Hari Raya 2025, Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM Sempena Aidilfitri

Hari Raya 2025 dijangka jatuh pada tarikh 31 Mac 2025 bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Jadi bolehlah rancang cuti anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tarikh cuti umum hari raya 2025, cuti tambahan dan cuti sekolah KPM untuk semua negeri dan sekolah telah ditetapkan. Bolehlah anda rancang dari sekarang. 

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025

Pengumuman rasmi tarikh hari raya 2025 atau Aidil Fitri 1446h / 2025M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Berikut dikongsikan tarikh sambutan Hari Raya 2025:

Tahun Tarikh Hari Cuti Negeri
2025 31 Mac Isnin Hari Raya Pertama Semua Negeri
2025 1 April Selasa Hari Raya Ke-2 Semua Negeri

Cuti Tambahan KPM

Berikut adalah jadual cuti tambahan untuk Kumpulan A dan Kumpulan B bagi Hari Raya Aidilfitri 2025, yang diumumkan oleh KPM:

Kumpulan Tarikh Hari
Kumpulan A 30 Mac 2025 Ahad
  2 April 2025 Rabu
  3 April 2025 Khamis
Kumpulan B 2 April 2025 Rabu
  3 April 2025 Khamis
  4 April 2025 Jumaat

Cuti tambahan ini diberi untuk memudahkan guru dan pelajar membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah senarai cuti-cuti lain yang terlibat pada bulan April 2025:

Tarikh Cuti Negeri
1 April Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
18 April Good Friday Sabah & Sarawak sahaja
26 April Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu sahaja

Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac 2025 (tertakluk pada perubahan).

Sambutan Hari Raya Di Malaysia

Hari Raya Aidilfitri, atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Puasa, adalah perayaan paling besar yang disambut oleh umat Islam di Malaysia.

Sejak awal Ramadan lagi, rumah, kedai, dan kompleks membeli-belah sudah dihiasi dengan pelbagai dekorasi meriah, dan suasananya semakin terasa menjelang hari raya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di beberapa negara lain, Hari Raya Aidiladha mungkin lebih meriah sambutannya, tetapi Hari Raya Puasa tetap menjadi acara utama.

Perayaan ini bukan sahaja untuk meraikan kejayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga untuk merasakan ‘kemenangan’ spiritual yang menyatukan umat Islam.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditentukan dengan melihat anak bulan (rukyah), sama seperti penentuan bulan Ramadan.

Malam sebelum raya, atau malam terakhir berbuka puasa, adalah malam yang penuh keriangan. Saudara mara berkumpul dan ramai yang sudah pulang ke kampung halaman untuk merayakan bersama keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zakat fitrah juga menjadi kewajipan yang perlu diselesaikan sebelum atau pada 1 Syawal, sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

Selain itu, rumah terbuka adalah tradisi yang tidak pernah ketinggalan, di mana kita dapat menikmati pelbagai juadah seperti ketupat, rendang, lemang, kuih muih, serta manisan tradisional seperti wajik dan dodol semuanya menjadi hidangan simbolik yang membuatkan Hari Raya lebih bermakna.

Dari kami di theAsianparent mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hari Raya Aidilfitri: Sejarah Bermulanya Hari Raya & Cara Menyambut Aidilfitiri Ikut Sunnah

Baca juga: Tengok Anak Bulan Tentukan Bila Hari Raya Aidilfitri

Baca juga: Panduan Lengkap Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri Yang Mungkin Terlepas Pandang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar