Photoshoot bayi baru lahir sememangnya sudah menjadi trend terkini. Jika kita lihat sekarang, banyak juga ibu bapa yang memilih untuk mengambil gambar anak dalam sesi photography mengikut tema kesukaan mereka.
Ada yang menjadikan bayi baru lahir sebagai cef, guru sekolah, doktor, pilot, dan sebagainya. Kreatif juga! Tapi yang junior-junior ini semuanya tidur aje!
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Jurufoto bayi kongsi tentang kerjaya sebagai newborn photographer.
- Berdepan pelbagai permintaan daripada parents.
- Jenis-jenis gambar permintaan pelanggan.
- Jika bayi menangis, itu maknanya ‘kena sidai’.
- Parents minta tema ‘Mat Kilau’.
Photoshoot bayi baru lahir: Jurufoto bayi kongsi ‘nature’ kerjayanya
Baru-baru ini, portal media mStar telah berkongsi perjalanan karier seorang jejaka iaitu Mohammad Zainin Zamanhuri, 35, atau lebih dikenali sebagai Takara Sakana yang kini bekerja sebagai seorang jurufoto bayi (newborn photographer).
Menurut Takara, “Photoshoot bayi ni sudah ada sejak dahulu lagi, tapi masa umur tiga hingga 12 bulan pergi ke studio kedai gambar ambil foto sambil meniarap atau baring untuk buat kenangan semasa kecil. Sekarang photoshoot bayi semakin menjadi ikutan,” jelasnya.
Dia juga menjelaskan bahawa newborn photoshoot ini bermaksud bayi kurang 30 hari akan bergambar mengikut tema yang dipilih oleh ibu bapanya. Akan tetapi, adalah lebih ‘afdhal’ jika ianya dilakukan sebelum 14 hari.
“Saya pilih bayi umur bawah 30 hari sebab pada usia begini masanya lebih banyak tidur dan sangat mudah untuk diambil gambar. Otot-otot bayi pun masih lembut dan senang untuk dibentuk,” katanya.
Bertugas sebagai jurufoto bayi sejak 2014 dan berdepan banyak permintaan oleh ibu bapa
Takara mengulas bahawa dia telah bertugas sebagai jurufoto bayi sejak tahun 2014 dan tentunya sejak bermulanya kerjayanya ini, dia turut berdepan dengan pelbagai bentuk rintangan, pemintaan, dan gelagat bayi serta ibu bapa mereka.
Dia juga kini bekerja sepenuh masa sebagai jurugambar dan telah merentasi setiap negeri, lokasi demi lokasi bagi memenuhi permintaan pelanggan. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah merungut meskipun tugasnya ini amat mencabar kerana menurutnya, hasil yang diberikan cukup menakjubkan dan ‘extraordinary’.
Photoshoot bayi baru lahir: Jenis-jenis gambar permintaan pelanggan
“Bermacam-macam stail mengikut citarasa dan trend semasa. Ada yang minta anak mereka jadi superhero, pendekar, rockstar, ustaz atau ustazah, seperti bunga dan bermacam-macam lagi yang menjadi pilihan ibu bapa untuk bayi mereka.
“Saya mula mengambil gambar bayi ini kira-kira lapan tahun lalu. Dari Perlis hingga ke Johor saya akan pergi ambil gambar bayi. Di mana ada permintaan, Insya-Allah saya akan sampai. Pernah juga hingga ke Kuching, Sarawak, merasa naik kapal terbang.
“Sekarang saya jadi photographer sepenuh masa. Sebelum photoshoot bayi saya jurugambar untuk majlis kahwin dan majlis-majlis lain. Trend photoshoot bayi ini sudah lama di luar negara cuma belum ramai yang ceburi bidang ni. Di Malaysia masa dulu ada dua atau tiga orang sahaja yang buat,” jelas Takara.
Takara dalam masa yang sama turut mengambil beberapa langkah bagi memastikan kerjayanya ini menjadi mudah dan proses untuk mengambil gambar si kecil berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Takara merupakan bapa kepada tiga orang anak dan hanya bertugas secara bersendirian tanpa bantuan orang lain bagi menghasilkan gambar yang menarik buat ibu bapa di luar sana. Dia juga mengatakan lebih suka bekerja berseorangan.
Bayi menangis itu maknanya kena ‘sidai’
“Baby menangis itu biasa dalam erti kata lain kena sidai. Jadi saya akan pastikan sebelum photoshoot baby sihat dan tak meragam. Kalau semasa photoshoot baby menangis saya akan cuba pujuk sendiri dahulu, jika tidak boleh baru minta tolong ibu bayi.
“Lagipun hanya saya seorang sahaja yang pergi ke rumah client. Saya yang handle bayi dan saya jugalah photographer. Di negara kita pun jarang jumpa photographer lelaki ambil gambar bayi,” kata Takara.
Photoshoot bayi baru lahir: Parents minta tema Mat Kilau
Ah sudah. Memang bunyi macam sukar, tapi tugas ini dapat dijayakan dengan baik oleh Takara apabila ada parents yang meminta tema Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan iaitu sebuah filem baharu arahan Syamsul Yusof yang semakin tular pada ketika ini.
Agaknya bagaimanalah rupa Mat Kilau junior, kan? Sudahlah tidur je! Comel betul.
Video penghasilkan sesi fotografi tersebut dimuat naik oleh Takara menerusi TikTok miliknya di mana dia dilihat mengenakan busana Pahlawan pada seorang bayi. Video tersebut juga berjaya meraih 1 juta tontonan dan mendapat pujian netizen.
Mana tidaknya, anak kecil ini dipakaikan keris dan tengkolok mini mengikut tema Mat Kilau!
“Mengenai busana pahlawan itu, ia sudah digunakan pada Mac lalu semasa photoshoot di Kedah. Sekarang trending cerita Mat Kilau, kebetulan ada client saya yang berkenan prop tersebut. Lagu saya cari muzik awal serunai silat dan saya cantumkan dengan lagu Datuk M. Nasir dengan lagu Mentera Semerah Padi. Tak sangka boleh viral,” jelasnya.
“Pakaian bayi ini istimewa sikit sebab saiz kecil. Jadi saya terpaksa buat tempahan khas. Begitu juga dengan props. Kebanyakannya saya akan tempah dari luar seperti set baju dan prop-prop kecil, ada juga dari Malaysia seperti busana pahlawan yang direka khas.”
Untuk pengetahuan anda, Takara memberitahu bahawa kos yang dikenakan adalah sekitar RM700 sehingga RM1,800 untuk sesi bergambar. Kesemua barang akan disediakan, ibu bapa hanya perlu sediakan bayi sahaja.
Kalau anda ingin mencuba servis yang ditawarkan oleh Takara, bolehlah cuci mata dahulu di Instagram (newbornbytakara).
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 3 Tahun Hidup Tanpa Suami, Wanita Tabah Ini Bawa Anak-Anak Photoshoot Raya Bersama
Baca juga: Tak Takut Kena Sengat, Ibu Hamil Ini Buat Photoshoot Dengan 10 Ribu LEBAH !
Baca juga: Dituduh Cari Publisiti Murahan Buat Photoshoot Di Kubur? Pemilik Butik Jelaskan Perkara Sebenar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!