X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kreatif! Hospital Ini Benarkan Kanak-Kanak 'Pandu' Kereta Mini Ke Bilik Pembedahan Bagi Hilangkan Gemuruh

3 min bacaan
Kreatif! Hospital Ini Benarkan Kanak-Kanak 'Pandu' Kereta Mini Ke Bilik Pembedahan Bagi Hilangkan Gemuruh

Wah! Ini merupakan satu kaedah yang menarik, mungkin kita boleh lakukan di Malaysia pula kan?

Kanak-kanak boleh rasa gemuruh dan bimbang apabila menunggu masa menjalani pembedahan, malah ia boleh menjadi pengalaman yang menakutkan untuk kanak-kanak. Apa yang boleh dilakukan oleh orang dewasa bagi hilangkan rasa takut kanak-kanak apabila berada dalam keadaan ini?

Tahniah kepada Pusat Perubatan Doktor di Modesto, California, baru-baru ini kerana membuat inisiatif membantu kanak-kanak mengurangkan rasa takut mereka sebelum pembedahan dengan membiarkan mereka “memandu” ke bilik pembedahan!

Kereta Mini Khas Untuk Hilangkan Rasa Takut Pesakit Kecil

Hospital itu telah memperkenalkan dua kereta mini – Mercedes hitam dan Volkswagen Beetle berwarna merah jambu untuk pesakit kanak-kanak yang akan menghadapi pembedahan.

Pada mulanya, pusat perubatan tersebut hanya membeli Mercedes, tetapi Volkswagen Beetle dengan murah hati didermakan oleh salah seorang pekerja dan keluarganya.

Satu video seorang kanak-kanak bernama Caroline memandu kereta di sekitar hospital telah menjadi viral menyebabkan orang ramai mula memuji tindakan kreatif pusat perubatan tersebut. Tindakan ini tentunya membuatkan kanak-kanak gembira dan dapat hilangkan rasa takut sebelum ke dewan pembedahan!

Kanak-kanak kelihatan tersenyum kerana mereka dapat melakukan keseronokan sebelum pergi ke pembedahan.

“Kami dapat melihat tekanan dan kerisauan tadi terus hilang sebaik sahaja mereka melompat di dalam kereta,” kata pusat perubatan itu di Facebook.

hilangkan rasa takut,doa agar anak tidak penakut, mengatasi rasa gemuruh anak, atasi rasa gementar anak, hospital kanak-kanak, pembedahan pediatik, pembedahan kanak-kanak, dewan pembedahan, wad kanak-kanak, anak yang berani

Memandu Dengan Hebat Ke Dalam Dewan Bedah

Kakitangan pusat berkenaan berharap dengan penggunaan kereta mini ini dapat membantu mengurangkan tekanan, kebimbangan dan ketakutan anak-anak sebelum mereka masuk ke bilik bedah.

“Apabila anak-anak tahu mereka boleh pergi ke bilik bedah dengan menaiki kereta mini yang hebat, mereka jadi teruja dan dalam kebanyakan kes, mereka tidak gementar lagi,” jururawat Kimberly Martinez, yang menyampaikan idea itu, kepada CBS News. “Di samping itu, apabila ibu bapa melihat anak-anak mereka selesa, mereka juga merasa lega,” katanya.

Kimberly berkata, dia menyedari yang kanak-kanak mula menunjukkan perbezaan ketara selepas kaedah kereta mini diperkenalkan, dan berharap ia mempunyai kesan jangka panjang yang baik.

“Kanak-kanak boleh menjadi trauma apabila terpaksa dipisahkan dengan ibu bapa apabila perlu masuk ke dewan bedah. Jadi hal ini sangat membantu semua yang terlibat.”

hilangkan rasa takut,doa agar anak tidak penakut, mengatasi rasa gemuruh anak, atasi rasa gementar anak, hospital kanak-kanak, pembedahan pediatik, pembedahan kanak-kanak, dewan pembedahan, wad kanak-kanak, anak yang berani

Tambah menarik, kereta ini boleh dikendalikan oleh anak-anak sendiri, atau dengan menggunakan alat kawalan jauh. Ia juga dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan untuk dinaiki kanak-kanak.

Tips Tambahan Hilangkan Rasa Takut Anak

Ini beberapa cara yang dapat mengurangkan ketakutan anak anda mengenai pembedahan:

  1. Jujurlah pada apa yang akan berlaku dan apa yang diharapkan.
  2. Dengarkan anak anda dan biarkan dia meluahkan perasaannya secara terbuka.
  3. Galakkan mereka untuk bertanya dan menyatakan sebarang ketakutan.
  4. Gunakan istilah pendek dan ringkas untuk menerangkan perkara.
  5. Jelaskan padanya jika dia berasa sakit, yang ada cara untuk menghilangkan kesakitan.
  6. Beritahu bahawa penginapan di hospital adalah sementara dan beri tumpuan kepada apa yang anak anda dapat lakukan apabila dia pulang ke rumah.
  7. Pek beberapa barangan khas dari rumah untuk membantu anak anda merasa lebih selesa semasa tinggal di hospital.

Kreatif!

Suarakan pendapat anda!

Adakah anak anda kerap jatuh sakit?

Ya
Tidak
Kadang-kadang

6020 Orang telah memberi jawapan

Undi

Bolehkah saya scan kandungan setiap minggu?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Evaloy dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comcara-menghilangkan-rasa-takut

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Kreatif! Hospital Ini Benarkan Kanak-Kanak 'Pandu' Kereta Mini Ke Bilik Pembedahan Bagi Hilangkan Gemuruh
Kongsikan:
  • Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

    Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

  • Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

    Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

  • Mainan Skuter: Cara Ajar Anak Bermain Skuter, Manfaat Skuter Kanak-Kanak & Tips Keselamatan

    Mainan Skuter: Cara Ajar Anak Bermain Skuter, Manfaat Skuter Kanak-Kanak & Tips Keselamatan

  • Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

    Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

  • Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

    Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

  • Mainan Skuter: Cara Ajar Anak Bermain Skuter, Manfaat Skuter Kanak-Kanak & Tips Keselamatan

    Mainan Skuter: Cara Ajar Anak Bermain Skuter, Manfaat Skuter Kanak-Kanak & Tips Keselamatan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham