TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Penting Bersihkan Hidung Bayi, Jangan Sampai Tersumbat & Selsema Baru Nak Bersih

4 min bacaan
Penting Bersihkan Hidung Bayi, Jangan Sampai Tersumbat & Selsema Baru Nak Bersih

Ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk membantu menjaga kebersihan anak, lebih-lebih lagi dibahagian mikro seperti hidung bayi.

Kebersihan badan bayi, seperti telinga, pusat, kemaluan dan hidung bayi amatlah penting kerana ianya menyumbang kepada tumbesaran anak yang positif! Oleh itu, ibu bapa perlu berganding bahu untuk membantu anak-anak mencapai sasaran positif tersebut, bermula dengan penjagaan kebersihan sendiri. Jadi, bagaimana hendak menjaganya?

Pernah tak rasa hidung tersumbat ataupun hidung berhingus, sehingga mengacau rutin seharian kita? Sudah tentu kita rasa jengkel dengan permasalahan tersebut, dan kita tidak henti menghembuskan hidung untuk berasa lebih lega tapi masih begitu juga keadaannya!

Kita yang sudah dewasa pun akan berasa jengkel dan serabut, apatah lagi bayi yang sudah terang lagi bersuluh masih tidak tahu cara untuk mengatasi situasi yang seperti itu. Sudahlah serabut dengan hidung tersumbat; nak bernafas pun susah! Nak cakap dekat ibu untuk bersihkan pun tak boleh.

Jadi, sudah menjadi tanggungjawab si ibu dan bapalah untuk memastikan kebersihan hidung si manja supaya bayi anda sentiasa berasa selesa.

Hidung Tersumbat Disebabkan Hingus

hidung anak, kebersihan hidung bayi, bayi

Foto: iStock

Situasi ini berpunca dari selesema yang dihadapi oleh bayi kecil di bahagian hidung dan tekak. Selesema akan kerap berlaku kepada anak kecil kerana mereka terdedah dengan kanak-kanak yang lebih tua. 

Lagi pula, sistem imunisasi badan mereka masih tidak terlalu kuat walaupun sudah divaksinasi. Mereka juga kerap menghadapi selesema untuk lebih menguatkan imuniti mereka terhadap penyakit tersebut di masa hadapan. 

Oleh itu, kami di sini akan membantu para ibu bapa untuk menyelesaikan permasalahan hidung tersumbat disebabkan hingus dan selesema bagi mengurangkan ketidakselesaan anak ketika menghadapi selesema dan hidung berair.

Jadi, apakah cara-cara mudah dan terbaik untuk membersihkan hidung bayi?

Cara Membersihkan Hidung Bayi 

  • Bulb syringe

Bulb syringe atau picagari bulat merupakan pilihan klasik buat ibu bapa. Dengan menggunakan bulb syringe, ibu bapa hanya perlu memicit dan mengawal pengeluaran udara di dalam bulb atau bahagian bulat picagari tersebut sambil meletakkan hujung picagari ke dalam hidung anak. Bulb syringe tersebut akan berfungsi untuk menyedut hingus yang tergumpal di dalam hidung anak.

Jika hingus anak lebih keras, ibu bapa boleh menitiskan satu ada dua titisan larutan salin atau air suling ke dalam lubang hidung anak untuk melembutkan dan memudahkan proses pengeluaran hingus. 

Sebelum menggunakan bulb syringe tersebut, ibu bapa boleh memilih saiz yang sesuai untuk anak untuk memberi keselesaan optimum kepada anak ketika proses tersebut.

hidung anak, kebersihan hidung bayi, bayi

Foto: iStock

  • Semburan hidung (Nasal spray)

Jika hingus di dalam hidung anak terlalu keras, ibu bapa boleh menggunakan pilihan ini untuk memudahkan proses membersihkan hidung anda. Fungsi nasal spray ini adalah untuk mencairkan dan melonggarkan mukus-mukus yang tersekat di dalam rongga hidung mereka. Disebabkan hidung bayi jauh lebih kecil berbanding dewasa (ya, orang dewasa pun boleh guna alat ini!), maka kita tidak perlu menggunakan larutan cecair yang banyak.

Ibu bapa boleh mulakan dengan membaringkan anak, dan dengan menggunakan penitis hidung, titiskan 3 hingga 4 titisan ke dalam kedua-dua lubang hidung. Selepas menunggu beberapa saat sehingga ia berfungsi seperti yang sepatutnyai, ibu bapa boleh mengeluarkan mukus-mukus tersebut menggunakan bulb syringe atau ‘aspirator hidung yang bakal kami kupaskan dalam isi seterusnya.

  • Aspirator hidung

Sejak kebelakangan ini, penggunaan aspirator hidung semakin popular di dalam kalangan ibu bapa kerana ia lebih mudah dan cepat berbanding dengan pilihan tradisional. 

hidung anak, kebersihan hidung bayi, bayi

Foto: iStock

Dengan meletakkan penutup mulut di mulut anda, letakkan hujung alat aspirator hidung tersebut di pembukaan hidung bayi dan BUKAN di dalam hidung bayi. Anda perlu menyedut udara melalui tiub tersebut secara lembut untuk menghasilkan proses seakan-akan vakum untuk mengeluarkan mukus tersebut. 

Sama seperti menggunakan bulb syringe, ibu bapa boleh meletakkan beberapa titisan larutan salin untuk mencairkan mukus di dalam hidung anak sebelum menggunakan alat ini. 

Kebersihan anak-anak dapat membuahkan kebaikan dari aspek fizikal dan mental dan juga dapat membantu menyebabkan tumbesaran anak yang lebih positif, tetapi ia harus bermula dari ibu dan bapa si manja tersebut. Ya lah, siapa sahaja tak gembira melihat perkara yang cantik dan bersih, kan?

Jadi, pilihan manakah yang akan anda lakukan untuk menjamin kebersihan anak di bahagian hidung?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent MalaysiaSumber: Healthline Parenthood, Mayo Clinic

Baca juga: Panduan Mengurut Hidung Bayi Bagi Melegakan Hidung Tersumbat

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Penting Bersihkan Hidung Bayi, Jangan Sampai Tersumbat & Selsema Baru Nak Bersih
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham