"Peluklah ibu bapa anda selagi mereka masih ada..." luah si anak yang kehilangan ibu

lead image

Hargai ibu bapa anda. Peluklah mereka selagi Tuhan meminjamkan mereka pada kita. Apabila mereka tiada nanti, hilanglah satu nikmat dunia yang akan dirindui.

Hargai ibu bapa anda selagi mereka masih bernafas

"Peluklah ibu bapa anda sementara mereka masih ada dan jangan ambil kesempatan pada mereka kerana anda tidak tahu bila anda akan kehilangan mereka. Hargai ibu bapa anda selagi mereka masih bernafas..."

Inilah kata-kata yang ditulis oleh Hannah Summers semasa memuat naik gambar sepucuk surat yang ditinggalkan oleh ibunya yang telah meninggal dunia.

Perkongsian Hannah telah tular dan benar-benar menyentuh hati mereka yang membacanya. Surat yang menusuk jiwa itu telah ditulis ibunya ketika beliau sedang berlawan dengan kanser hati.

Arwah ibunya telah menulis surat ini untuk semua anak-anaknya.

hargai ibu bapa anda

hargai ibu bapa anda

Di dalam surat itu penuh dengan kata-kata nasihat dan peringatan yang dirinya akan selalu bersamanya. 

"Peluklah mereka. Hargai ibu bapa anda selagi ada..."

Ini adalah terjemahan surat ibu Hannah kepadanya;

"Jika anda sedang membaca surat ini, ia bermakna pembedahan ibu itu tidak berjalan lancar. Ibu minta maaf. Ibu sudah cuba sedaya upaya untuk melawan penyakit ini.

Tetapi Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita...

Tolong jangan rasa marah, perkara buruk terjadi kepada kita agar kita dapat belajar sesuatu darinya walaupun ia amat menyakitkan.

Ibu mahu kamu meneruskan hidup gembira dan gunakan kurniaan Tuhan kepadamu. Kamu akan jadi jururawat yang hebat sama seperti betapa hebatnya peribadi kamu.

Belajar rajin-rajin, jangan risau tentang pekerjaan. Jika kamu mahu bekerja semasa musim panas, tidak apa, tapi jangan abaikan sekolah.

Bersabarlah dengan ayah kamu. Ini masa yang sukar untuknya dan dia memerlukan masa. Kamu dan dia saling memerlukan, banyakkan berbicara bersama dia.

Image result for hug mother

Jangan berputus asa dan terus mencuba. Ingat yang kamu ada ramai orang sekeliling yang menyayangi kamu, bersembanglah dengan mereka.

Gunakan kepandaian kamu untuk bertindak. Jangan pergi ke mana-mana sendirian dan sentiasa sediakan kit kecemasan dalam kereta.

Kamu boleh menumpang kereta orang lain ke sekolah tetapi jauhi parti, kerana ianya jahat. Bukan semua lelaki jahat tapi kebanyakkan dari mereka akan meminta kamu membuat bermacam perkara.

Cuba banyakkan berkawan dengan mereka yang ada sama kepercayaan seperti kamu, kerana mereka akan membuatkan kamu kuat.

Ingat yang ibu sentiasa ada bersama kamu. Ibu masih bangga dengan kamu seperti selalu. Pastikan Tuhan sentiasa di dalam hati kamu dan jangan malu untuk tunjukkan kepada orang yang kamu sayangkan Tuhan.

Jika satu hari nanti kamu ada anak, beritahu mereka yang ibu sangat sayangkan mereka dan mahu bersama mereka.

Kamu akan mempunyai kehidupan yang menakjubkan dan ibu akan tersenyum di sepanjang perjalanan dan setiap momen indah kamu.

Ibu bersyukur Tuhan telah memberi peluang untuk kita menghabiskan masa bersama dengan erat dan gembira. P

eganglah pada memori itu dan beritahu semua orang yang kamu sangat sayangkan mereka. Jalani setiap hari seperti hari esok tidak akan tiba kerana kamu tidak akan tahu sama ada akan ada esok untuk kamu atau tidak. 

Dan yang terakhirnya, ingatlah yang ibu menyayangimu lebih dari yang kamu tahu.

Salam sayang dari ibumu..."

****

Nasihat seorang ibu ini penuh dengan kasih sayang. Walaupun beliau nazak, namun beliau masih ingin meninggalkan anak-anak dengan bait-bait nasihat yang penuh kata-kata sayang.

Semoga Hannah dan adik beradiknya sentiasa mengingati nasihat ibu mereka ini.

Wahai pembaca lain di luar sana, hargailah ibu bapa anda. Peluk mereka seerat-eratnya sekarang. Kita tidak tahu sampai bila Tuhan meminjamkan kita masa untuk memeluk mereka. 

Apabila mereka pergi nanti, hilanglah satu nikmat dunia yang Tuhan berikan kepada kita. 

 

Sumber: teenvogue, twitter Hannah Summer

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Luahan Bapa Ini Selepas Anaknya Meninggal Dunia Sungguh Menyentuh Hati!