakan Kongsi
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • "Alamak, Atap Rumah Kampung Jenis Ini Rupanya Penyebab Kanser, Betul Ke?
Kongsikan:
  • Selain Demam, Ini Tanda-Tanda Pneumonia Pada Anak Kecil Perlu Ibu Ayah Waspada

    Selain Demam, Ini Tanda-Tanda Pneumonia Pada Anak Kecil Perlu Ibu Ayah Waspada

  • Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

    Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

  • Selain Demam, Ini Tanda-Tanda Pneumonia Pada Anak Kecil Perlu Ibu Ayah Waspada

    Selain Demam, Ini Tanda-Tanda Pneumonia Pada Anak Kecil Perlu Ibu Ayah Waspada

  • Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

    Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham