X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Hasrat Pesakit Kanser Untuk bertemu Anaknya Termakbul

20 Oct, 2016
Hasrat Pesakit Kanser Untuk bertemu Anaknya Termakbul

Hasrat seorang bapa; Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin, 27 yang menghidap kanser tahap 4 untuk bertemu dengan 2 orang anaknya telah termakbul melalui bantuan dari “netizen” yang telah viralkan status Facebooknya.

Hasrat seorang bapa; Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin, 27 yang menghidap kanser tahap 4 untuk bertemu dengan 2 orang anaknya telah termakbul melalui bantuan dari “netizen” yang telah viralkan status Facebooknya.

Bekas isteri beliau; Aida Kosma Ahmad Serbawi telah tiba ke Kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada pukul 5 petang pada 16 Oktober bersama 2 orang anaknya; Muhammad Raykal Hakimi (6 tahun) dan Aina Rayshah (3 tahun)

Anak lelakinya juga menghidap kanser hati dan Mohd Raitul kelihatan sangat gembira dan mengusap kepala anaknya walaupun sangat lemah akibat kesan dari ubatan beliau. Beliau sungguh rindu anaknya yang sudah empat tahun tidak ditemui.

Kanser adalah igauan ngeri bagi setiap orang, lebih-lebih lagi jika pesakit disyaki menghidapi kanser. Jika seseorang sudah dikesan menghidapi kanser, ia seumpamanya mimpi ngeri bagi pesakit tersebut.

Umpama dunia sudah berakhir bagi mereka. Bagi orang Islam, kita haruslah menginsafi diri bahawa kita hanyalah makhluk-Nya yang amat lemah. Sebagai manusia, kita tdak mampu untuk melawan takdir dan menerima takdir yang telah ditentukan Allah dengan hati yang terbuka mahupun berat.

Namun begitu, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Pesakit kanser jangan mudah berputus asa. Masih banyak alternatif lain untuk merawat kanser, selain daripada berserah dengan apa yang berlaku.

Selain menjalankan kimoterapi untuk melawan sel kanser, Pesakit kanser digalakkan untuk mencari alternatif lain yang sesuai mengikut sakit yang dihidapi. Dengan mencari supplemen yang sesuai mengikut sakit yang dihidapi, ini boleh melambatkan kanser daripada terus merebak.

Mendapat sokongan

Di samping itu,sokongan daripada ahli keluarga dan juga kenalan amat penting dalam memberikan semangat dan sokongan moral untuk mereka melawan kanser. Pesakit kanser juga digalakkan untuk turut serta dengan aktiviti yang dianjurkan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk melawan kanser, seperi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Bergaul dengan pesakit lain

Pesakit kanser juga digalakkan bergaul dengan bekas pesakit kanser ataupun yang sedang menerima rawatan kerana mereka telah banyak melalui cabaran dan rintangan dalam melawan kanser yang dihidapi. Pesakit Kanser atau bekas pesakit kanser mempunyai berpengalaman dalam melawan sakit yang dihidapi.

Mereka berpengalaman dalam menangani stress yang dihadapi dari segi pemikiran dan juga stress yang dihidapi ketika menjalani kimoterapi kerana rawatan kimoterapi sedikit sebanyak menganggu rutin harian pesakit kanser. Pesakit kanser tidak dapat menjadi aktif seperti dahulu, kerana rawatan kimoterapi amat menyeksakan.

Menunaikan harapan

Bagi rakan-rakan atau ahli keluarga pesakit kanser, anda patut menunaikan harapan dan hajat pesakit kanser kerana pada bila-bila masa sahaja, orang yang anda sayangi akan pergi menghadap Ilahi. Cuba sedaya upaya tunaikan hajatnya untuk lebih menghargai dirinya.

Gaya hidup sihat

Menghidapi kanser bukan penghalang untuk anda menjalani gaya hidup sihat. Anda masih boleh lagi melakukan senaman ringan,bersiar-siar dan juga menjalani gaya hidup sihat. Hidup mesti diteruskan.Tetapi pergerakan fizikal anda haruslah terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri.

Fikir secara positif

Yang paling penting sekali, cuba untuk berfikiran positif. Cuba untuk berfikiran positif serta redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Di samping itu, usaha dan ikhtiar lain perlu dilakukan untuk menyembuhkan penyakit kanser.

Kesimpulannya, kanser bukanlah penamat kepada kehidupan anda. Meskipun didiagnose menghidapi kanser, cubalah untuk tabah dan mencari alternatif lain untuk menyembuhkan kanser. Sokongan dari kawan dan saudara mara amatlah penting untuk penghidap kanser.

Rencana dan gambar dipetik dari Berita Harian Online

Stories Rakan Kongsi
[Advertisement] Preparing for Your Child’s Future Education: 3 Major Mistakes Parents Make
[Advertisement] Preparing for Your Child’s Future Education: 3 Major Mistakes Parents Make
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hasrat Pesakit Kanser Untuk bertemu Anaknya Termakbul
Kongsikan:
  • Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

    Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

  • Adakah Rawatan Kemoterapi Memberi Kesan Pada Kesuburan Wanita?

    Adakah Rawatan Kemoterapi Memberi Kesan Pada Kesuburan Wanita?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

    Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

  • Adakah Rawatan Kemoterapi Memberi Kesan Pada Kesuburan Wanita?

    Adakah Rawatan Kemoterapi Memberi Kesan Pada Kesuburan Wanita?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.