Ibu Boleh Naik Angin Bila Anak Suka Bergaduh & Tidak Serasi, Ini 5 Cara Untuk Didik Mereka

Tingkah laku setiap anak adalah berbeza-beza. Ia adalah normal jika ibu ayah mendapati mereka sering bertengkar kerana berebut mainan atau suka membuli

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bilangan anak semakin bertambah, pasti  hubungan keluarga menjadi lebih meriah dengan bunyi pelbagai gelak tawa dan tingkah laku anak di dalam rumah.

Bayangkan, baru 2 minit sahaja anda meninggalkan anak-anak bermain dengan baik dan kemudiannya kedengaran jeritan anak menangis kerana mereka tiba-tiba bergaduh.

Cara mengawal tingkah laku anak yang masih kecil

credit to sources

Pastinya situasi ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada anda untuk mengawal keadaan anak-anak supaya mereka duduk dan bermain bersama dengan baik.

Ibu ayah perlu menerapkan  nilai-nilai hubungan keluarga yang baik seawal yang mungkin agar anak-anak sedar bahawa mereka berada dalam sebuah keluarga yang bahagia.

Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan masalah anak kerap bergaduh ini. Antaranya:

#1. Tips membentuk tingkah laku anak- Sentiasa berlaku adil 

Dalam menghadapi situasi anak sering bergaduh, ibu ayah jangan terus menunding jari kepada anak yang lebih besar kerana tidak semestinya semua kesalahan datang dari mereka.

Sering kali kita akan menyalahkan kakak atau abang kerana mereka lebih besar dan harus mengalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun pergaduhan tersebut disebabkan anak anda yang paling kecil.

Situasi ini agak bahaya untuk masa akan datang kerana anak yang terbiasa dimarahi akan berkecil hati dan mula berdendam dengan adiknya.

Ketika anda membeli sesuatu keperluan, pastinya anak-anak akan gembira untuk memilih perkara yang disukai oleh mereka.

Pastikan anda berlaku adil. Sekiranya anda membeli untuk si adik, pastikan juga abang dan kakak turut mendapat hal yang sama agar tidak menimbulkan perasaan cemburu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Rutin makan bersama keluarga

Ibu ayah, jangan mengasingkan waktu makan anda bersama anak-anak. Pastikan dalam masa sehari anda duduk bersama di meja makan.

Sekiranya anda sibuk bekerja pada waktu siang, ambil masa untuk makan malam bersama.

Ajarkan juga anak-anak untuk terbiasa saling berkongsi makanan dan saling membantu untuk menyediakan makanan.

Setelah selesai, elakkan terus masuk ke dalam bilik. Teruskan pula dengan sesi menonton tv dan berehat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastinya anak-anak mempunyai banyak cerita yang ingin dikongsi bersama tentang apa yang berlaku pada hari tersebut.

#3. Biasakan anak untuk saling membantu

foto: enervon

Penerapan nilai untuk suka menolong antara adik-beradik perlu dititipkan sejak anak masih kecil lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, anda boleh  menyuruh si adik, abang dan kakak untuk sama-sama menyimpan semula permainan yang digunakan selepas bermain.

Pastikan juga anda memuji tindakan mereka yang rajin dan mendengar kata. Sudah tentu anak-anak akan lebih bersemangat untuk saling membantu mengemas rumah.

#4. Jadi role model yang baik

Anak yang baik datang dari ibu ayah yang baik. Sekiranya anda mahu hubungan anak-anak yang aman, ia bermula dalam diri anda.

Dalam hal ini, ketika anda dan pasangan mengalami masalah, elakkan bertengkar di hadapan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ambil langkah untuk berbincang di dalam bilik, ia jauh dari selamat dari anak-anak untuk tidak mengikuti cara anda berhadapan dengan masalah.

Sentiasa tunjukkan kasih sayang antara satu sama lain dan saling menasihati anak kecil anda tentang keluarga bahagia.

#5. Terapkan nilai mengambil berat

credit to sources

Pastikan anda sering mengingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain.

Contohnya, anak yang lebih berusia perlu menjaga adiknya yang lebih kecil dan anak yang paling muda juga melakukan perkara yang sama.

Percayalah jika anak sudah terbiasa dengan sifat prihatin ini sejak kecil, apabila mereka dewasa nanti, pastinya pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.

Sebenarnya, dalam mengawal tingkah laku serta tindakan anak-anak, ia sangat memerlukan tunjuk ajar dari ibu ayah.

‘’Melentur buluh biarlah dari rebung,’’ Sentiasa terangkan anak-anak dengan nilai-nilai yang baik seawal usia yang boleh kerana apabila anak sudah dewasa mereka akan sukar untuk berubah.

Bentuklah peribadi yang positif untuk anak-anak saling menyayangi. Pertengkaran antara adik-beradik adalah sesuatu yang normal, anda perlu mengelakkan menggunakan cara kekerasan dalam mendidik anak-anak menjadi yang terbaik.

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Tips Berkesan Mengajar Anak Menjadi Seorang Yang Pemurah & Suka Berkongsi Barang

Baca juga: Tegur Anak Bila Dia Rampas @ Ambil Barang Orang Supaya Tidak Jadi 'Raja' Bila Besar

Baca juga: Sindrom Anak Kedua Selalu Menguji Kesabaran Ibu Ayah, Tapi Dialah Yang Paling Unik!