TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Mandi Sunat Aidilfitri & Aidiladha, Niat & Panduan Ringkas

4 min bacaan
Mandi Sunat Aidilfitri & Aidiladha, Niat & Panduan Ringkas

Rugi rasanya kalau di pagi raya tidak ambil peluang untuk mandi sunat Aidilfitri. Ini caranya dan waktu sunat untuk melakukannya.

Umum tahu yang mana apabila Ramadan melabuhkan tirainya, kita bertemu dengan Syawal yang akan kita raikan dengan solat sunat pada pagi hari. Namun apa yang ramai terlepas pandang adalah amalan mandi sunat Aidilfitri yang dituntut untuk dilakukan pada pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya.

Isi Kandungan

  • Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha
  • Panduan Ringkas Mandi Sunat Hari Raya
  • Tempoh Waktu Mandi Sunat Aidilfitri
  • Lain-lain Sunnah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha

Niat mandi sunat Aidlifitri atau Aidiladha dilakukan dengan niat tertentu seperti berikut:

Mandi Sunat Aidilfitri & Aidiladha, Niat & Panduan Ringkas

Nawaitul ghusla li ‘idilfitri sunnatal lillahi taala

“Sahaja aku mandi Aidilfitri sunnah kerana Allah Taala”

 

Bagi wanita yang tidak boleh mengerjakan solat atau uzur, anda boleh mengambil peluang untuk mandi sunat hari raya Aidilfitri sekaligus mendapat pahala melakukan amalan sunat ini. Ia kerana sangat rugi jika anda tidak melakukannya berikutan caranya yang amat mudah untuk dilakukan.

Ketahuilah bahawasanya banyak lagi amalan mandi sunat yang lain selain daripada mandi sunat hari raya. Bahkan, mandi yang kita lakukan setiap hari juga boleh jadi satu ibadah atau sunnah jika ia diniatkan untuk beribadah serta mengikut sunnah Nabi SAW untuk memelihara kebersihan.

Mandi sunat hari raya adalah juga antara amalan sunat hari raya yang biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum keluar pergi menunaikan solat hari raya.

Ia adalah berdasarkan hadis riwayat daripada Ibnu Abbas:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يغتسل يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya: Adalah Rasulullah s.a.w mandi pada hari Aidilfiri dan hari Aidiladha

Panduan Ringkas Mandi Sunat Hari Raya

Mandi sunat Hari Raya dilakukan hampir sama seperti mandi wajib. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti:

  1. Berniat mandi sunat Hari Raya seperti yang telah disebutkan.

  2. Membasuh tangan sebanyak tiga kali sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

  3. Membersihkan kemaluan dan kotoran lain dengan air serta sabun.

  4. Berwuduk seperti biasa.

  5. Meratakan air ke seluruh badan, bermula dari kepala hingga ke hujung kaki.

  6. Menggosok badan untuk memastikan air mengenai seluruh anggota.

Mandi ini bukan sahaja menyucikan diri secara zahir, tetapi juga sebagai tanda kesyukuran dan persediaan menyambut hari raya dalam keadaan bersih dan segar.

Tempoh Waktu Mandi Sunat Aidilfitri

mandi sunat raya aidilfitri

Hal ini ramai yang keliru dengan waktu mandi sunat hari raya Aidilfitri. Waktu yang diharuskan untuk mandi sunat hari raya Aidilfitri adalah bermula tengah malam tetapi waktu yang disunatkan adalah selepas terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Manakala untuk waktu mandi sunat hari raya ke-2 adalah pada waktu pertengahan malam, bermula jam 12 malam.  Namun, waktu terbaik untuk mandi sunat Aidilfitri adalah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Mandi ini boleh dilakukan selepas Subuh dan sebelum keluar ke masjid. Namun, lebih afdhal jika dilakukan sebelum fajar menyingsing supaya dapat menyegarkan diri sepanjang hari. Selepas mandi, disunatkan memakai pakaian bersih dan wangi sebagai tanda penghormatan kepada hari raya.

Rujuk pautan video di bawah tentang penjelasan, panduan & tatacara mandi sunat yang lebih terperinci:

Lain-lain Sunnah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Caranya mudah sahaja yang mana dengan membersihkan diri dan seluruh anggota badan kita. Adalah disunatkan juga untuk kita membuang atau mencukur semua bulu-bulu pada tubuh, memperkemas janggut dan misai, memotong kuku serta memakai wangi-wangian.

Mandi sunat Aidilfitri adalah satu amalan sunat yang mudah dilakukan tetapi penuh keberkatan. Jangan lepaskan peluang untuk mengamalkannya sebelum menunaikan solat raya bersama keluarga dan sahabat.

Semoga amalan ini melimpahkan rahmat kepada kita semua.

taqwa.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Amalan Sunat Ketika Hari Raya, Paling Penting Saling Bermaafan & Pakai Baju Baharu

Baca juga: 8 Amalan Sunat Memburu Lailatul Qadar Yang Boleh Dilakukan Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Baca juga: Doa Tahajjud Dalam Bahasa Rumi Yang Ringkas, Jadi Pelengkap Solat Sunat Tahajjud

Stories Rakan Kongsi
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know
The lazy mom’s guide to raising independent kids
The lazy mom’s guide to raising independent kids
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Mandi Sunat Aidilfitri & Aidiladha, Niat & Panduan Ringkas
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham