Sejuk Perut Ibu Mengandung, Anak Yatim Digelar Google Al-Quran & Miliki Kelebihan Luar Biasa

Kehilangan insan tercinta tidak mematahkan semangat kanak-kanak ini untuk hafal al quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris serta Mandarin dengan sempurna

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa sangka usia mereka baru setahun jagung, namun sudah berjaya hafal al quran dengan baik. Meskipun bergelar anak yatim, ia telah menjadi pendorong untuk meletakkan sepenuh usaha agar berjaya di dunia dan akhirat.

Mungkin bagi sesetengah kanak-kanak yang lain, sibuk meneroka dunia dan seronok belajar mengenali dunia. Namun dua anak kecil ini sudah terbiasa mengamalkan rutin menghafal al quran.

Kehebatan luar biasa hafal al quran

Dua anak yatim dikurniakan kehebatan luar biasa apabila mereka mampu hafal al quran, terjemahan, halaman sehingga diberi gelaran ”Google al-quran”.

Menurut laporan media Tribun News, Muhammad Ghozali Akbar, 12 dan Kamil Ramadhan, 13 telah dinobatkan sebagai tahfiz termuda di negara Indonesia.

Mereka menuntut ilmu dari Sekolah Berasrama Islam Muttaqin di Yogyakarta. Muhammad atau lebih mesra dipanggil Ahmad dan Kamil mampu mengingati setiap halaman dan urutan dalam al-quran dengan baik.

Bukan itu sahaja, mereka turut memenangi banyak pertandingan menghafal al-quran di peringkat nasional dan antarabangsa sejak usia 11 tahun lagi.

Mereka berdua telah menghafal 30 juzuk dalam al-quran berserta dengan terjemahannya. Hal yang paling menarik, Ahmad dan Kamil berjaya menghafal terjemahan al-quran dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan, pencapaian mereka sebelum ini pernah menyertai Pertandingan Menghafal Al-Quran Antarabangsa Moscow (MTQ) ke-19. Dalam acara ini, mereka telah menunjukkan kehebatan dalam kategori hafiz atau hafalan.

Perasaan penuh syahdu sehingga menangis

Ketika Ahmad dan Kamil membacakan ayat-ayat suci al-quran ini, ramai pengunjung majlis telah menangis kerana suara mereka sungguh merdu.

Tidak hanya pandai menghafal al-quran sahaja, mereka juga berkebolehan mengingati nombor ayat, nombor halaman dan susunan baris yang dibaca.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejayaan yang telah dicapai sebelum ini ialah Ahmad pernah memenangi tempat pertama dan Kamil memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Hafiz Indonesia pada tahun 2017.

Pada pertandingan Hafiz Antarabangsa tahun 2018 di Jeddah, Ahamad memenangi tempat ketiga dan Kamil pula menduduki tempat keenam.

Sebelum ini kisah mereka berdua telah menjadi tular sehingga menarik perhatian dunia kerana bakat semula jadi menghafal al-quran berserta terjemahan dengan sangat sempurna.

Menerusi perkongsian rakaman video yang berdurasi hampir dua minit di Twitter, mereka telah diminta menghafal al-quran dengan diberikan nombor ayat, halaman dan surah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun ternyata kanak-kanak ini mampu melakukannya dengan baik sekali.

Kelebihan anak menghafal al quran

#1. Memberikan kebahagiaan kepada ibu ayah

Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda:

“Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan bertanya kepada penghafalnya: “Apakah anda mengenaliku?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penghafal tadi menjawab; “Aku tidak mengenal kamu.”

Al Quran berkata; “Aku adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Tentunya setiap peniaga akan mendapat keuntungan di sebalik barang dagangannya dan engkau hari ini berada di belakang semua barang dagangan.”

Maka penghafal Al Quran tadi diberi kekuasaan di tangan kanannya dan  kekekalan ditangan kiri, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru yang harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia.

Kedua orang tua itu lalu bertanya: “kenapa kami di beri dengan pakaian begini?” Kemudian di jawab, “kerana anakmu hafal Al Quran.”

Kemudian penghafal al quran tadi diperintahkan, “bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil).

#2. Orang lain boleh iri padanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tidak boleh seseorang berkeinginan kecuali dalam dua perkara, menginginkan seseorang yang diajar oleh Allah kepadanya Al Qur’an kemudian ia membacanya sepanjang malam dan siang, sehingga jiran mendengar bacaannya, kemudian ia berkata, ’Andaikan aku diberi sebagaimana si fulan diberi, sehingga aku dapat berbuat sebagaimana si fulan berbuat” (HR. Bukhari)

#3. Hati tidak pernah berasa kosong

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

“Orang yang tidak mempunyai hafalan Al Quran sedikitpun adalah seperti rumah kotor yang mahu runtuh”. (Hadis diriwayatkan oleh Tirmizi dari Ibnu Abbas (2914)).

Sumber: Sinar Harian, Dalam Islam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-ajar-anak-hafal-al-quran