7 Tanda Bayi Alah Dengan Haiwan Peliharaan, Ibu Ayah Perlu Take Note!

Adakah haiwan peliharaan memudaratkan untuk anak-anak anda? Bagaimana ingin memastikan keselamatan anak jika anda ada haiwan peliharaan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki haiwan peliharaan sebenarnya dapat membantu anak-anak meningkatkan kemahiran hubungan sosial disamping memupuk nilai perikemanusiaan. Namun, kita harus mengetahui risiko yang datang bersamanya terutama terhadap anak-anak kecil.

Kadang-kala, terdapat risiko alahan atau jangkitan yang akan ditanggung oleh anak kecil apabila memiliki haiwan peliharaan di rumah. Badan mereka mungkin tidak boleh menerimanya. Ia boleh membahayakan anak anda jika ibu dan ayah tidak mengenalpastinya sejak dari awal.

Jadi, jika anda berhasrat untuk memiliki haiwan peliharaan di rumah, disamping mempunyai anak yang masih kecil, apa kata anda baca dulu artikel ini untuk mendapatkan beberapa info penting. 

Risiko Umum Miliki Haiwan Peliharaan

  • Alahan atau lelah – akibat bulu, air liur dan kelemumur haiwan
  • Jangkitan penyakit – akibat makanan dan air yang dicemari oleh najis dan bukan secara langsung daripada mereka.
  • Risiko jangkitan tinggi bagi kanak-kanak kecil dan orang tua; mereka yang lemah sistem imunisasi dan bayi dalam kandungan kerana sistem imunisasi yang belum matang.
  • Kecederaan – jatuh dilanggar haiwan peliharaan atau terpijak permainan dan peralatan mereka
  • Tersedak atau lemas – akibat anak-anak menelan makanan atau permainan haiwan perliharaan
  • Haiwan yang tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan bersama kanak-kanak termasuk: reptilia, haiwan eksotik, ferrets, rodensia atau jenis tetikus dan amfibia.

Risiko Haiwan Pilihan

#1. Anjing 

Hanya menggigit jika kita berkelakuan tidak baik padanya, maka bagi anak-anak di bawah 10 tahun, jangan sekali-kali tinggalkan mereka sendirian bersama anjing.

Risiko penyakit termasuk: cacing parasit, pepijat, kutu, mange, sengkenit, ringworm, toxocariasis dan lyme disease (akibat gigitan sengkenit yang dijangkiti).

#2. Kucing 

Penyakit biasa hadir apabila makanan dicemari najis kucing. Elakkan sama sekali kucing memasuki bilik bayi kerana mereka suka tidur dekat dengan muka bayi dan mengganggu pernafasan.

Risiko penyakit termasuk: ringworm, toxoplasmosis, demam cakaran kucing, toxocariasis, salmonella, campylobacter, giardia dan cryptosporidium.

#3. Burung 

Hanya akan mematuk jika rasa diganggu. Risiko jangkitan termasuk: psittacosis atau demam burung kakak tua, alahan Alveolitis, salmonella dan Mycobacterium Avian Complex (MAC).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Ikan 

Jangkitan mycobacterial dan jangkitan kulit boleh terjadi akibat air yang tercemar. Jadi pilihlah ikan yang sihat dan bersihkan tangki selalu. Pastikan anak-anak tidak mencelup tangan dalam tangki ikan.

#5. Arnab 

Arnab tidak terlalu gemar dipeluk dan didodoi dan boleh menyebabkan ia menggigit. Risiko penyakit daripada arnab amat jarang dilaporkan namun elakkan anak-anak memegang najisnya.

#6. Hamster atau tikus belanda 

Ia boleh menggigit dan mencakar, tetapi jarang sekali jangkitan dilaporkan. Namun tikus dan guinea pig boleh menjadi sumber jangkitan salmonella, campylobacter, giardia dan cryptosporidium melalui najis dan sesuatu yang dicemari oleh najisnya.

