X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tahukah Ibu Bapa? Inilah Waktu Terbaik untuk Hantar Anak Anda ke Kelas 'Enrichment'

4 min bacaan
Tahukah Ibu Bapa? Inilah Waktu Terbaik untuk Hantar Anak Anda ke Kelas 'Enrichment'

Ingin tambah kemahiran anak anda? Apa kata anda hantar anak anda ke kelas pengkayaan? Nak tahu waktu terbaik untuk hantar anak anda? Jom baca!

Pasti ada ibu bapa yang mempunyai hasrat untuk menghantar anak mereka ke kelas enrichment. Bagi ibu bapa yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kelas enrichment ianya adalah kelas pengkayaan. Ramai yang mempunyai sangkaan bahawa kelas pengkayaan ini seperti kelas tutor ataupun kelas tuisyen. Sebenarnya kelas pengkayaan ini tak sama langsung dengan kelas-kelas yang disangkakan.

Kaedah pengajarannya juga berbeza dengan pendekatan tradisional seperti di kelas-kelas di sekolah. Kelas tersebut boleh diambil oleh anak-anak selepas waktu persekolahan ataupun pada hujung minggu. Terdapat banyak jenis kelas pengkayaan sebenarnya.

Ada kelas pengkayaan yang anak anda boleh ambil untuk perkembangan bahasa anak anda, ada kelas pengkayaan untuk menyiapkan anak anda sebelum masuk ke sekolah atau ke peringkat lebih tinggi. Malah, ada juga yang menghantar anak mereka ke kelas pengkayaan dengan tujuan untuk menjadikan mereka lebih kreatif dan berseni. Menarik, bukan?

Ada ibu bapa yang mula tertarik tak nak hantar anak ke kelas enrichment ini. Banyak tau manfaat yang anak anda boleh perolehi kalau anda hantar anak anda ke kelas enrichment. Nak tahu tak apa manfaatnya?

Manfaat hantar anak ke kelas pengkayaan

Tahukah Ibu Bapa? Inilah Waktu Terbaik untuk Hantar Anak Anda ke Kelas Enrichment

Kredit: Pexels

Ini adalah antara manfaat yang anak anda boleh dapati dengan menghadiri kelas pengkayaan kerana terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang boleh membantu anak anda untuk menguasai dan mempelajari kemahiran baru. Disamping meningkatkan kemahiran yang sedia ada.

  • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi menerusi aktiviti yang dapat mencetuskan ilham mereka
  • Meningkatkan keyakinan diri apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya mereka
  • Meningkatkan harga diri dalam diri anak menerusi pembelajaran dalam kelas apabila mereka mempelajari sesuatu baru dan mendapat panduan.
  • Membantu kemahiran membuat keputusan

Bila nak hantar anak ke kelas pengkayaan

Tahukah Ibu Bapa? Inilah Waktu Terbaik untuk Hantar Anak Anda ke Kelas Enrichment

Kredit: Pexels

Nak hantar atau tidak? Perkara ini menjadi tanda tanya buat ibu bapa perlu ke tidak hantar anak ke kelas pengkayaan. Banyak juga yang bermain di fikiran ibu bapa, kan? Sama ada perlu menghantar mereka ke kelas ataupun adakah jika mereka menghantar anak ke kelas, ianya terlalu awal untuk mereka.

Kebanyakan kelas pengkayaan menerima pelajar seawal umur 6 bulan sebagai peringkat permulaan dan kemudian untuk tahap yang lebih maju, umur pelajar bermula daripada 2 tahun dan ke atas.

Apa yang perlu ibu bapa tahu dan faham tentang kelas pengkayaan?

  • Jika hantar anak awal, anak mungkin berdepan dengan masalah keresahan apabila ditinggalkan di tempat baru.
  • Cuba dapatkan kelas yang membolehkan ibu bapa untuk menyertainya bersama dengan anak sebagai permulaan.
  • Jangan buat jangkaan bahawa anak anda akan terus pandai lepas masuk ke kelas-kelas pengkayaan kerana tujuan utamanya adalah untuk merangsang perkembangan minda anak terhadap pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan. 

Adalah amat penting bagi anda untuk memilih kelas pengkayaan terbaik untuk anak anda. Apa yang anda perlu lakukan sebelum masukkan anak ke kelas pengkayaan? 

#1 Lihat tanda atau kesediaan anak

Tahukah Ibu Bapa? Inilah Waktu Terbaik untuk Hantar Anak Anda ke Kelas Enrichment

Kredit: Pexels

Jika anda lihat anak anda sudah mula menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara, anda boleh menghantarnya ke kelas pengkayaan untuk memupuk minat anak anda terhadap perkara tersebut. Contohnya, jika anak anda minat piano dan menunjukkan minat untuk bermain. Carilah kelas piano yang sesuai dengan tahap anak anda.

#2 Cari kelas percubaan dahulu

Tak kenal maka tak cinta kan? Terdapat banyak kelas pengkayaan di Malaysia, jadi anda mestilah pilih yang mana paling sesuai untuk anak anda. Anda kena tengok dahulu yang mana anak anda suka sebagai permulaan dan yang mana anak anda paling minat nak cuba. Kalau anda paksa anak anda, ia mungkin tidak akan berakhir dengan baik.  

#3 Pembelajaran dan pendekatan berbeza

Kelas pengkayaan tidak seperti kelas yang lain. Ia bukannya menjadi kayu ukur  kepada akademik anak anda. Sebaliknya, kelas pengkayaan menjadikan fokus pembelajaran melalui kaedah holistik dan menyeronokkan. Biarkan anak anda bermain, berhibur dan bersuka ria di kelas pengkayaan ini. Barulah anak anda tak stres. Pada usianya, anak anda digalakkan untuk mencuba perkara baru dalam keadaan yang tenang dan tidak membebankan anak anda.

#4 Cari kelas yang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan anak.

Jangan tiba-tiba paksa anak anda masuk kelas yang dia tidak suka. Jika anak anda berada dalam tahap permulaan, masukkan anak anda ke kelas yang sesuai dengan kemampuan anak anda. Kalau tidak, terkejut anak anda nanti untuk cuba menyesuaikan diri. Sudahlah persekitarannya baru, sekarang pula kena ambil perkara yang dia tak minat. Pastikan kelas yang anda ambil untuk anak anda sesuai untuk anak anda.

 

Sumber: sg.theasianparents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 5 best enrichment classes for babies and toddlers in Klang Valley

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip untuk Ibu Bapa
  • /
  • Tahukah Ibu Bapa? Inilah Waktu Terbaik untuk Hantar Anak Anda ke Kelas 'Enrichment'
Kongsikan:
  • Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

    Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

  • Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

    Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

  • Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

    Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

  • Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

    Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.