Hukum Gosok Gigi Saat Puasa Yang Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Mufti

Pasti ramai di antara kita yang masih keliru dan was-was hukum gosok gigi saat puasa kerana takut puasa terbatal, ini penjelasan Mufti WP

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita semua tahu bahawa mulut orang berpuasa akan sedikit berbau, lantaran itu ramai tertanya-tanya apakah hukum gosok gigi saat puasa? Ada yang mengatakan boleh, ada juga yang kata tidak boleh kerana makruh dan membatalkan puasa.

Hukum Gosok Gigi Saat Puasa

Bolehkah gosok gigi saat puasa? Menurut Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Maktabah al-Bakri menjelaskan bahawa penggunaan ubat gigi ketika bersiwak atau memberus gigi ketika sedang berpuasa tidak membatalkan puasa.

Lebih-lebih lagi, bersiwak atau gosok gigi ini termasuk dalam perkara sunat, tidak kira sama ada orang yang sedang berpuasa atau tidak.

Malah, kita turut digalakkan memberus gigi dengan kerap dalam sehari jika tidak membebankan sepertimana sabda Rasulullah SAW:

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku  ataupun manusia nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mengapa Kita Perlu Gosok Gigi Ketika Berpuasa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ المِسْكِ

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun, ia tidak bermakna kita biarkan saja mulut berbau busuk dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang bukan Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa Gosok Gigi Puasa Boleh Jadi Terbatal?

Perbuatan menggosok gigi masa puasa tidak akan membatalkan puasa dengan syarat tidak menelan sebarang bahan seperti ubat gigi ketika memberus dengan sengaja.

Gosok gigi puasa akan membatalkan puasa sekiranya tertelan ubat gigi atau air masuk ke dalam kerongkong. Jika tiada ubat kumur atau ubat gigi yang ditelan maka memberus gigi tidak membatalkan puasa.  

Sekiranya berlaku, hendaklah segera meludahnya keluar dan tidak sengaja menelannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itulah, timbulnya perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang hukum gosok gigi selepas tergelincir matahari ketika berpuasa.

Sebahagian mereka menghukumkannya sebagai makruh manakala sebahagian yang lain mengharuskannya.

Adalah lebih baik sekiranya seseorang itu dapat menggosok gigi dengan ubat gigi di luar waktu berpuasa seperti selepas bersahur dan selepas berbuka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan, memadailah dengan menggunakan berus gigi dan air sahaja ketika berpuasa untuk menghindarkan rasa was-was dan tertelan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Memakai Gincu Ketika Puasa Menurut Mufti Wilayah, Wanita Sila Take Note

Baca juga: Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

Baca juga: Ibu Mengandung Muntah Kerana Alahan, Adakah Puasanya Dikira Sebagai Batal?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah