Tak Sampai 6 Bulan Lepas Caesar, Ibu Hamil Lagi, Jangan Panik! Baca Saranan Doktor ini

Baru saja caesar 6 bulan, tetapi sudah hamil lagi sekali. Mesti ramai ibu yang risau kan? Malah ada yang tertekan pula jadinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu yang baru lepas caesar risau hamil lagi dalam jangka waktu yang cepat. Tetapi bila dah termengandung, nak buat macam mana kan?

Menurut, Pakar Perunding Obstetrik dan Gynaecologist, Hospital Columbia Asia, Seremban, Dr. Norintan Binti Zainal Shah katanya jika hamil lagi selepas bersalin caeserean sebelum tempoh dua tahun seperti disarankan, ibu jangan panik.

Boleh baca dulu apa yang dikatakan doktor ini.

Hamil lagi walaupun baru lepas caesar, doktor ini pesan jangan panik!

Kredit: bumbumcak

Lazimnya bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, doktor akan menyarankan waktu selamat untuk hamil semula ialah selepas dua tahun. Tapi bagaimana kalau anda hamil lagi sebelum waktu itu?

Ibu tidak perlu panik kerana terdapat kajian yang menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu hamil setelah anak pertama berusia sepuluh bulan, risiko dinding rahim terkoyak adalah amat rendah.

Masalah dinding rahim terkoyak ini dinamakan sebagai uterine rupture selalunya berlaku sewaktu kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan berlaku kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya.

Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai TOS atau (Trial of Scar). Bersalin secara normal melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai VBAC (Vaginal Birth After Caesarean Section).

Masih ada peluang bersalin normal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai Elective Repeat Cesaerean Section ( ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kandungan keduanya, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS.

Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya dinding rahim terkoyak dan bersalin melalui VBAC, mereka tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.

Amat penting bagi ibu untuk memahami bahawa dinding rahim terkoyak berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS. Walau pun ibu terbabit dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah, hal ini boleh berlaku!

Kesan dinding rahim terkoyak

Apabila rahim terkoyak, terdapat beberapa perkara yang mungkin dialami ibu, ia termasuklah:

#1. Tumpah darah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: ohbulan

Tumpah darah dari rahim ibu sehingga ibu memerlukan transfusi darah.

#2. Emergency caesarean

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu melahirkan bayi secara emergency caesarean section.

#3. Anak boleh maut

Anak yang dilahirkan boleh mengalami masalah kekurangan darah dan oksigen sehingga boleh menyebabkan kecacatan otak dan maut.

#4. Rahim perlu dibuang

Rahim yang mengalami koyak kadang kala tidak dapat diselamatkan dan perlu dibuang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Kehilangan darah

Kehilangan darah yang banyak boleh berisiko menyebabkan masalah DIVC (Disseminated Intravascular Coagulation) di mana darah terus menerus mengalir keluar dari badan kerana darah tidak dapat membeku. Keadaan ini boleh menyebabkan maut.

Cara mengurus emosi ketika hamil

Kredit: mingguanwanita

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila sudah termengandung jarak dekat, pasti ibu-ibu akan rasa tertekan. Ia boleh terjadi atas pelbagai faktor termasuklah keadaan badan yang masih belum bersedia dan sebagainya. 

Ia juga mungkin boleh jadi tekanan daripada masyarakat sekeliling yang mana menganggap ibu ini seakan tidak pandai merancang dan seperti tidak sayang nyawa .

Ini antara faktor yang akan menyebabkan ibu menjadi stres dan tertekan jika hamil dalam jarak dekat. Tapi apa yang boleh anda lakukan untuk mengurus  emosi ketika hamil?

  1. Sering ingatkan diri bahawa kehamilan adalah rezeki dan amanah daripada Allah. Sebagai bakal ibu, anda perlu belajar menerimanya dengan tangan terbuka.
  2. Rehatkan diri dan fikiran dengan sepenuhnya. Jangan bebankan diri dengan tugasan tertentu sebelum saat kelahiran.
  3. Perasaan runsing juga pasti berkurangan jika hubungan dengan pasangan lebih intim. Hubungan itu umpama jaminan pasangan ada untuk anda dan anda juga tidak berseorangan ketika menghadapi cabaran mengandung.
  4. Wujudkan sistem sokongan sebelum dan selepas bayi dilahirkan. Ada juga ibu hamil tanpa suami di sisi, jadi dekati keluarga dan rakan rapat yang setia mendampingi.
  5. Tidak salah jika lakukan sesuatu yang boleh membuatkan rasa gembira misalnya menghabiskan waktu berkualiti bersama pasangan atau waktu bersendiri seperti menikmati urutan dan menonton wayang bersama teman baik.
  6. Kongsi masalah atau sebarang kebimbangan bersama teman baik. Ia bukan saja meringankan beban masalah malah dapat menghilangkan seketika tekanan.
  7. Pengurusan tekanan juga penting daripada membiarkan ia membebankan perasaan dan emosi.
  8. Selain itu, pastikan mendapat waktu tidur yang cukup, makan teratur serta melakukan senaman ringan untuk mengeluarkan peluh.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: columbiaasia, hmetro

Baca juga: Wanita WAJIB Jaga Rahim Dengan Baik, Ini 7 Makanan Mencegah Penyakit Rahim Anda!

Penulis

Lala Annuar