Janda Baik adalah antara lokasi popular terutamanya untuk warga ibu kota yang mencari kedamaian dan mendekati keindahan alam untuk melupakan sekejap hiruk pikuk di kota. Di sini terdapat banyak port mandi sungai, BBQ termasuklah Janda Baik staycation yang boleh diinap dalam kumpulan yang besar!
Janda Baik memang sering dijadikan kawasan pilihan pelancong tempatan kerana keindahan alam yang ada disini dan cuaca yang cukup sejuk.
Perjalanan memandu kereta ke kampung Janda Baik melalui Lebuh raya Karak mengambil masa hanya kira-kira 45 minit sahaja dari ibu kota namun agak rugi kalau tak bermalam sekali. Jadi, jom tengok Janda Baik homestay yang menarik ini.
Isi Kandungan
9 Janda Baik Staycation Untuk Keluarga Besar
1. Afsana Villa
Bagi yang mencari tempat penginapan mempunyai suasana kampung dan mampu memuatkan kumpulan yang besar, anda boleh pilih untuk menginap di Afsana Villa.
Terdapat 4 bilik tidur 4 bilik air, 2 ruang tamu dan 2 ruang dapur, rumahnya juga diperbuat dari kayu dan mempunyai reka bentuk rumah Melayu lama yang pasti akan memberikan suasana balik kampung kepada anda sekeluarga.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti mandi sungai, mandi kolam, dan barbeku bersama keluarga. Selain itu, pokok-pokok yang rimbun di sekeliling rumah memberikan udara segar dan suasana yang mendamaikan.
Harga : Bermula RM1,100
Website : Afsana Villa
2. D’Villa Janda Baik
D’Villa Janda Baik adalah antara tempat penginapan pilihan di Janda Baik staycation yang boleh anda terokai. Dengan suasana bukit yang sejuk dan terasing dari kesibukan kota, penginapan ini menonjolkan lagi keindahannya dengan reka bentuk tradisional yang diinspirasikan oleh alam semulajadi.
Ada bilik bertemakan Bali, Eropah, Rainforest, Kontemporari dan juga bilik Famili sebagainya untuk anda pilih di sini. Homestay di Janda Baik ada swimming pool untuk digunakan pelanggan mereka dan memang puaslah untuk anda berseronok bersama-sama keluarga!
Terdapat juga kemudahan BBQ, taman, serta tempat berkelah semuanya berlatarbelakangkan pemandangan yang indah.
Harga : Bermula RM200
Website : D’Villa Janda Baik
3. Twinkle Villa
Villa ni berkonsepkan moden dengan reka bentuk konkrit berpetak yang ringkas dan menyediakan 4 jenis rumah yang boleh anda pilih mengikut keselesaan dan kapasiti anda.
Anda boleh memilih untuk menginap di Cengal House, Gaharu House, Resak House atau Meranti House. Rumah yang paling besar ialah Cengal House yang mempunyai 4 bilik denga katil queen dan single. Anda juga boleh masak-masak di Cengal House ini kerana mereka menyediakan dapur yang lengkap untuk anda.
Harga : Bermula RM1,843
Website : Twinkle Villa
4. Villa Have2
Walaupun namanya begitu, tak semestinya orang have-have sahaja mampu tinggal di sini. Anda boleh berkongsi dengan 3 keluarga kerana villa ini mampu memuatkan sehingga 20 orang!
Villa yang mempunyai 6 bilik ini turut mempunyai fasiliti lain seperti tempat karaoke, trampolin, basikal, kolam renang peribadi dan kolam memancing. Mereka juga ada sediakan kelengkapan barbeku. Dapur pun turut ada untuk masak-masak. Selain itu, mesin basuh dan pengering pakaian juga ada.
Ia juga dikelilingi kawasan hutan dan pokok-pokok yang memberikan villa ini privasi yang optimum. Ia juga terletak di sebuah kawasan yang berbukit, jadi pemandangan dari villa ini memang sangat cantik.