Panduan Mengurangkan Risiko

#1. Pemerhatian dan pengasingan

Perkenalkan anak-anak kepada haiwan secara berperingkat. Pastikan anda ada bersama ketika anak-anak bermain dengan mereka atau jika tidak, pastikan haiwan peliharaan sentiasa berada dalam sangkar atau tempat khas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan benarkan haiwan keluar masuk bilik bayi. Semua barangan keperluan haiwan seperti mangkuk makanan dan minuman serta bekas najis harus diasingkan daripada anak-anak.

#2. Kesihatan dan kemaslahatan haiwan 

Pilihlah haiwan kesayangan yang sihat. Pastikan ia sentiasa bersih dan berada dalam persekitaran yang bersih. Fahami keperluan mereka, habitatnya dan berikan mereka bekalan minuman air bersih sentiasa.

Dapatkan nasihat penjagaan seperti membersihkan, memberi makan, kesihatan dan vaksin yang diperlukan. Bagi kucing dan anjing, sebaiknya mereka dikembirikan.

Ketahui simptom-simptom penyakit dan bawa berjumpa doktor haiwan segera jika perlu. Jika haiwan peliharan sakit, jauhkan mereka daripada anak-anak dan ambillah langkah kebersihan melebihi situasi biasa.

#3. Kebersihan diri 

Basuh tangan dengan sempurna selepas setiap kali mengendalikan haiwan peliharaan, barangan serta tempat tinggal mereka. Kebanyakan jangkitan dan penyakit yang disebutkan boleh dielakkan dengan menjaga kebersihan dan sentiasa membasuh tangan.

Jangan letakkan makanan haiwan hampir dengan makanan manusia. Buangkan makanan terbiar bagi mengelakkan semut dan lipas. Jika digigit atau dicakar, basuh luka segera dan gunakan krim penyahjangkitan. Temui doktor jika perlu.

#4. Interaksi dengan haiwan 

Haiwan peliharaan tidak akan bertindak luar kawalan tanpa sebab. Jadi, pastikan anda dan anak-anak tahu berinteraksi dengan haiwan dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajarkan anak-anak apa yang boleh dan tidak ketika berinteraksi dan mengendalikan haiwan. Libatkan anak-anak dalam urusan mengendali haiwan dan tempat tinggalnya bagi memupuk rasa tanggungjawab. Paling penting, pastikan mereka sentiasa membasuh tangan selepas menguruskan haiwan peliharaan.

Tips Pastikan Bayi Sentiasa Selamat Dengan Haiwan Peliharaan

Hubungan antara anda dan haiwan kesayangan anda adalah istimewa. Anda tahu permainan kegemaran mereka dan bagaimana mereka berinteraksi dengan anda dan haiwan lain, namun adakah anda akan tahu bagaimana mereka akan bertindak balas kepada bayi?

Ini merupakan beberapa tips daripada pakar bagi membantu haiwan kesayangan anda menjadi rapat dengan bayi anda secara selamat.

#1. Perkenalkan mereka perlahan-lahan

Anda tidak boleh mengharapkan haiwan jagaan anda itu dapat menerima bayi anda dengan segera. Kadang-kala, ia boleh mengambil masa berbulan-bulan untuk seekor haiwan menerima haiwan baru di dalam rumah, jadi anda harus menjangkakan perkara yang sama untuk bayi.

Perkenalkan mereka secara perlahan-lahan bagi mengelakkan perubahan tingkah-laku yang mendadak khususnya pada haiwan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2.  Beri haiwan kesayangan anda itu tempat persembunyian

Anjing atau kucing yang tertekan boleh bertindak ganas, jadi berikan haiwan kesayangan anda zon bebas bayi mereka sendiri. Ia tidak semestinya sesuatu yang rumit, contohnya katil kucing yang selesa dan cukup tinggi untuk dicapai oleh tangan kecil atau sudut kegemaran di dalam bilik dengan selimut yang lembut.

#3. Beri contoh tingkah laku yang baik

Haiwan peliharaan boleh mendapat banyak penderaan (biasanya tidak disengajakan) daripada kanak-kanak kecil. Jadi, ajar anak anda cara yang betul untuk bermain dan berinteraksi dengan haiwan. 

