Hamil Anak Kembar Lima Lelaki, Ibu Kongsi Selera Makan Makin Bertambah Sampai 6 Kali Sehari!

Wanita ini kongsi pengalaman ketika hamil anak kembar lima membuatkan selera makannya menjadi-jadi dan pengalaman membesarkan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seronoknya mendapat anak kembar! Ya, dengar memang seronok, tetapi hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu. Ada yang hilang selera makan ketika hamil tetapi lain pula yang dialami oleh Lely Solihati mengakui terdapat perubahan selera makan naik mendadak ketika hamil anak kembar lima yang kesemuanya lelaki.

Hamil Anak Kembar Lima Buat Selera Makan Ibu Bertambah

Rata-rata menganggap mengandung anak kembar sebagai bonus kerana si ibu hanya perlu melalui tempoh kehamilan sekali sahaja untuk melahirkan anak kembar dua, tiga, atau lima sekaligus. Namun, perjalanan menjadi seorang ibu hamil anak kembar bukanlah sesuatu yang mudah. 

Berkongsi kisah itu, pasangan suami isteri, Lely dan Habibie memang teringin untuk menimang cahaya mata setelah anak sulungnya berusia 1 tahun 2 bulan dan membuat keputusan merujuk kepada doktor untuk ikhtiar hamil secara semulajadi.  

Hasil daripada itu, doktor memaklumkan bahawa dia mempunyai 2 kantung yang mempunyai 4 janin.

Selang dua minggu kemudian, tanpa disangka-sangka Lely dan suaminya mendapati bukan empat, tetapi lima kantung semasa pemeriksaan kehamilan.

“Ini bermakna, satu sel telur berpecah kepada dua. Semuanya berjaya,” katanya dengan penuh rasa teruja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepanjang tempoh kehamilan, Lely sering berulang-alik ke hospital untuk menjalani pemeriksaan berkala. Ketika hamil, Lely akui bahawa selera makannya juga semakin bertambah sehingga mampu makan sebanyak 6 kali dalam sehari.

Pada tarikh 10 Januari 2016, Lely selamat melahirkan 5 bayi kembar menerusi pembedahan caesarean.

Cara Bezakan Anak Kembar, Namakan Seperti Hurul Vokal

Selain itu, Lely dan suami turut berkongsi menamakan mereka mengikut huruf vokal iaitu Abbid Muhammad Akbar (A), Izzul Syaefuddin Al Akbar (I), Uqkail Fathul Akbar (U), Ezra Khairu Akbar (E), dan Oxy Abhitya Akbar (O).

Hasil gabungan nama tersebut terhasil nama AIUEOS Family termasuk anak sulungnya, Shakira.

Bahkan, ada cara untuk membezakan anak kembar mereka iaitu dengan mengenali ciri-ciri fizikal unik yang ada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Abbid lebih berisi, lebih gemuk. Bagi Izzul, rambutnya lebih halus. Uqkail dan Oxy adalah kembar seiras, jadi mereka sangat serupa, tetapi wajah mereka berbeza,” kata Lely sambil cuba mengingati.

“Muka Oxy agak bulat, muka Uqkail agak bujur. Mata Ezra pula agak sepet, oriental,” tambah Lely, yang juga merupakan seorang jurugambar bagi bayi newborn.

Cabaran Menjaga Anak Kembar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjaga seorang anak pun sudah terasa lelah, inikan pula perlu beri perhatian kepada lima anak kembar serentak. 

Sejak mereka dilahirkan, rumah sentiasa riuh dengan bermacam-macam gelagat kembar yang seakan menjadi rutin biasa buat pasangan ini.

Antara cabaran terbesar yang terpaksa diharungi adalah kos sara anak yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, Lely dan suami menganggap bahawa tidak semua orang direzekikan memiliki anak yang ramai dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi komitmen keluarga demi memberikan kehidupan yang terbaik untuk anak-anak.

Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran, pasangan ini percaya kasih sayang dan kerja keras menjadikan pengalaman ini berharga dan bermakna.

Untuk info, pada tahun 2021 lalu, Lely selamat melahirkan seorang lagi anak perempuan menjadikan jumlah keseluruhan mereka seramai 7 orang.

Mereka turut aktif berkongsi aktiviti anak kembar lima di ruangan Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Buat Anak Kembar Walaupun Tiada Genetik, 10 Tips Ini Membantu Suami Isteri

Baca juga: Tanda Hamil Kembar Yang Mungkin Ibu Alami, Penat Melampau Salah Satu Petandanya!

Baca juga: 11 Perkara Hanya Ibu Ada Anak Kembar Sahaja Merasainya, No.6 Antara Paling Sukar!

Penulis

Noorhidayah