Harga : Tidak dinyatakan
Website : Villa Have2
5. Mandara Tree Villas
Villa di sini cukup menggagumkan dengan pemandangan hutan yang mempersonakan. Anda pasti akan terpukau bila bangun pagi melihat matahari terbit melalui pokok-pokok yang menghijau. Bukan setakat pemandangan cantik, reka bentuk villa ini juga sangat menarik.
Mereka menggunakan kayu sebagai bahan utama untuk pembinaan villa ini. Kawasan luar villa ini memang luas dan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti. Nak mandi kolam renang pun ada juga. Villa ini mempunyai 2 bilik tidur serta ruang tamu yang luas.
Harga : RM433
Website : Mandara Tree Villas
6. Tiarasa Escapes
Mencari penginapan glamping yang paling mewah? Tiarasa Escape bertemakan glamping janda baik yang menjanjikan kepuasan yang maksimum.
Suasana yang mendamaikan dengan pilihan jenis penginapan seperti glamping dan rumah pokok pasti menarik perhatian sesiapa yang datang ke sini untuk berswafoto.
Dengan keluasan 7 ekar, janda baik staycation tepi sungai ini mempunyai ruang kolam renang yang luas, ruang rehat dan sebagainya.
Tidak rugi datang bersama keluarga atau rakan kerana pelbagai aktiviti menyeronokkan yang anda boleh cuba seperti mendaki, memanah, paintball, menunggang ATV dan macam-macam lagi.
Harga: Bermula RM 115.40
Website : Tiarasa Escapes
7. Sugeh Hill Resort
Sugeh Hill Resort yang dimiliki oleh Dato’ Aliff Syukri menampilkan gandingan reka bentuk moden dan tradisional yang dikelilingi alam semulajadi. Dengan pilihan lebih 40 buah jenis bilik, anda boleh menginap di sini dengan harga serendah RM139 semalam.
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan mengikut standard hotel. Di sini juga menyediakan pelbagai fasiliti lengkap seperti kolam renang, gym, spa dan sebagainya.
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di janda baik resort ini seperti Flying fox, berbasikal dan menaiki skuter mengelilingi resort. Selain itu, jangan terlepas peluang untuk merasai pengalaman baru menunggang kuda dan melawat mini zoo.
Harga: RM100-1000
Website : Sugeh Hill Resort
8. Embun Luxury Villas
Embun Luxury Villas yang terletak di atas bukit dengan dikelilingi oleh hutan rimbun mungkin menjadi pilihan anda yang mencari ketenangan. Janda Baik villa ini dilengkapi dengan pancuran air, ruang tamu dan kemudahan lain yang disediakan untuk para tetamu.
Terdapat pelbagai pilihan jenis bilik disediakan sama ada ingin menghadap pemandangan luar atau tepi kolam renang jenis terbuka.
Harga : Bermula dari RM1039
Website : Embun Luxury Villas
9. Chalet Mamapapa
Bagi yang mencari homestay janda baik tepi sungai murah dengan bunyi deruan air sungai, Chalet Mamapapa terletak betul-betul bersebelahan dengan Sungai Benus yang jernih dan tenang.
Chalet ini menyediakan pelbagai pilihan dengan 7 jenis bilik penginapan yang sesuai untuk keluarga. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini sangat berpuas hati dari segi keselesaan, kebersihan dan keluasan kawasan serta lokasi yang strategik dekat dengan tempat makan.
Harga : Tidak dinyatakan
Website : Chalet Mamapapa
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : 5 Homestay Port Dickson Best Untuk Percutian Keluarga, Ada Private Pool Lagi!
Baca juga : Tips Melancong Dengan Anak Kecil
Baca juga : Pergi Holiday Tika Hamil? Jangan Lupa Buat 8 Persediaan Wajib Ini