X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Suka Makan Ikan Masin Ketika Mengandung, Ibu Berisiko Alami Tekanan Darah Tinggi!

4 min bacaan
Suka Makan Ikan Masin Ketika Mengandung, Ibu Berisiko Alami Tekanan Darah Tinggi!Suka Makan Ikan Masin Ketika Mengandung, Ibu Berisiko Alami Tekanan Darah Tinggi!

Ikan masin merupakan salah satu makanan ruji di Malaysia, tetapi wanita hamil boleh makan ke? Baca artikel untuk ketahui had pengambilan garam semasa hamil.

Ikan masin merupakan salah satu makanan populor di Malaysia, ia sering dinikmati bersama sambal, dimasak bersama sayur atau digoreng begitu sahaja. Bagi yang terbiasa mengambilnya setiap hari, mungkin agak sukar untuk menahan keinginan makan ikan masin semasa hamil bukan?

Menurut laman The Spruce Eats, ikan masin merupakan ikan yang diawet untuk penyimpanan yang lebih lama. Biasanya ia diawet dengan garam, lalu dikeringkan sehingga kelembapannya tersejat.

Antara ikan yang sering digunakan adalah ikan kod, ikan pari, ikan tenggiri, ikan gelama dan sebagainya.

Baca juga: Tengok Nasi Mesti Nak Muntah, 7 Makanan Ini Bantu Tambah Tenaga Semasa Hamil

Selamatkah makan ikan masin semasa mengandung

ikan masin semasa hamil

credit to sources

Anda perlu tahu bahawa ikan masin perlu dielakkan semasa mengandung. Bukan tidak boleh, tetapi harus dibatasi agar tidak berlebihan kerana ia mampu mencetuskan masalah kesihatan semasa hamil dan mengganggu kesihatan janin dalam rahim.

Kandungan garam begitu tinggi pada ikan masin boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi (hipertensi). Selain itu, ia mengandungi zat purin tinggi, iaitu 239 mg per gram. Persatuan Kesihatan Sedunia juga mengesyorkan ibu hamil mengambil hanya 5 gram garam setiap hari atau 3 sudu teh.

Masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau hipertensi sering terjadi pada wanita hamil, terutamanya apabila anda tidak menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Pengambilan garam seperti yang terdapat pada ikan kering perlu dikawal dengan baik agar tidak membahayakan diri dan kandungan.

Menurut Babycenter, ikan kering yang ingin dimakan oleh ibu hamil perlu dimasak lebih lama kerana jika tidak, ia boleh menjejaskan kesihatan janin. Bahkan pengambilan yang betul dan tidak terlalu banyak dapat membekalkan sedikit protein dan kalsium kepada tubuh.

Namun, ibu perlu mengingatkan diri anda bahawa kandungan garam dalam ikan masin cukup tinggi. Selain tekanan darah tinggi, pengambilan ikan kering yang terlalu banyak dapat membuatkan kaki anda mudah bengkak semasa hamil dan kembung dengan menahan cairan di dalam badan.

Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengganggu perkembangan janin dan fungsi buah pinggang. Justeru, sentiasalah menjaga pemakanan agar kesihatan si kecil pada awal kehamilan terjaga.

Had pengambilan garam ketika hamil

makan ikan kering ketika mengandung

credit to sources

Berdasarkan Dietary Guidelines for Americans yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian (USDA) dan Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Kemanusian (HHS), ibu hamil hanya boleh mengambil sekitar 1 sudu teh garam sehari. Ia bersamaan dengan 6 gram garam atau kurang dari 2.3mg.

Walau bagaimanapun, natrium ada dalam hampir kesemua jenis makanan yang bermaksud pengambilan garam masih banyak dalam sumber pemakanan. Menurut fakta, sebahagian besar wanita di Amerika Syarikat makan sekitar 3.000mg natrium setiap hari manakala lelaki pula dalam anggaran 4.000mg.

Kenapa pengambilan garam berlebihan adalah bahaya

ikan kering semasa hamil

credit to sources

Antara gejala kehamilan yang kebiasaan adalah pembengkakan pada wajah, tangan, kaki, pergelangan kaki dan kaki (edema).

Namun sekiranya ada terlalu banyak garam dalam makanan, ia boleh menyebabkan masalah edema semasa hamil menjadi lebih parah ya!

Selain masalah angin dan tidak selesa, pengambilan natrium atau garam yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Natrium berlebihan secara kerap menyebabkan ibu akan kerap minum air dan memaksa jantung bekerja lebih keras.

Ini akan menjadikan tubuh lebih aktif bekerja lalu menyebabkan tekanan darah tinggi. Ini meningkatkan risiko strok, kegagalan jantung dan ginjal, kanser lambung, osteoporosis serta banyak lagi!

Apatah lagi semasa hamil, tekanan darah tinggi boleh membahayakan ibu dan janin bukan sahaja semasa hamil malah selepas melahirkan anak juga. Jadi untuk menghindarinya, sebaiknya ibu mengurangkan pengambilan garam mulai sekarang.

Kesimpulannya, adalah lebih baik para ibu mengambil makanan yang tinggi vitamin dan serat seperti sayuran hijau dan buah-buahan. Ini kerana ia mampu membekalkan nutrisi optimum untuk anda dan bayi serta mengelakkan dari sebarang masalah penyakit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia dengan izin.

Baca juga: Ibu Yang Gemar Makan Kacang Ketika Trimester Pertama Cenderung Miliki Anak Bijak-Kajian

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Suka Makan Ikan Masin Ketika Mengandung, Ibu Berisiko Alami Tekanan Darah Tinggi!
Kongsikan:
  • Jangan Ambil Mudah, 11 Masalah Ketika Mengandung Ini Membahayakan Ibu & Bayi

    Jangan Ambil Mudah, 11 Masalah Ketika Mengandung Ini Membahayakan Ibu & Bayi

  • Ini 9 Ketidakselesaan Ibu Hamil Hadapi Semasa Kehamilan Trimester Kedua, Ini Cara Atasinya!

    Ini 9 Ketidakselesaan Ibu Hamil Hadapi Semasa Kehamilan Trimester Kedua, Ini Cara Atasinya!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Jangan Ambil Mudah, 11 Masalah Ketika Mengandung Ini Membahayakan Ibu & Bayi

    Jangan Ambil Mudah, 11 Masalah Ketika Mengandung Ini Membahayakan Ibu & Bayi

  • Ini 9 Ketidakselesaan Ibu Hamil Hadapi Semasa Kehamilan Trimester Kedua, Ini Cara Atasinya!

    Ini 9 Ketidakselesaan Ibu Hamil Hadapi Semasa Kehamilan Trimester Kedua, Ini Cara Atasinya!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.