16 Hotel Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel) Yang Terbaik & Best Pilihan theAsianparent

Hotel mesra kanak-kanak pastinya memberikan pengalaman yang berbeza buat anda. Jom semak beberapa senarai ini, bawa anak-anak healing

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila mempunyai anak-anak kecil, anda pastinya memerlukan hotel mesra kanak-kanak ketika merancang percutian bersama keluarga.

Ibu ayah bukan sahaja perlu memikirkan bilik atau tilam tambahan untuk anak-anak, makanan yang sesuai untuk mereka, tetapi perlu merancang aktiviti yang sesuai dilakukan untuk orang dewasa dan si kecil supaya semua dapat menikmati percutian tersebut.

Hotel Mesra Kanak-Kanak & Keluarga

1. Olympic Hotel Kuala Lumpur

credit foto: Zahir Yusoff

Hotel mesra kanak-kanak dan keluarga yang pertama adalah Olympic Hotel Kuala Lumpur

Ia adalah hotel bertema yang dilesenkan oleh Majlis Olimpik Malaysia. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, bersebelahan dengan pencakar langit kedua tertinggi di dunia, Menara PNB118, serta di sebelah stesen MRT Merdeka (SBK17).

Setiap kali anda mendaftar masuk, anda akan mengalami suasana yang berbeza, dengan konsep warna yang diinspirasikan oleh cincin Olimpik. Hotel ini juga mempunyai restoran hutan hujan, bar, dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan antara 100-140 orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nombor Telefon: +60115-283 1888

Alamat: Jalan Hang Jebat, City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Malaysia

2. Hotel LEGOLAND, Johor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melihat rekabentuk hotel, pasti membuatkan kanak-kanak teruja dan pasti ingin menginap di sini.

Hotel LEGOLAND merupakan hotel rasmi bagi Taman Tema Legoland, dan mempunyai pelbagai bilik bertema khas untuk anda seperti tema pengembaraan, lanun dan  kingdom yang dihias dengan mainan dan warna sangat menarik!

Malah lobi hotel itu penuh dengan LEGO yang dapat dimainkan oleh anak-anak dan mempunyai aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak leka sementara ibu bapa berurusan dengan prosedur mendaftar masuk.

Pastinya kanak-kanak akan terus bergembira walaupun selepas seharian bermain di taman tema LEGOLAND!

Alamat: No. 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, Kampong Bukit Puteri, Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nombor Telefon: 07-597 8888

3. Putrajaya Marriott Hotel

Terletak 25 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, Putrajaya Marriott Hotel menawarkan segala yang diperlukan untuk penginapan yang tidak dapat dilupakan di Putrajaya, Malaysia. Hotel ini menyediakan bilik dan suite yang direka semula dan disusun dengan baik, menampilkan susun atur yang luas, bilik mandi yang bersih, dan katil yang empuk.

Alami keseronokan gelongsor, kawasan percikan air, dan kemudahan air lain di Fun Splash Pool, yang sesuai untuk masa berkualiti bersama keluarga anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alamat: IOI Resort City, Sepang Utara, 62502 Malaysia

Nombor Telefon: +603-8949 8888

4. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre adalah pilihan yang sangat baik untuk keluarga yang bercuti di Kuala Lumpur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hotel ini menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak termasuk kolam renang yang sesuai untuk anak-anak dan restoran dengan menu khusus untuk mereka. Lokasi strategiknya memudahkan akses ke tarikan utama bandar seperti KLCC dan Bukit Bintang.

Alamat: Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 03-2706 9099

5. The St. Regis Kuala Lumpur 

The St. Regis Kuala Lumpur penuh dengan momen keluarga yang tidak dapat dilupakan. Dari aktiviti mencari harta karun yang menarik hingga kelab kanak-kanak yang menyeronokkan dengan gelongsor, kolam dan permainan papan, setiap minit pastinya dipenuhi dengan keseronokan!

Khemah mainan dan set permainan di dalam bilik sangat popular, dan sesi penceritaan oleh butler menjadikan malam si kecil sangat magikal. 

Alamat: No 6 Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia

Nombor Telefon: 03-2727 1111

6. KSL Esplanade Hotel, Klang

KSL Esplanade Hotel adalah pilihan yang sangat baik untuk penginapan di Klang, terletak bersebelahan dengan KSL Esplanade Mall, satu lagi tambahan baru dalam senarai hotel di Klang. 

