Morning Sickness Semasa Hamil Boleh Jadi Memenatkan, Ini 5 Homeopati Terbaik Untuk Menanganinya!
Perubahan hormon progestron semasa hamil menyebabkan ibu mengalami morning sickness teruk. Namun, boleh diatasi dengan ubat homeopati terbaik
Mencari homeopati yang terbaik untuk menghilangkan rasa morning sickness? Morning sickness atau mabuk hamil adalah salah satu simptom yang biasa dialami ketika hamil, malah ia adalah simptom pertama yang jelas menunjukkan sesetengah wanita mengandung.
Dikatakan lebih dari 60 peratus wanita yang mengandung pada trimester pertama akan mengalaminya, serta tidak mustahil ia juga mungkin berlarutan sehingga ke trimester terakhir. Mereka yang mengalaminya akan rasa mual atau muntah terutama pada waktu pagi. Ia juga terjadi kerana terdapat peningkatan tahap hormon estrogen dan air liur yang berlebihan.
Namun begitu, morning sickness teruk masih boleh dikawal melalui pengambilan makanan yang seimbang, rehat yang cukup dan senaman ringan. Selain itu, ubat homeopati juga membantu sebagai rawatan holistik dalam melegakan morning sickness.
Isi Kandungan
Apakah Ubat Homeopati?
Ubat homeopati adalah ubat-ubatan yang bersumberkan bahan semulajadi, selamat dan bebas bahan toksik. Ia tidak seperti perubatan konvensional kerana ubat ini tidak menghalang penyakit dan gejala. Sebaliknya, ia akan mula mencari punca serangan pada akar dan merangsang tindak balas tubuh badan menjalani proses penyembuhan secara semulajadi. Secara tidak langsung, ia mendorong tubuh badan jadi lebih kuat dan bertenaga dalam melawan penyakit yang dialami.
Ia juga tidak mempunyai kesan sampingan kepada individu yang mengambilnya kerana sumber bahan semulajadi yang digunakan adalah daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan, garam galian dan mineral asli. Antara jenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam ubat homeopati biasanya adalah bawang merah, bawang putih, lada hitam dan bahan alami yang lain.
Homeopati yang diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann di Jerman ini telah diiktiraf selamat dan tiada kesan sampingan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Tujuan penggunaan ubat homeopati adalah ia membantu dalam menyelesaikan masalah ringan, merawat penyakit akut dan kronik serta kadar kesembuhan bergantung kepada kondisi pesakit. Namun begitu, pengambilan sebarang ubat homeopati perlulah berada di bawah bimbingan pengamal homeopati yang bertauliah sahaja.
Adakah Ubat Homeopati Selamat Untuk Ibu Hamil?
Proses kehamilan merupakan detik yang mengujakan dan menakutkan dalam masa yang sama, terutama bagi mereka yang pertama kali bakal bergelar ibu.
Biasanya, timbul keraguan dalam isu pengambilan ubat-ubatan yang selamat semasa mengandung. Ini kerana, sebarang pengambilan ubat-ubatan yang sembarangan semasa mengandung boleh membawa risiko merbahaya seperti merencatkan pertumbuhan dan perkembangan janin yang sedang membesar.
Timbul persoalan, adakah ubat homeopati selamat untuk ibu hamil?
Usah bimbang kerana ubat homeopati selamat diambil oleh ibu semasa mengandung dan selepas bersalin, termasuklah semasa menyusu badan. Ini kerana kebanyakan ubat homeopati adalah 100% diperbuat dari bahan semulajadi dan ubatnya ringan, jadi ia tidak akan membahayakan janin yang dikandung.
Ketika hamil, berlakunya peningkatan dalam hormon progestron yang membawa kepada perubahan fisiologi dalam badan kerana terpaksa memenuhi keperluan yang diperlukan oleh janin. Ia akan menyebabkan rasa ketidakselesaan perut, rasa sakit dan loya secara tiba-tiba. Oleh itu, masalah-masalah ringan tersebut dapat dikurangkan dengan penggunaan ubat homeopati.
Ramai wanita mengambil ubat homeopati kerana ia membantu mengatasi masalah ketidakstabilan hormon yang dialami, melegakan kekejangan dan mengurangkan rasa sakit belakang atau bengkak pada bahagian kaki, peha dan punggung.
Homeopati juga boleh digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan semula jadi untuk ibu dan bayi selepas bersalin. Sesetengah ubat homeopati pula dirumuskan khas untuk membantu masalah penyusuan dan membolehkan ibu menikmati penyusuan bayi lebih lama.
