Kekerapan Hubungan Seksual Suami Isteri Yang Ideal, Setiap Hari @ 3 Kali Seminggu?

Hubungan seksual suami isteri adalah antara aktiviti 'wajib' dilakukan. Namun berapa kali anda dan pasangan perlu bersama dalam seminggu?

Hubungan seksual suami isteri merupakan nafkah batin bagi memenuhi keinginan pasangan. Ia juga sering dikaitkan dengan kebahagiaan sesebuah rumah tangga dan mampu meningkatkan kemesraan.

Kekerapan melakukan seks sering kali tidak dibincangkan kerana ia adalah topik yang sensitif dan dianggap kurang sopan. Dipetik dari pelbagai sumber, frekuensi seks suami isteri mungin berbeza berdasarkan usia perkahwinannya. Pasangan yang menikah lebih dari 5 tahun didapati kurang melakukan seks atas sebab-sebab tertentu.

Berapa kali hubungan seksual suami isteri yang disarankan?

foto: shutterstock

Bagi menjawab persoalan ini, kekerapan hubungan seksual suami isteri yang ideal dalam pernikahan adalah pelbagai mengikut setiap pasangan. Secara umumnya, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

#1. Hubungan seksual suami isteri lebih dari 5 kali seminggu

Bagi pasangan muda, adalah normal jika anda kerap melakukan hubungan intim. Rata-rata mengakui ‘bersama’ hampir setiap hari dalam seminggu. Hal ini kerana baru berkahwin dan tubuh badan masih kuat.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada kerana seks setiap hari boleh menyebabkan beberapa risiko seperti:

  • Jangkitan saluran kencing. Virus boleh menyerang bahagian uretra, menyebabkan anda berasa sakit ketika membuang air kecil. Justeru, pastikan organ intim dibasuh terlebih dahulu sebelum dan selepas bersetubuh
  • Sakit belakang. Ini sering dialami oleh kebanyakan pasangan kerana melakukan pelbagai gaya. Justeru, pilihlah posisi seks terbaik dan selesa untuk kedua-dua pihak
  • Sistem imunisasi tubuh berkurang. Ini disebabkan oleh pelepasan hormon prostaglandin E-2 ketika seks. Ia membuatkan libido seksual berkurang, melemahkan kekebalan tubuh dan sakit otot

#2. Hubungan seks suami isteri 3 kali seminggu

credit to sources

Menurut ahli seksologi, Boyke Dian Nugraha, kekerapan bersetubuh dua hingga tiga kali seminggu adalah normal dan umum dilakukan oleh pasangan dengan usia 40 tahun ke bawah.

Namun, jumlah tersebut bukanlah frekuensi yang ideal. Boyke menyarankan agar anda dan pasangan ‘lebih rajin’ untuk bersama, mencuba posisi dan lokasi baru bagi meningkatkan kemesraan. Selain itu, tingkatkan komunikasi antara pasangan bagi memperoleh seks lebih berkualiti.

#3. Hubungan intim suami isteri 1 kali dalam seminggu

Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam Archives of Sexual Behaviour menunjukkan rata-rata orang Amerika Syarikat melakukan hubungan seksual sebanyak 54 kali dalam setahun atau satu kali seminggu.

Walaupun begitu, ia bukanlah sebuah kunci kebahagiaan dan kepuasan pasangan. Dalam kajian lain oleh Social Psychology and Personality Science mendapati pasangan yang melakukan rutin seks 1 kali dalam seminggu berasa tidak puas dan kurang bahagia.

Faktor yang mempengaruhi hubungan kelamin

Secara umumnya, peningkatan usia tentu sahaja akan mempengaruhi keupayaan organ-organ tubuh termasuklah organ seksual. Sebab itulah bagi pasangan yang berusia 40 tahun ke atas, frekuensi hubungan seks 1 kali seminggu adalah normal.

Bagi golongan lelaki, penurunan kadar hormon testosteron yang berkurangan mengakibatkan ereksi lemah dan memerlukan rangsangan lebih lama untuk penis ereksi.

credit to sources

Hal yang sama juga terjadi pada wanita sehingga membuatkan anda lebih sukar untuk terangsang. Vagina juga mengeluarkan sedikit sahaja cecair, menyebabkannya kering dan mengurangkan keinginan untuk bersama (akibat hormon estrogen berkurangan).

Selain itu, faktor lain yang sering berlaku ialah tahap stres yang tinggi pada pasangan muda dapat mempengaruhi organ-organ seksual untuk bekerja secara optimum.

Keadaan ini boleh bertambah buruk sekiranya anda menghadapi kekangan masa untuk olahraga, tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Kesimpulannya meskipun kerap bersama di ranjang memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan fizikal dan mental, namun biarlah berpada-pada mengikut keupayaan diri.

Sekiranya suami tidak bersedia untuk meneruskan aksi, usahlah memaksa diri dan cuba berkomunikasi dengan baik. Manakala bagi isteri pula, anda perlu sentiasa berusaha memenuhi keinginan suami di ranjang agar hubungan rumah tangga kekal bahagia.

Sememangnya dengan melayan kehendak pasangan, dijanjikan banyak ganjaran pahala.

Sumber: Ruangmom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Desahan Dan Erangan Wanita Mampu Membuatkan Hubungan Seks Menjadi Lebih Rancak