Hotel ini menjadi pilihan kebanyakan ibu ayah kerana ia memiliki kemudahan seperti: 

  • Kolam Renang Seperti Taman Tema Mini: Kolam renang untuk kanak-kanak di hotel ini seperti taman tema mini! Anak-anak jelas sekali seronok sangat dengan adanya mini waterpark. 
  • Bilik Keluarga: Bilik keluarga disediakan dengan katil tingkat khas untuk anak-anak.
  • Bilik permainan untuk anak-anak

Alamat: No 1 Persiaran Bestari 2 / KS09, Klang, Malaysia

Nombor Telefon: 03-3000 2288

7. DoubleTree by Hilton Damai Laut, Perak

DoubleTree by Hilton Damai Laut menawarkan pelbagai kemudahan untuk keluarga, termasuk kolam renang kanak-kanak dan taman permainan. Aktiviti pantai dan sukan air juga tersedia untuk anak-anak dan keluarga. Selain itu, Kid’s Club menyediakan pelbagai aktiviti kreatif dan interaktif untuk memastikan anak-anak terhibur sepanjang masa.

Hotel ini terletak di tepi pantai di bandar pesisir Lumut, dengan pemandangan Selat Melaka. Lapangan golf kejohanan 18 lubang yang menakjubkan hanya lima minit dari sini.

Ia juga menawarkan tiga restoran yang pelbagai, serta pantai persendirian dengan latar belakang semula jadi Pulau Pangkor. Paling menarik ia menyediakan beberapa aktiviti untuk kanak-kanak, termasuk mini water park dan kelab kanak-kanak yang memberikan keseronokan tidak terhingga!

Alamat: Jalan Damai Laut, Manjung, 32200 Lumut, Perak, Malaysia.

No Telefon: +60 5-684 3333

8. DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside menawarkan percuti yang mesra kanak-kanak. Anda dan seisi keluarga boleh menikmati penginapan dan kolam infiniti dengan pemandangan tasik dan kemudahan untuk kanak-kanak seperti Kolam Splash Kids dan kelab kanak-kanak.

Taman Wetlands Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berada dalam jarak 20 minit

Alamat: No. 2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia.

No Telefon: +603-8890 0000

9. M Resort & Hotel Kuala Lumpur

M Resort & Hotel Kuala Lumpur  adalah pilihan mesra keluarga yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk anak-anak. Hotel ini menyediakan bilik yang luas dan selesa, kolam renang, serta kawasan permainan untuk kanak-kanak. Lokasinya yang strategik memudahkan akses ke tarikan utama di Kuala Lumpur.

Alamat: No. 6, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia

Nombor Telefon: 03-79326582

10. Club Med Cherating Beach, Pahang

Percutian dengan kanak-kanak kecil akan menjadi pengalaman yang menarik apabila keluarga dialu-alukan dalam keadaan yang sesuai.

Club Med Cherating mempunyai aktiviti yang sesuai dengan umur, makanan yang direka khusus untuk bayi, bilik ganti, botol bayi, aksesori penjagaan kanak-kanak disediakan di dalam bilik istimewa.

Resort yang terletak di tengah-tengah taman tropika ini mempunyai luas 80 hektar dengan pantai cantik sepanjang 4km. Setiap kumpulan umur kanak-kanak diambil kira malah disediakan khidmat pengasuh untuk anak-anak anda.

Berikut merupakan kemudahan yang disediakan untuk si kecil anda:

  • Baby Club Med (4 bulan ke 2 tahun)
  • Petit Club Med (2-3 tahun)
  • Mini Club Med (4-10 tahun)
  • Password Club Med (11-17 tahun)

Alamat: Hvom 29th miles Jalan Kuantan -Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang

Nombor Telefon: 09-5819133

11. Sunway Lost World Hotel, Perak

Dikelilingi tebing batu kapur dan hutan hijau,Sunway Lost World Hotel yang berdekatan dengan Taman Tema ini sangat menarik untuk didiami malah menyeronokkan. 

Di sini terdapat Taman Air, untuk peminat permainan air dan gelongsor air yang menyeronokkan; Taman Hiburan yang lebih tradisional dengan tunggangan yang menarik; Tiger Valley di mana anak-anak boleh menonton Harimau Siberia diberi makan; Lost World Petting Zoo di mana anda dan keluarga boleh berada lebih dekat dengan haiwan; dan Hot Springs and Spa khas untuk ibu bapa merehatkan tubuh dan minda

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak

No Telefon: 05-5408888

12. Sunway Resort Hotel & Spa, Selangor

Gabungan pusat membeli-belah, taman tema dan hotel pastinya menjadi pilihan bagi keluarga yang memerlukan kemudahan sebegini, tanpa perlu pergi jauh.