Tips Pemilihan Ubat Homeopati Terbaik
Punca morning sickness seperti rasa mual, kadangkala disertai dengan muntah, alahan terhadap bau tertentu serta kehilangan selera makan merupakan ujian semasa tempoh kehamilan.
Tetapi, untuk mengatasinya bakal ibu tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil sebarang ubat tahan sakit kerana mungkin tidak sesuai dan selamat untuk bayi. Oleh itu, ubat homeopati adalah pilihan yang terbaik kerana selamat dan tiada kesan sampingan.
Sebelum itu, untuk pengetahuan bakal ibu, terdapat beberapa tips pemilihan ubat homeopati yang dikhususkan untuk merawat masalah morning sickness mengikut tahap yang berbeza. Jadi, pilihlah salah satu ubat homeopati yang sesuai dengan simptom yang dialami.
1. Symphoricarpus Racemosus
Salah satu ubat yang paling berkesan untuk rasa mual diikuti dengan muntah yang berterusan ialah Symphoricarpus Racemosa. Symphoricarpus Racemosus adalah ubat homeopati yang melegakan morning sickness teruk disebabkan rasa pahit dan kehilangan selera makan. Mudah dimakan, hanya kemam tidak perlu air.
2. Sepia
Morning sickness kebiasaannya menjadi teruk apabila anda terfikirkan makanan, rasa sesak nafas dan tidak seimbang. Cara untuk menghilangkan rasa loya ini adalah dengan mengambil makanan seperti jeruk atau manisan untuk melegakan rasa loya. Oleh itu, Sepia adalah pilihan ubat homeopati yang terbaik.
3. Gossypium Herbaceum
Satu lagi ubat yang paling berkesan untuk meredakan mual adalah Gossypium Herbaceum. Simptom loya diikuti dengan pengeluaran air liur berlebihan pada waktu pagi dapat diatasi dengan ubat homeopati jenis ini. Ia terbukti berkesan melawan simptom morning sickness secara efektif.
4. Ipecac
Ipecac sesuai diambil bagi individu yang mengalami morning sickness teruk, sehinggakan jika muntah pun tidak boleh melegakan rasa loya. Selain itu, mengalami masalah air liur sentiasa mengalir dan perlu diludah setiap masa.
5. Amygdalus Persica
Ubat homeopati jenis Amygdalus Persica adalah ubat yang selamat dan semulajadi. Sesuai diambil jika anda mengalami rasa loya dan muntah yang berterusan, berserta dengan serangan gastrik yang teruk. Jadi, Amygdalus Persica merupakan rawatan alternatif bagi merawat kedua-duanya sekaligus.
5 Ubat Homeopati Terbaik Yang Berkesan Untuk Ibu Hamil
Morning sickness teruk akan membuatkan badan rasa lemah, tidak bermaya dan hilang selera makan. Malah, ada juga sesetengah wanita mengalami mabuk yang teruk. Untuk mengatasi masalah ini dari terus berlarutan, ibu boleh pilih salah satu ubat homeopathy Malaysia seperti senarai di bawah ini.
Salindah B1
Homeopati Terbaik Untuk Menghilangkan Loya & Muntah
Produk Salindah dirumus khas dari ubat-ubatan mengikut formula homeopati, biokimia dan herbalisma yang tidak memberi kesan mudarat kepada ibu dan janin yang dikandung. Ibu usah risau kerana selamat diambil seawal minggu ke 12 kehamilan dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Ia memenuhi keperluan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu hamil dan membentuk hemoglobin agar dapat membekalkan oksigen ke setiap sel tubuh dengan lancar.
Pengambilan secara konsisten dapat membantu mengurangkan rasa loya, muntah dan alahan dengan berkesan.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi 336 biji tablet
- Mudah dimakan, hanya perlu kemam sahaja. Jika loya, boleh larutkan tablet dalam air kosong dan diminum.
- Formula berasaskan homeopati, biokimia dan herbalisma yang tidak mempunyai kesan sampingan
- Mengurangkan muntah, loya serta alahan
- Menambah dan melancarkan aliran darah
- Membantu tumbesaran janin dengan baik
- Selamat untuk wanita hamil
Homeopathy Remedy Microdose – Kesuburan Wanita
Homeopati Terbaik Untuk Mengurangkan Stress
Cara meredakan mual menjadi mudah dengan adanya Homeopathy Remedy Microdose – Kesuburan Wanita. Ia bukan sahaja dirumuskan hanya untuk merawat kesuburan wanita, malah mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi oleh sesetengah wanita hamil. Ubat homeopati berbentuk tablet ini tidak berperisa, hanya manis dan anda perlu kemam begitu sahaja.