Contohnya, jika anak anda memukul kucing itu, ambil tangan mereka dan tunjukkan cara mengusap bulunya dengan lembut. Terangkan mengapa mereka perlu menyentuh haiwan dengan lembut.

#4. Banyakkan senaman untuk haiwan anda

Jangan lupa berikan haiwan kesayangan anda itu senaman dan penjagaan yang mereka perlukan. Jika anjing diabaikan, ia boleh cemburu terhadap bayi.

Bawa ia berjalan-jalan di luar, atau bermain dengan haiwan lain supaya lebih gembira dan tidak mengalami tekanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Jangan tinggalkan bayi dan haiwan bersama tanpa anda

Tidak kira sama ada anjing atau kucing anda mempunyai perwatakan yang sangat baik, jangan sekali-kali meninggalkan anak kecil dan haiwan kesayangan anda bersendirian di dalam bilik bersama-sama.

Ingat, ia akan mengambil masa bertahun-tahun sebelum anak anda dapat mengendalikan haiwan peliharaan itu sendiri.

Haiwan Yang Tidak Sesuai Dipelihara

Kucing dan anjing merupakan antara haiwan yang sering dipelihara oleh masyarakat kita. Ia boleh dikategorikan sebagai selamat, asalkan anda tahu teknik yang betul, terutamanya selepas memiliki bayi.

Bagaimanapun, ada beberapa jenis haiwan peliharaan yang tidak sesuai dipelihara di rumah anda bagi keselamatan anda dan bayi. Berikut adalah jenis haiwan peliharaan yang tidak sesuai dimiliki khususnya apabila mempunyai bayi:

  • ular
  • penyu
  • landak
  • burung enggang
  • kera
  • monyet
  • beruang matahari
  • tikus

Ciri-Ciri Bayi Anda Bersedia Dengan Kehadiran Haiwan Peliharaan

  • Boleh bermain dengan baik
  • Tidak kerap menangis atau takut apabila haiwan peliharaan berada dekat dengannya
  • Tidak mengasari binatang tersebut
  • Bersedia berkongsi tempat tidur bersama-sama

Tanda Bayi Ada Alahan Terhadap Haiwan Perliharaan

Alahan berlaku apabila sistem imunisasi bertindak balas dengan bendasing seperti debunga, makanan atau haiwan peliharaan. Tidak semua, namun ada segelintir bayi yang mempunyai alahan terhadap sesetengah jenis haiwan. Berikut merupakan tanda bayi anda alami alahan terhadap haiwan jagaan yang anda kena tahu:

  • bersin
  • batuk
  • hidung berair
  • hidung tersumbat
  • ruam/ gatal pada muka
  • gatal di mata dan mata merah sehingga berair
  • gatal hidung

Memiliki seekor haiwan di rumah sememangnya menyeronokkan. Namun jika anda memiliki anak kecil, pastikan anda kenalpasti dahulu alahan atau risiko yang mungkin dihadapi mereka. 

Pastikan juga anda tahu jenis-jenis haiwan peliharaan yang tidak patut anda bela demi keselamatan anda dan bayi! Ingat, pelbagai jenis haiwan peliharaan yang ada, namun jangan ketepikan keselamatan orang sekeliling semata-mata untuk minat anda ya!

  1. theBump (Aug 6, 2020). Tips for Keeping Baby Safe Around Your Pets. www.thebump.com/a/baby-pet-safety-tips
  2. Web MD (May 13, 2011). Prepping Your Pet for Your New Baby. pets.webmd.com/features/pets-and-new-baby

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Kesilapan Ibu Buat Jadi Punca Bayi Susah Tidur Malam, #3 Paling Kena Elakkan Dari Terbiasa!

Baca juga: Ketahui Refleks Tonic Neck Bayi Baru Lahir: Bagaimana Untuk Mengujinya

Baca juga: Refleks Menghisap Pada Bayi: Bagaimana Ini Mempengaruhi Penyusuan & Penerimaan Khasiat Anak