Kolam renang di hotel ini mempunyai air terjun buatan manusia yang luar biasa manakala taman tema air Sunway Lagoon yang terletak berdekatan pula pastinya akan menjadi destinasi wajib pergi untuk anda sekeluarga!

Alamat: Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Malaysia
Nombor Telefon: 03-7492 8000

13. Meritus Pelangi Beach Resort & Spa

Meritus Pelangi di Langkawi menawarkan lokasi yang hebat di Pantai Cenang yang sempurna untuk anda sekeluarga menikmati keindahan pantai, menjelajahi gerai makanan dan restoran, dan menikmati pelbagai sukan air.

Terkenal sebagai sebuah kampung tradisional Melayu, hotel ini mempunyai chalet kayu satu dan dua tingkat di sepanjang pantai, dua kolam renang luaran, kolam dan tasik buatan manusia.

Kanak-kanak pasti akan suka taman permainan air dengan senjata air, peralatan bermain dan gergasi baldi air. Sekiranya aktiviti air tidak menarik minat anak anda, resort ini juga menawarkan pelbagai sukan seperti skuasy, tenis, memanah, golf mini, dan anda juga boleh menyewa basikal tau!

Alamat: Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

No Telefon: 04-9528888

14. Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Hotel mesra kanak kanak seterusnya adalah Renaissance Kuala Lumpur. Ia memiliki kemudahan lengkap yang memberikan keseronokan buat si manja. Antaranya: 

  • Paradise Trails: Terokai kawasan perlindungan luar yang luas dengan taman permainan yang terdiri daripada laluan kanopi, pelbagai gelongsor, dan banyak aktiviti. Fasiliti ini dibuka setiap hari dari 9:00 pagi hingga 7:00 malam.
  • Wall Climbing: Capai ketinggian baru dengan pengalaman memanjat dinding yang menarik! Sesuai untuk pengembara berumur 4-15 tahun, setiap sesi selama 1.5 jam termasuk pemanduan mendaki yang profesional, taklimat keselamatan, dan penyediaan peralatan.
  • Wet Play Area: Direka untuk keseronokan tanpa henti, kawasan bermain basah untuk kanak-kanak kami adalah syurga yang dipenuhi percikan air. Dengan ciri-ciri air interaktif, kanak-kanak boleh menikmati pengembaraan akuatik yang selamat dan ceria, mencipta kenangan magikal di bawah sinar matahari. Fasiliti ini dibuka setiap hari dari 7:00 pagi hingga 7:00 malam.

Alamat: Corner Of Jalan Sultan Ismail And Jalan Ampang, Kuala Lumpur

No Telefon: +603-27068088

15. MYRUS Resort Langkawi

Tempat peranginan ini menawarkan 12 kubah lukisan tangan yang comel dan 4 vila mewah untuk keselesaan anda seisi keluarga. Anak-anak pasti seronok apabila datang ke sini kerana adanya kolam keluarga dan kanak-kanak yang kelihatan seperti taman air kecil.

Ia juga terletak tidak jauh dari Pantai Tengah yang mempersonakan dan pemanduan singkat dari Pantai Cenang.

16. Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Bayou Lagoon Park Resort menawarkan taman air, muzium seni 3D ajaib, hotel perniagaan, pusat konvensyen, perkhidmatan gaya resort, dan pangsapuri.

Menyediakan pelbagai gelongsor kanak-kanak, Taman Air Bayou Lagoon Park Resort pilihan kegemaran untuk semua peringkat umur semasa percutian keluarga.

Tempat ini juga adalah pilihan yang tepat untuk pelarian dari kesibukan bandar! Bayou Lagoon Park Resort mampu menyediakan pelbagai aktiviti dan acara yang menarik di sekitar resort, termasuk aktiviti luar basah dan kering, yang sesuai untuk perhimpunan keluarga peribadi dan acara syarikat korporat.

Alamat: Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort Melaka, Jalan Wakaf Utama, Taman Saujana Indah, 75450 Bukit Katil, Malacca

Nombor Telefon: 06-2330888

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Anak Moody Ketika Bercuti, Ini Tips Mudah Bawa Bekal Bayi Yang Sedap & Berkhasiat

Baca juga: Bantu Anak Jadi Lebih Berani & Yakin, Ini Senarai Lokasi Rock Climbing Mesra Kanak-Kanak 

Baca juga: Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga