Anak Ambil Gunting Nak Tikam Adik, Bila Ibu Selidik Rupanya Terpengaruh Kartun Huggy Wuggy

Huggy wuggy atau poppy playtime merupakan kartun yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak kerana mengajarkan unsur ganas dan tidak elok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan ramai ibu ayah pada hari ini memberikan telefon kepada anak yang masih kecil sebagai ‘senjata’ dalam mengawal mereka. Namun tahukah anda anak-anak terdedah dengan pelbagai kandungan di internet termasuklah kartun Huggy Wuggy atau PopplyPlayTime.

Lebih menyedihkan banyak masa anak-anak diluangkan pada skrin sehingga ada yang langsung tidak ambil tahu jenis kandungan yang ditonton oleh si kecil dan hanya menyedari selepas tingkah laku mereka berubah.

Kartun Huggy Wuggy atau PoppyPlaytime bahaya untuk kanak-kanak, ibu kongsi pengalaman mengejutkan

Seorang ibu, Miemie Nurul Tmj berkongsi pengalaman anaknya yang suka menonton kartun Huggy Wuggy di Youtube.

Kartun Huggy Wuggy sudah diharamkan oleh kami laki bini untuk anak-anak. Sebab ia betul-betul tidak layak untuk ditonton anak-anak kita, ada banyak unsur-unsur ganas dan kelakuan di luar moral.

Jika anak anda sudah taksub dengan cartoon Huggy Wuggy ini, lebih baik berhati-hati. 

Anak-anak yang tengok YouTube cerita ni, personalitinya akan berubah, macam anak saya yang lelaki, dia jenis seorang yang soft spoken, tidak pandai sangat nak marah dan berkasar dengan adik-beradiknya.

Tapi hari tu dia tiba-tiba pandai marah, kemudian ambil GUNTING nak cucuk adik dia yang masih kecil. Saya menjerit sehabis suara untuk menghalangnya. 

Kemudian saya rampas gunting yang ada di tangannya. Saya tanya dia dan siasat kenapa dia boleh terfikir nak buat MACAM tu. Rupanya selama ini dia duduk melayan kartun Huggy Wuggy dekat YouTube.

Saya rasa cuai sekejap ketika itu, dia sendiri yang cakap dalam cerita kartun tu selalu buat MACAM ni, ganas-ganas MACAM ni..jadi abang ikut katanya. Allah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang saya halang anak-anak tengok YouTube cerita kartun ini, apa yang mereka nak tengok, saya pantau dulu. Kalau saya izinkan, baru anak-anak boleh tengok.

Ketahuilah ibu ayah, kartun atau game Poppy Playtime dan juga channel Youtube lain sekarang ini banyak merosakkan minda anak-anak.

Macam cerita kartun ni, kandungan dia tentang ibu bapa dan ahli keluarga harus dibunuh. Tidak ada orang sayangkan awak seperti Huggy Wuggy sayang awak. 

Anda tidak percaya? Cubalah duduk bersama anak-anak sekejap dan tengok bagaimana jalan cerita dia.

Jadi ibu ayah, tolonglah waspada dan pantau anak yang tengok televisyen, main telefon atau iPad. Jika ada cerita kartun dengan unsur-unsur ganas ini, segeralah sekat.

Jangan pula anda marahkan anak kecil. Mereka tidak memahami apa yang berlaku. Kita sebagai ibu ayah tolonglah pantau dan nasihati anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengenai Huggy Wuggy Poppy Playtime yang ramai ibu ayah tidak tahu

Manakala seorang ibu yang lain, Aisyah Hussain turut berkongsi kebimbangannya dengan fenomena cartoon huggy wuggy yang telah berjaya menarik perhatian kanak-kanak.

Bahaya ! Huggy wuggy! Ibu pernah tonton kartun ini? Ia sangat popular sekarang tau.

Kalau ibu-ibu tidak tahu Huggy Wuggy itu apa, anda boleh cari dekat Youtube. Dia adalah kartun berwarna biru dengan mukanya berbentuk segi tiga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tolong cepat-cepat sekat atau tutup. Kartun ini sangat bahaya dan boleh mempengaruhi minda anak-anak.

Kenapa Cah cakap ia bahaya? Sebab kalau ibu-ibu duduk menonton Huggy Wuggy, cuba perhatikan betul-betul jalan cerita, muka dia dah cukup menakutkan. Lagu-lagunya pun juga seram.

Dia bukan seram macam cerita hantu. Tapi lebih dari itu. Sebab boleh mempengaruhi minda anak-anak dan mengajarkan mereka untuk melakukan pembunuhan.

Bukan itu sahaja, lirik lagu kartun ini turut memiliki kata-kata peluk dan bunuh. Ia sangat tidak sesuai jika anak kecil dengar.