Ubat ini diformulasi 100% menggunakan bahan semulajadi, tanpa pengawet, tiada unsur dadah dan tiada perisa tiruan. Apa yang menariknya, ia tidak mempunyai kesan sampingan jadi selamat dimakan oleh bakal ibu yang mengalami masalah ringan semasa hamil.
Apa yang kami suka?
- Formula 100% Homeopati
- Mengandungi 90 tablet
- Tanpa pengawet, tiada dadah, tanpa perisa tiruan
- Sesuai untuk wanita berusia 18 tahun dan ke atas
- Mengurangkan tekanan sebelum, semasa dan selepas bersalin
Gasterheal
Homeopati Terbaik Untuk Mengurangkan Rasa Loya & Gastrik
Gasterheal adalah salah satu pil homeopati yang dirumuskan khas untuk masalah melegakan masalah kembung perut, gastrik dan pedih perut. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengurangkan rasa loya bagi wanita yang sedang hamil.
Produk ini sama sekali tidak mengandungi dadah atau bahan kimia terlarang, jadi selamat digunakan tanpa ragu-ragu.
Cara pengambilannya, hanya perlu kemam satu tablet setengah jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Penggunaannya boleh diambil sebanyak 3 kali dalam sehari.
Apa yang kami suka?
- 100% Produk Bumiputera
- Mengandungi 60 biji tablet
- Tidak mengandung dadah dan tiada kesan sampingan
- Membantu melegakan rasa loya
- Melegakan masalah gastrik, kembung perut dan pedih perut
- Selamat untuk ibu hamil
Homeopathic Single Liquid Dilution
Homeopati Terbaik Mudah Ditelan
Paling mudah ditelan, homeopati yang diformulasi oleh Dr. Masood dari negara Pakistan ini sesuai untuk mereka yang mencari jenis homeopati yang mudah ditelan kerana hadir dalam bentuk cecair. Sangat bagus untuk merawat rasa mual, muntah atau pening kepala yang dialami oleh wanita mengandung.
Sebelum menggunakan ubat homeopati ini, pastikan anda terlebih dahulu mendapatkan nasihat dari doktor.
Apa yang kami suka?
- Mudah ditelan, dalam bentuk cecair
- Selamat kerana tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan kimia terlarang
- Tiada kesan sampingan
- Jenama yang dipercayai
- Mengurangkan rasa loya dan beberapa masalah ringan lain
Dr. Reckeweg Bio Combination 28
Homeopati Terbaik Untuk Tingkatkan Penyerapan Kalsium
Reckeweg Bio-Combination 28 Tablet ialah gabungan homeopati dengan mineral yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi fisiologi normal dalam badan. Ia membantu menyembuhkan tulang, sendi dan kelenjar yang kurang zat dengan meningkatkan penyerapan kalsium.
Menariknya, bahan utama yang digunakan dalam ubat ini seperti calcarea fluorica, ferrum fosforus dan silikea bebas dari dadah dan bahan aktif yang boleh menyebabkan kesan sampingan.
Selain itu, homeopati ini selamat digunakan oleh ibu hamil yang kekurangan zat yang diperlukan oleh tubuh dan janin semasa mengandung. Ia juga membantu mengekalkan kulit dan sendi yang sihat dan otot yang kuat.
Apa yang kami suka?
- Melegakan semua masalah yang berkaitan dengan daya tahan
- Mengurangkan rasa loya dengan mencukupkan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh wanita hamil
- Menjaga dan meningkatkan tahap mental dan urat saraf
- Membantu sistem penghadaman dengan lebih baik
Perbandingan Harga
Jenama | Harga (RM) |
Salindah B1 | RM130.00 |
Homeopathy Remedy Microdose – Kesuburan Wanita | RM39.00 |
Gasterheal | RM25.00 |
Homeopathic Single Liquid Dilution | RM30.00 |
Dr. Reckeweg Bio Combination 28 | RM50.00 |
Ciri-ciri Morning Sickness
Apa itu morning sickness? Morning sickness adalah simptom biasa yang dialami pada awal kehamilan. Namun, perlu diingatkan bahawa setiap morning sickness yang dialami oleh bakal ibu adalah berbeza bergantung kepada individu. Berikut adalah ciri-ciri morning sickness yang kami di TheAsianParent senaraikan untuk rujukan anda.
