Ibu Hamil Perlu Elak Makan Hati Lembu, Ia Berisiko Menjejaskan Perkembangan Janin!

Hidangan hati lembu tidak asing lagi dalam masyarakat kerana mampu membangkitkan selera ketika makan. Namun, tahukah anda ia berbahaya terhadap kandungan?

Sepanjang tempoh kehamilan, keinginan untuk merasai pelbagai makanan pasti akan dirasai oleh setiap ibu. Dalam keghairahan memenuhi selera, sebenarnya ada juga makanan yang perlu dielakkan ketika mengandung iaitu hati lembu.

Apabila menyentuh tentang ibu mengandung mengidam, suamilah yang akan cuba merealisasikan sebaik mungkin asalkan kehendak diri dan bayi dalam kandungan dipenuhi.

Bahaya hati lembu terhadap kandungan

Ibu Hamil Perlu Elak Makan Hati Lembu, Ia Berisiko Menjejaskan Perkembangan Janin!

Kredit: Freepik

Menurut sebuah perkongsian oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebook miliknya, wanita hamil hendaklah mengelakkan diri dari makan organ dalaman haiwan terutamanya hati.

Hal ini disebabkan oleh hati ayam atau lembu merupakan salah satu makanan yang kaya dengan kandungan vitamin A dan perlu dielakkan ketika tempoh kehamilan.

Bukan itu sahaja, dos vitamin A yang berlebihan akan menjejaskan perkembangan janin dalam rahim. Ibu hamil sebenarnya tidak perlu mengambil makanan kaya vitamin ini untuk setiap hari.

Perkataan vitamin A sebenarnya merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau dipanggil juga sebagai retinoids) dan provitamin A carotenoid. 

Retinol atau retinoid dapat dijumpai dalam menu yang berasaskan haiwan seperti susu, telur dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh.

Sementara itu, carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia hendaklah ditukar dahulu kepada vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.

Bagi wanita mengandung, keperluan vitamin A yang disyorkan setiap hari adalah 750 mg (2,500 IU). Sebenarnya anda tidak perlu mengambil jumlah ini untuk harian. Ia hanyalah jumlah purata bagi beberapa hari dalam seminggu.

Hal ini kerana vitamin A berupaya larut dalam air dan akan kekal dalam tubuh untuk beberapa hari.

Kandungan vitamin A tinggi boleh menyebabkan kecacatan bayi

kesan makan hati lembu

Disebabkan oleh menu pemakanan harian terdapat daging merah, ikan, tenusu, telur, dan sayur-sayuran yang sudah mempunyai banyak vitamin ini, maka ibu mengandung perlu berhati-hati supaya tidak mengambil terlalu vitamin A tanpa anda sedari.

Hal yang lebih merisaukan adalah pengambilan vitamin  A yang banyak dari sumber produk haiwan berisiko menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahim.

Namun perlu difahami bahawa vitamin A berbentuk carotenoids pada buah-buahan dan sayuran boleh diambil sebanyak mana yang disukai kerana sifatnya tidak terus bertindak kepada tubuh.

Pengambilan sebanyak 10,000 IU adalah dos yang paling maksima dibenarkan.

Kadar kolesterol yang tinggi

Dalam memenuhi selera mengidam, anda perlu sedar bahawa hati lembu turut mengandungi kadar kolesterol yang tinggi sekiranya diambil secara berlebihan.

Kolesterol akan menempel pada dinding pembuluh darah dan berupaya membentuk timbunan plak yang membuatkan dinding arteri menjadi sempit. Justeru, ia meningkatkan risiko terjadinya penyakit kardiovaskular (jantung dan pembuluh darah).

Hati lembu adalah organ yang berperanan menghasilkan kolesterol, jadi tidak hairanlah sekiranya ia paling banyak ditemukan dalam bahagian ini.

Dengan mengambil hati lembu seberat 85 gram, anda sebenarnya sudah menerima 330 mg kolesterol. Padahal jumlah saranan untuk orang dewasa adalah tidak melebihi 300 mg sehari.

risiko hati lembu untuk ibu mengandung

Mengikut ajaran Islam, Nabi Muhammad S.A.W tidak menggalakkan umatnya untuk mengambil organ dalaman haiwan kerana ia berupaya melembabkan otak.

Hati adalah organ yang mengumpul segala toksin tinggi dan dineutralkan. Sekiranya anda menggemari bahagian dalaman ini, ia berpotensi menjejaskan keupayaan minda untuk berkembang.

Bukan itu sahaja, kandungan bahan kimia ini turut memberikan kesan buruk kepada ibu mengandung terutamanya pada janin. Anda berisiko mengalami keguguran ataupun bayi cacat. Kesan yang lain pula adalah kanser.

Saranan ilmu Sains bahawa makan hati haiwan adalah baik untuk menambahkan darah adalah ilmu songsang yang diajar dari negara barat agar umat manusia menjadi tidak sihat. Justeru, memakan organ hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah, tetapi mengundang kemudaratan lain.

Oleh itu, pemakanan yang sihat mampu menjamin manfaat baik untuk tubuh badan. Adalah baik untuk anda menilai terlebih dahulu apa yang akan memasuki mulut dan ambil tahu kesannya terhadap kesihatan diri.

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suka Makan Ikan Masin Ketika Mengandung, Ibu Berisiko Alami Tekanan Darah Tinggi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!