Cartoon Huggy Wuggy ini dihidupkan sebagai karakter jahat. Salah satu lirik lagu dalam channelnya berbunyi begini ”Saya boleh memeluk awak di sini selamanya, sehingga awak boleh menghembuskan nafas terakhir bersama-sama. Gigi saya yang tajam, awak dalam gengaman saya.”

Bayangkan perkataan-perkataan sebegini bermain di minda anak-anak. Memang rosak. Jadi kesimpulannya dekat sini, ibu kena pantau apa yang anak-anak buat dan tengok.

Kalau minda dah terpengaruh dengan benda-benda seperti ini, unsur bunuh-membunuh, pukul-memukul, jangan salahkan anak-anak sebaba kesalahan itu berpunca dari kita.

Meskipun nama Youtubekids, ibu tetap kena waspada sebab tetap ada adegan yang buruk. Jangan biarkan si kecil anda tengok video seorang diri sebab sekarang ini terlalu banyak kandungan yang tidak elok dalam medium tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Telefon ibarat macam pisau, dalam kebaikannya tetap ada keburukan yang perlu waspada

Perkongsian oleh Taufiq Razif mengenai kartun ini telah membuka mata ibu-ibu. Mereka turut berkongsikan pengalaman yang sama.

Adik saya beritahu kawan anak dia cakap nak jadi macam Huggy Wuggy. Malam-malam nak bunuh mak, ayah dan adik sebab dia tidak suka mereka. Na’uzubillahiminzalik, minta dijauhkan perkara sebegini. Memang kena pantau habis-habisan bila beri anak telefon. Lebih bagus tak payah bagi langsung.

Anak buah saya umur 4 tahun pun pandai cakap pasal bunuh. Dia tak dengar kata, mengamuk dan marah dekat dia, terus dia kata nanti nak bunuh tikam dengan pisau. Rasa seriau pula bila dengar macam tu. Memang sejak hari itu sentiasa sorok pisau tak bagi dia capai. Pengaruh Youtube kot, risau sungguh.

Kartun Happy Tree Friends pun bahaya. Lagi comel dan kelakar. Tapi sangat-sangat psiko kartun tu. Anak saya terjebak dengan Happy Tree Friends dan Huggy Wuggy. Pada mulanya saya tidak perasan. Sekali dengar bunyi lagu dia, terus cepat-cepat ambil telefon. Mengucap panjang saya. Patutlah kelakuan anak sulung agak lain dalam beberapa hari. Dia sengaja suka-suka kepitkan kepala kucing dekat pintu, kadang-kadang dia cucuk dengan besi tayar mainan dan banyak lagi.

Jelas Taufiq Razif, bagi seorang anak, handphone ini seperti pisau.

Kebaikan handphone:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • anak boleh belajar
  • anak boleh berkawan
  • anak boleh simpan gambar kenangan
  • anak boleh belajar berniaga online
  • untuk berkomunikasi jika ada kecemasan

Tapi di sebalik kebaikannya, ada juga keburukan yang bahaya :

  1. anak susah fokus sebab ‘attention span’ makin pendek bila tonton video yang laju, cepat dan pendek
  2. emosi tak stabil sebab ketagihan dengan ‘dopamine rush’ bila bermain game dan tonton video menarik
  3. anak terpengaruh dengan softporn yang terdapat pada iklan, game dan video yang tak bertapis
  4. tidur jadi tak berkualiti sebab terdedah dengan ‘screen-time’ yang melampau dan efek daripada ‘blue light’ daripada handphone
  5. anak jadi gemuk dan obese akibat daripada ‘sedentary lifestyles’ bila terlalu asyik dengan handphone dan gajet
  6. pengaruh pada psikologi anak bila terdedah dengan kartun yang psiko dan ganas seperti Huggy Wuggy, Happy Tree Friends dan lain lain

Jika kita masih tekad nak bagi anak kita handphone sekalipun, kita kena tanya dulu diri kita. Adakah anak kita dah bersedia untuk bermain dengan ‘pisau’ yang ada di tangannya?

Kerana pisau ini hanya akan bermanfaat pada tangan yang mampu mengawalnya tapi jika ianya berada pada tangan yang belum mampu mengawalnya, ia akan mencederakan dan menyakiti mereka.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Anak Jadi Kurang Marah & Tantrum Lepas Seminggu Ayah Ini Buang Youtube Kids

Baca juga:  Ada Unsur Negatif & Lucah, Ibu Ayah Perlu Kawal Anak Yang Gemar Layan YouTube!

Baca juga:  AWAS! Ada Tutorial Bunuh Diri TERSEMBUNYI Dalam Video Kanak-Kanak Di Youtube!