Cara Hilangkan Parut Pembedahan Czer, Ini WAJIB Ibu-Ibu Tahu

Selepas melahirkan anak secara c-section, kadang kala pasti hadir parut. Usah risau, kami bawakan cara hilangkan parut pembedahan czer yang boleh anda cuba.

Walaupun banyak wanita tidak suka lemak kerana ingin badan yang kurus dan langsing, tetapi jangan terkejut kerana ada kajian terbaru menunjukkan bahawa lemak sebenarnya boleh bantu hilangkan parut czer anda itu. Wah, ini pastinya cara hilangkan parut pembedahan czer yang tidak pernah dijangkakan!

Cara hilangkan parut pembedahan czer: Sel lemak boleh merawat luka tanpa parut

Kajian yang diterbitkan di AAAS Science Journal ini mengatakan sel lemak memainkan peranan yang penting apabila ibu-ibu ingin cuba hilangkan parut czer.

Sebenarnya sel-sel lemak ini tidak hanya boleh menghalang parut dari berlaku, malah ianya juga boleh menyebabkan kulit nampak berseri secara semulajadi!

Kredit: Freepik

Tetapi penemuan yang lebih menakjubkan ialah dengan sel lemak, penyelidik mendapati mereka boleh mengawal penyembuhan luka. 

Jadi luka tidak akan meninggalkan parut, bahkan menjana semula kulit yang luka

Kalian mesti fikir bagaimana pula sel lemak boleh menjanakan kulit?

Caranya ialah dengan menjana semula folikel rambut terlebih dulu. Selepas itu, sel lemak akan tumbuh semula apabila bertindak balas dengan isyarat dari folikel-folikel tersebut,kata Dr. George Cotsarelis dari University of Pennsylvania.

Tapi… boleh ke penemuan ini hilangkan parut czer yang lama?

Kredit: healthline.com

Malangnya, jawapan kepada soalan ini adalah tidak.

Fokus kajian ini hanya untuk merawat parut czer atau luka pembedahan baru sahaja.

Tetapi banyak juga tips untuk mencerah dan hilangkan parut czer yang lama. Antaranya seperti tips hilangkan parut czer seperti di bawah ini.

Kalau ibu-ibu ingin cuba tips berikut, baik rujuk dengan doktor dulu, ya! 

  • Kepingan silikon atau gel. Menurut kajian ini, kepingan silikon atau gel adalah rawatan parut yang berkesan.
  • Krim Vitamin E. Ini boleh mengurangkan rupa parut dengan menghalang tisu parut daripada berkembang.
  • Ekstrak bawang. Ini petua di rumah yang dikatakan boleh melembut dan mecerahkan parut dalam masa sebulan. Tetapi, tip ini cuma berkesan untuk sesetengah orang saja, sama seperti krim Vitamin E.
  • Madu. Lebih kepada mengurangkan bengkak. Madu juga boleh membantu perkembangan tisu baru.
  • Salap berasaskan petroleum. Untuk hilangkan parut ceaser lama, sapukan jeli petroleum dan pastikan parut anda sentiasa kering dan tertutup.
    Ini dapat menghalang parut itu dari berkembang. Jeli petroleum juga boleh melegakan gatal-gatal. Sebelum membalut kawasan luka untuk meratakan parut yang dibangkitkan, rujuk dengan doktor terlebih dahulu.

Jika cara hilangkan parut pembedahan czer di atas tidak berkesan, apa anda boleh buat?

Kredit: dermatix.asia

Jika ibu-ibu tidak suka menggunakan produk pada kulit, tips di bawah ini juga mungkin boleh membantu hilangkan parut czer lama:

  • Mengurut. Dengan menggunakan tekanan yang perlahan-lahan, urut bahagian parut beberapa kali sehari untuk melembutkannya.
    Mengurut boleh memecahkan tisu parut dan losyen yang melembapkan kulit juga boleh digunakan. 
  • Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 bulan selepas pembedahan. Parut ceaser hanya akan nampak lebih nyata kalau kulit anda bertambah gelap.
  • Beri rawatan secepat mungkin kerana semakin lama, semakin susah untuk hilangkan parut ceaser. Bincang dengan doktor bila anda boleh mula rawatan, mungkin doktor juga boleh mengesyorkan produk-produk yang baik dan selamat untuk anda.

Pada pendapat saya, setiap ibu yang pernah mengalami pembedahan ceaser patut berbangga dengan parut mereka. Ini kerana ia adalah tanda perjuangan seorang ibu.

Apa pandangan anda? Anda ada petua dan cara hilangkan parut czer yang lain? Jom kongsi dengan ibu-ibu yang lain juga! 😉

Sumber: Science DailyMedical DailyMedical News TodayAmerican Association for the Advancement of Science (AAAS), Health Grades

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda Baru Lepas Bersalin Caesar? Kalau Nak Luka Cepat Sembuh, Amalkan Tips Ini!

Penulis

Rosanna Chio