TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Hospital Picaso Lancarkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara “Think Pink”

4 min bacaan
Hospital Picaso Lancarkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara “Think Pink”

Hospital Picaso lancar kempen "Think Pink" bagi meningkatkan kesedaran tentang pencegahan kanser payudara dan kepentingan pengesanan awal

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2024 – Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink October), Hospital Picaso telah melancarkan kempen kesedaran komuniti bertemakan “Think Pink” sepanjang bulan Oktober.

Kempen ini menampilkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran awam berkaitan kanser terutamanya kanser payudara di peringkat awal. Slogan kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bahaya kanser payudara kepada semua golongan terutamanya wanita.

Kempen ini juga dianjurkan bagi mengalakkan rakyat Malaysia sama-sama menyertai kempen kesedaran sama ada melalui pendidikan, sumbangan atau penyertaan.

Pengurus Besar Hospital Picaso, Encik Ahmad Lutfi berkata, kempen “Think Pink” ini dianjurkan bagi menyebarkan kesedaran berhubung kanser payudara serta langkah pencegahannya. Kempen ini dapat membantu orang ramai mengenalpasti tanda-tanda awal kanser payudara serta langkah penjagaan yang boleh diambil bagi membolehkan ia dikawal dan dirawat melalui kaedah perubatan yang sesuai.

Kempen kesedaran ini juga bertujuan memupuk semangat prihatin dan memberi sokongan moral dalam kalangan komuniti.

Menurut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, bagi tempoh 2017 hingga 2021, kira-kira 17.6% kanser yang didiagnosis di negara ini adalah kanser payudara. Ini menjadikan kanser payudara salah satu kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia.

Justeru adalah penting meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser payudara menerusi pengesanan awal dan mendapatkan rawatan secara menyeluruh.

Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa berlaku dalam kalangan wanita. Dari tahun 2017 hingga 2021, wanita yang berusia 40 tahun mempunyai risiko paling tinggi menghidap kanser berbanding wanita yang berusia 65 hingga 69 tahun dari tahun 2012 hingga 2016.

Hospital Picaso mempunyai tiga pakar bedah payudara: Dr Normayah Kitan, Dr Ng Char Hong dan Profesor Emeritus Dato’ Dr Yip Cheng Har. Pada majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan Payudara dan Wanita di Hospital Picaso baru ini, ketiga-tiga doktor menekankan pengesanan awal dan pengetahuan am adalah penting berikutan kajian menunjukkan kadar kelangsungan hidup bertambah baik jika penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal.

Justeru, wanita disaran supaya melakukan pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan dan digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun bagi mengurangkan bebanan penyakit kanser dihadapi golongan wanita di Malaysia.

Salah satu acara komuniti yang dianjurkan oleh Hospital Picaso baru-baru ini ialah acara membuat kek anjuran Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA). Antara pengisian program ini yang bertemakan “Whisk for Wellness” adalah ceramah kesihatan dan sesi membuat kek oleh para peserta.

Hasil kutipan yang diterima menerusi kempen ini disalurkan kepada BCWA bagi membantu golongan wanita yang memerlukan rawatan kanser.

Baru-baru ini juga, Hospital Picaso telah menganjurkan kelas kanser payudara dengan penyertaan lebih 80 peserta termasuk pakar bedah, pakar radiologi, pakar onkologi dan pelatih.

Dengan penceramah utama daripada para doktor Hospital Picaso, sesi ini bertujuan memberi perkembangan diagnosis dan pementasan kanser payudara pada peringkat awal menerusi perspektif multidisiplin selain mengemas kini maklumat penyelidikan dan rawatan kanser payudara.

Hospital Picaso juga akan menganjurkan program interaksi bersama komuniti selama sehari pada 27 Oktober bagi mempromosikan kesedaran tentang gaya hidup aktif dan sihat serta cara yang berkesan untuk menangani kanser payudara.

Pengisian program ini termasuk ceramah mengenai kanser payudara dan pemeriksaan kesihatan yang akan dikendalikan oleh Can-care (Pusat Penjagaan dan Sokongan untuk pesakit selepas kanser). Antara aktiviti menarik termasuk sesi yoga interaktif dan terapeutik serta bengkel membuat Teh Matcha .

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima beg hadiah yang merangkumi tikar yoga dan sehelai tuala pink. Yuran penyertaan untuk acara ini ialah RM20 untuk seorang.

“Kami komited dalam memerangi kanser payudara, salah satu penyakit yang paling berisiko di negara ini. Misi utama kami adalah membantu meningkatkan kesedaran kesihatan wanita dari segi fizikal, mental dan emosi” kata Lutfi.

Untuk menyertai sesi yoga bersempena dengan kempen “Think Pink” pada 27 Oktober ini, anda boleh klik https://bit.ly/picasothinkpink atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi Siti Maryam di 013-928 1996 atau Charmian Kok di 016-815 3309.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hospital Picaso, anda boleh melayari laman web  www.hospitalpicaso.com atau https://www.facebook.com/hospitalpicaso/

Stories Rakan Kongsi
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?
Home Diarrhoea Treatment For Children At Every Stage Of Their Lives
Home Diarrhoea Treatment For Children At Every Stage Of Their Lives

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Hospital Picaso Lancarkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara “Think Pink”
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham