Hobi Membaca Buku Membolehkan Anak Kenal 1.8 Juta Perkataan Dalam 20 Minit!

Hobi membaca buku ketika waktu lapang di rumah atau di mana sahaja memberikan banyak manfaat terhadap perkembangan minda anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hobi membaca menjadi kaedah yang paling pantas dan berkesan bagi memperoleh ilmu serta fakta menarik tentang sesuatu perkara.

Hal ini secara tidak langsung mampu meluaskan lagi perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa dalam diri anak-anak.

Baca juga: Ayah Yang Sering Baca Buku Bersama Anak Beri Kesan Unik Berbanding Ibu, Ini Faktanya!

Hobi membaca perlu dipupuk sejak anak masih kecil

Kecanggihan teknologi yang dicapai pada masa kini telah menyebabkan hobi membaca dan sifat mencintakan ilmu pengetahuan semakin menipis dalam semua lapisan masyarakat.

Apa yang membimbangkan, ibu ayah dan anak-anak bagaikan hanyut dengan arus hedonisme sehinggakan hobi membaca menjadi terbatas bagi tujuan-tujuan tertentu sahaja.

Jika hal ini berterusan, kita dapat merelisasikan hasrat Kementerian Pendidikan dalam menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030?

Bagi anda yang malas membaca, fakta ini membuktikan kelebihan hobi membaca. Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Membaca 20 minit sehari sama seperti belajar 1.8 juta perkataan

Ibu ayah perlu memberikan galakan kepada anak-anak agar hobi membaca dapat disemai dalam diri mereka.

Bayangkan dengan tabiat membaca buku selama 20 minit sahaja dalam tempoh sehari, anak dapat belajar sebanyak 1.8 juta patah perkataan iaitu kira-kira selama setahun.

Perkatan-perkataan yang diterima ini sekaligus membantu anak-anak untuk berkomunikasi dengan lebih cemerlang dan merangsang anak-anak untuk mendapat markah yang lebih tinggi dalam peperiksaan.

#2. Membaca mengurangkan tekanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Sussex pada tahun 2009, hobi membaca buku selama 6 minit sehari mampu mengurangkan stres sebanyak 68%.

Ia adalah kaedah yang lebih pantas dan berkesan dari kaedah berehat lain seperti mendengar muzik atau minum secawan teh panas.

#3. Meningkatkan kecerdasan minda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesiapapun tahu bahawa amalan membaca buku dapat meningkatkan kecerdasan minda.

Hal ini juga dinyatakan oleh Dr. Seuss, “The more that you read, the more things you will know.” Jadi, semakin banyak anda membaca, semakin banyak perkara yang anda ketahui.

Sekiranya anda mengetahui pelbagai perkara, secara tidak langsung anda menjadi lebih cerdas berbanding dengan mereka yang jarang membaca.

Jika anak rajin dan terbiasa membaca buku, anda sebenarnya telah meletakkan anak selangkah lebih pintar dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang membaca buku.

#4. Kurang membaca meningkatkan risiko sukar bercakap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyebut dan mengenalpasti perkataan.

Ia menjadi masalah yang besar anda tidak menggalakkan anak untuk membaca. Dalam hal ini, jika mereka kurang membaca ilmu baharu, mereka akan berasa sukar untuk memahami bunyi perkataan.

Situasi ini sekaligus akan menyebabkan anak-anak hilang keyakinan untuk bercakap kerana mereka tidak tahu untuk menyusun ayat.

#5. Ruang membaca dan buku di rumah 

Ibu ayah, sediakan sebuah ruang khas untuk anak meluangkan masa lapang mereka dengan aktiviti membaca.

Pastikan di ruang membaca tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 20 buku kegemaran milik mereka. Hal ini secara tak langsung mendedahkan diri anak-anak terbiasa dengan amalan membaca pada usia yang lebih awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian selama 20 tahun yang dijalankan oleh Mariah Evans di University of Nevada, pada mulanya tenaga pengajar mendapati anak akan mewarisi kepandaian ibu bapa yang memiliki pendidikan tinggi.

Namun, keputusan mengejutkan dicatatkan oleh anak yang dibesarkan dengan koleksi buku di rumah memberi impak yang besar terhadap tahap pendidikan anak setelah mereka dewasa.

#6. Meningkatkan memori

Berdasarkan kajian, hobi membaca buku dapat meningkatkan memori seseorang.

Hal ini kerana apabila anak-anak membaca pengetahuan yang baru, ia dapat mengaktifkan kedua-dua bahagian otak untuk berfikir dan sekaligus menguatkan ingatan.

Anak yang membaca lebih banyak akan memiliki fungsi otak yang kompleks. Apa yang dimaksudkan dengan otak yang lebih kompleks? Maksudnya, aktiviti mental semasa membaca dapat membantu menjaga memori anak menjadi tajam.

#7. Mempercepatkan proses kematangan

Manfaat hobi membaca bukan sekadar membantu anak-anak berjaya dalam peperiksaan sahaja, tetapi turut membantu meningkatkan proses perkembangan mental, psikologi dan sosial yang lebih baik.

Keempat-empat aspek ini boleh dikembangkan lagi supaya ibu bapa dapat memaksimumkan potensi perkembangan mental dan fizikal anak-anak.

Pada era teknologi maklumat sekarang, pencerapan ilmu paling banyak diperolehi melalui pembacaan dan pemerhatian.

Kelebihan membaca buku akan menjadi nyata apabila anda dan anak mengamalkan ilmu atau idea yang diperoleh daripada tabiat membaca.

Bagi kanak-kanak, membaca membuatkan mereka mempelajari sesuatu yang baru dan menambah tahap kematangannya untuk bertanya, mengambil tahu dan melaksanakan apa yang mereka tahu.

Sebab itulah kita lihat kanak-kanak yang bijak, keupayaan sosialnya lebih baik kerana proses membaca dapat membentuk pemikiran mereka untuk berfikir dan membuat keputusan yang bersesuaian dengan tahap usia masing-masing.

Sumber: Siakap Keli

Foto: Istiadzah.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Emosi Anak Terganggu Kalau Paksa Dia Membaca, Biar Mereka Belajar Sendiri Sambil Bermain