Zalim! Bapa Paksa Anak Berusia Setahun Minum Arak Dan Hisap Rokok

Seorang bapa di Indonesia bertindak zalim dengan memaksa anaknya meminum arak dan hisap rokok selepas isterinya lari dari rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular satu video di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang bapa bertindak zalim dengan memaksa anaknya yang berusia 1 tahun meminum arak dan hisap rokok.

Kejadian yang berlaku di Kota Bitung, Sulawesi Utara itu bermula pada petang 8 April ketika pasangan suami isteri ini bertengkar besar hingga membuatkan si isteri nekad untuk lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang malas bekerja, sering berhutang, gemar bermain judi dan jarang ada di rumah.

Tertekan anak menangis lalu diminta hisap rokok

 

Lelaki tersebut menganiaya anak kecilnya itu kerana tidak tahan mendengar tangisan mangsa yang mencari ibunya yang berada sementara di rumah jiran selepas bertengkar dengan pelaku.

Malah aksi tersebut dirakamkan dan video itu dimuat naik di laman sosial Facebook isterinya sehingga menjadi viral.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Menurut kenyataan isteri, dia bertindak melarikan diri dari rumah untuk menenangkan fikiran kerana terlalu tertekan dengan sikap suaminya namun, beberapa hari selepas kejadian itu, isterinya terkejut melihat video anaknya yang dipaksa bapanya untuk meminum arak dan menghisap rokok.
 
Video tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan warganet dan laporan polis telah dibuat susulan penularan video itu.
 

“Marah kerana anaknya menangis, pelaku kemudian menyuakan segelas minuman keras Cap Tikus ke dalam mulut mangsa sambil memaksanya meminumnya,” jelas pegawai polis, Kombes Pol Jules Abraham Abast.

Bukan itu sahaja, pelaku yang bekerja sebagai kelasi juga disyaki memberi rokok yang dinyalakan ke dalam mulut mangsa dan memaksa mangsa menghisap rokok tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dia merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit OPPO milik ibu mangsa dan kemudian video itu disiarkan di akaun Facebook ibu mangsa,” katanya.

Tidak lama kemudian si bapa berjaya ditahan polis di kediaman rumah mereka dan anaknya kini dibawah jagaan ibunya sendiri.

Sebahagian daripada tugas untuk menjadi ibu bapa yang baik ialah dengan memastikan anak mendapat penjagaan atau asuhan yang baik terutamanya pada tahun-tahun awal selepas dilahirkan bukan dengan memperlakukan anak mengikut emosi marah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajaran Islam sendiri menentang perbuatan mendera kanak-kanak bahkan kanak-kanak tidak boleh disalahkan atau dijadikan penyebab untuk ibu bapa melakukan penderaan walaupun mereka mereka kerap menangis, nakal dan sebagainya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Kalau Suami Bantu 9 Perkara Ini Masa Berpantang, Memang Cintanya Sepenuh Jiwa Raga!

Baca juga : Untuk Ayah Zaman Moden, Ini 5 Cara Menjadi Ayah Terbaik Pada Anak-Anak

Baca juga : 10 bukti hubungan ayah dan anak perempuan cukup dekat dan istimewa

Penulis

Nursyamimi