Ibu mana yang tak seronok bila mendapat tahu diri hamil kembar dan pastinya kegembiraan itu akan dikongsikan bersama suami serta ahli keluarga yang lain.
Seperti kejadian seorang wanita berumur 20 tahun ini yang telah melahirkan sepasang bayi kembar sejurus selepas 26 hari anak pertamanya dilahirkan.
Menurut Dr Sheila Poddar yang mengendalikan kes Arifa Sultana, di mana dia dikatakan telah melahirkan seorang bayi lelaki pada penghujung bulan Februari yang lalu di Hospital Ad-Din di Dhaka, Bangladesh.
Kemudian ibu berkenaan dan bayinya dibenarkan keluar dari wad hospital selepas tiada sebarang komplikasi yang muncul. Bahkan dia juga bersalin secara normal.
Ibu hamil kembar selepas 26 hari melahirkan anak pertama
Walaubagaimanapun, selepas empat minggu kemudian, Arifa dimasukkan semula ke hospital berkenaan.
“Semasa datang ke hospital, dia mengadu sakit di bahagian bawah perut,” kata doktor.
Kemudian, doktor berkenaan terus melakukan ultrasound untuk melihat di bahagian perut Arifa lalu mendapati yang dirinya hamil kembar.
Memiliki rahim berganda
Rupa-rupanya, Arifa mempunyai dua rahim, iaitu satu keadaan yang disebut Uterus Didelphys.
Hal ini kerana, bayi pertama dan kembarnya dikandungkan dan dibesarkan dalam rahim yang terpisah.
Apatah lagi semasa kelahiran bayi pertamanya, dia tidak mendapat ultrasound yang betul sampai kejadian ini berlaku.
Menurut Ketua Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Max Healthcare di New Delhi mengatakan ini adalah kejadian pertama yang berlaku di hospital berkenaan di mana seorang ibu memiliki dua rahim.
Namun akhirnya, doktor segera melakukan pembedahan czer bagi mengeluarkan bayi ibu tersebut dan selamat melahirkan dua pasangan bayi kembar iaitu seorang lelaki dan perempuan. Malah ketiga-tiga anaknya selamat dan
sihat.
Menurut National Istitutes of Health, keadaan rahim berganda ini adalah kelainan kongenital yang jarang berlaku dan mempunyai kadar kejadian 1 dalam sejuta kelahiran bayi.
“Disebabkan itu, ramai wanita yang tinggal di kawasan luar bandar tidak tahu berapa ramai bayi yang mereka hamil dan kadang-kadang tidak sedar bahawa diri mereka sedang mengandung,” ulas Ketua Bahagian O&G.
Info extra: Mengenali Uterus Dideplhys
Secara normalnya, seseorang perempuan dilahirkan dengan satu set organ reproduksi iaitu satu vagina, satu rahim, satu serviks dan dua indung telur.
Walaubagaimanapun, dalam keadaan yang jarang kali berlaku, seseorang wanita juga boleh dilahirkan dengan keadaan organ reproduksi berganda. Atau dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai Uterus Didelphys.
Uterus Didelphys ini adalah satu keadaan apabila seseorang perempuan itu dilahirkan dengan dua rahim yang memisahkan serviks. Walaupun hal ini tidak selalu berlaku.
Keadaan ini terjadi oleh kerana janin perempuan yang keluar dari rahim ibu memiliki dua tabung kecil.
Kemudian semasa janin berkembang, tabung tersebut biasanya bergabung menjadi satu organ yang lebih besar.
Namun kadang kala ia tidak dapat bergabung sepenuhnya sehingga janin tersebut dilahirkan dengan dua rahim.
Ramai wanita tak sedar ada dua rahim
Kredit: Hello Doktor
Dipetik dari Mayo Clinic, ramai perempuan yang mengalami Uterus Didelphys tidak menyedari kelainan yang ada pada organ reproduksi mereka sehinggalah berlakunya kehamilan dan kelahiran.
Pun begitu keadaan kelainan pada organ ini boleh didiagnosis semasa pemeriksaan ultrasound dan ujian kehamilan yang lain.
Namun begitu, ada beberapa gejala yang boleh dirasai ibu hamil seperti terdapat tekanan yang luar biasa pada bahagian perut, kram yang rasa berbeza selama menstruasi serta muncul pendarahan yang abnormal.
Apa yang menyedihkan, tak semua mereka yang mempunyai rahim berganda dapat hamil dengan selamat.
Ini kerana mereka yang memiliki kelainan ini mungkin berisiko untuk mengalami keguguran atau kelahiran pramatang yang lebih besar.
Bahkan tiada pengubatan yang khusus boleh diberikan kecuali kalau melibatkan komplikasi yang serius seperti kerap sakit pinggul, keguguran berulang atau bersalin pramatang.
Ramai perempuan dengan keadaan ini memiliki kehidupan seks, kehamilan dan bersalin secara normal.
Namun masih ada kebarangkalian untuk terjadinya kemandulan atau keguguran. Selain bayi yang dikandungkan mugkin juga boleh berada dalam posisi songsang hingga menyukarkan ibu untuk bersalin normal.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: 7 News.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comtanda-mengandung-anak-kembar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!