- Mual yang teruk
- Muntah-muntah
- Hilang selera makan
- Dehidrasi
- Sakit kepala
- Deria bau lebih sensitif
- Stress
- Air liur berlebihan
Penyebab Morning Sickness
Biasanya, punca terjadinya morning sickness semasa kehamilan adalah disebabkan berlaku perubahan hormon pada tubuh badan wanita, tidak kira dari segi fizikal dan mental. Antara penyebab morning sickness ialah:
1. Tahap hormon gonadotrofin korion (hCG) meningkat
Peningkatan hormon beta HCG terhadap wanita yang mula dihasilkan apabila embrio mula berkembang di dalam rahim selepas persenyawaan juga boleh menyebabkan morning sickness terjadi. Tahap hCG adalah penentu yang menunjukkan tahap kehamilan anda sedang berkembang dengan baik. Biasanya, hormon ini akan meningkat pada minggu ke-9 kehamilan.
2. Tahap estrogen
Peningkatan tahap estrogen dalam badan sehingga 100 kali lebih tinggi semasa mengandung juga mendorong kepada penyebab morning sickness. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang ditemui untuk menunjukkan perbezaan tahap estrogen antara wanita hamil dengan atau tanpa morning sickness setakat ini.
3. Tahap progesteron
Bukan sahaja estrogen, malah tahap progesteron semasa mengandung juga akan meningkat. Tahap progesteron yang tinggi membantu mengetatkan otot rahim untuk mengelakkan kelahiran pramatang. Oleh itu, kesan apabila tahap hormon progesteron yang tinggi boleh menyebabkan berlaku beberapa simptom seperti rasa loya, payudara jadi lebih lembut, kembung perut dan perubahan mood. Ini juga punca terjadi morning sickness semasa hamil.
4. Hipoglisemia
Hipoglisemia atau gula darah rendah juga mungkin jadi penyebab morning sickness teruk semasa hamil. Hipoglisemia sering berlaku pada wanita hamil kerana plasenta memerlukan tenaga dan gula yang banyak untuk perkembangan dan pertumbuhan janin.
5. Badan kurang nutrisi
Kekurangan vitamin B6 dalam tubuh badan akan menyebabkan mudah dapat morning sickness. Ini kerana, vitamin B6 adalah vitamin penting untuk mencegah anemia, merawat risiko terkena penyakit jantung, menurunkan kadar kolestrol tinggi dan boleh mengurangkan gejala morning sickness semasa kehamilan.
Cara Meredakan Mual
Selain pengambilan ubat-ubatan konvensional mahupun ubat homeopati, terdapat beberapa cara lain untuk meredakan mual buat sementara waktu supaya ia tidak bertambah teruk. Cara meredakan morning sickness adalah dengan mengelakkan diri daripada menghidu bau-bauan yang boleh menyebabkan rasa loya, sama ada dari bahan masakan, minuman kegemaran atau minyak wangi favourite anda sebelum ini.
Selain itu, pastikan ibu dapatkan rehat secukupnya agar stress dapat dikurangkan. Cuba untuk lakukan beberapa pergerakan ringan seperti yoga pranatal atau senaman ringan pada waktu pagi. Sewaktu makan, elakkan tergesa-gesa atau gelojoh menghabiskan hidangan makanan dalam kuantiti yang banyak. Amalkan suku-suku separuh bagi mengelakkan rasa loya atau pedih ulu hati terjadi.
Seterusnya, sentiasa pastikan mulut dalam keadaan yang bersih. Memberus gigi atau membilas mulut selepas makan boleh mengurangkan rasa loya dan mengurangkan risiko gigi rosak akibat terkena jangkitan kuman selepas muntah.
Cara lain adalah, ambil suplemen tambahan untuk menyeimbangkan segala nutrisi yang diperlukan tubuh dan janin supaya rasa morning sickness dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
Apa-apapun jika anda dapati morning sickness bertambah teruk atau berlanjutan dalam tempoh yang lama, segera berbincang dengan doktor dan dapatkan ubat berdasarkan preskripsi yang telah diluluskan oleh FDA untuk mengatasi morning sickness teruk semasa hamil.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Mengalami Morning Sickness, Petanda Bayi Memiliki IQ Tinggi & Cerdas! – Kajian
Baca juga: Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!