X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

4 min bacaan
Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

Cabut gigi geraham atau gigi yang lain biasanya memerlukan anda menempah tarikh temu janji. Jika dalam bulan puasa, ketahui hukumnya

Ketika menjalani ibadah puasa, anda bukan sahaja perlu menahan diri daripada lapar dan dahaga. Malah perlu mengelakkan perkara yang boleh membuatkan puasa terbatal. Namun bagaimana pula dengan hukum cabut gigi geraham atau gigi lain ketika puasa Ramadhan?

Cabut gigi ketika puasa sebenarnya tidak membatalkan puasanya. Walau bagaimanapun hal yang dibimbangi adalah keluarnya darah selepas mencabut gigi.

Hukum cabut gigi geraham atau gigi lain ketika puasa

hukum cabut gigi ketika bulan puasa

Darah yang keluar selepas cabut gigi sedikit pun tidak mempengaruhi hukum berpuasa. Namun wajib bagi orang yang berpuasa tersebut berusaha menjaga agar tidak tertelan dengan sengaja.

Hal ini kerana darah yang keluar semasa mencabut gigi adalah perkara yang datang kemudian dan bukan hal yang biasa terjadi, sehingga menyebabkan jika tertelan, akan membatalkan puasa.

Berbeza pula dengan menelan air liur, ia tidak membatalkan puasa kerana air liur bersifat tabi’ie yang ada dalam mulut.

Maka, wajib bagi orang yang berpuasa tersebut untuk menjaga agar darah, ubat dan benda asing tidak sampai masuk ke perutnya. Namun, jika ia masuk tanpa sengaja maka itu tidak mengapa kerana dia tidak melakukannya dengan sengaja.

Nasihat kami, seeloknya cabutlah pada waktu malam hari kecuali kerana keperluan. Jumhur fuqaha berpendapat, tidak batal puasa menelan air liur.

Air liur termasuk dalam sesuatu yang amat sukar dihindari seperti debu, debunga dan debu tepung. Mazhab Syafii berpendapat batal puasa jika menelan kembali air liur yang telah keluar dan berada antara dua bibir.

Begitu juga batal puasa menelan kahak dan hingus atas alasan kedua-duanya termasuk sesuatu yang boleh dihindarkan (boleh dibuang).

Bagaimana pula jika buat rawatan gigi ketika puasa?

Berdasarkan keputusan Majma’ al-Fiqhi al-Islami, No. 93 (1/10) pada 3 Julai 1997 menjelaskan perkara berikut tidak membatalkan puasa, iaitu:

“Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut daripada prosedur itu.”

Prosedur rawatan seperti cuci gigi, tampalan, cabutan gigi, pembedahan mulut kecil, suntikan bius setempat, ‘braces’, kanal akar, ‘crown’ dan ‘bridge’ atau lain-lain, boleh dilakukan ketika seseorang sedang berpuasa.

cabut gigi ketika puasa

Menurut Aktivis I-Medik yang juga Pegawai Pergigian Kementerian Kesihatan, Dr Kaiyisah Husain, rawatan pergigian rutin seperti scaling dan tampalan dilakukan dengan alat tangan bermotor.

Ia biasanya mengeluarkan air suling melalui hujung alat tersebut ke dalam mulut, alat penyedut ada digunakan untuk menyedut air suling and air liur yang terkumpul dalam mulut anda semasa rawatan dijalankan.

Untuk pengetahuan anda, puasa tidak akan terbatal selagi benda-benda yang terkumpul ketika pemeriksaan dan rawatan pergigian tidak masuk ke kerongkong mulut dengan sengaja.

Penyemburan air suling ini diperlukan supaya alat tersebut tidak menjadi panas. Hal ini kerana haba yang terhasil semasa operasi alat tangan bermotor boleh memudaratkan gigi anda. Selagi air suling tidak ditelan, puasa masih sah.

Selain daripada itu, doktor gigi anda akan menjelaskan bahawa prosedur-prosedur yang mungkin menyebabkan air liur tertelan dan masuk ke kerongkong mulut sebelum rawatan dijalankan.

Rawatan yang melibatkan bendalir terkumpul dalam mulut:

– Pembersihan karang gigi

– Tampalan gigi

– Cabut gigi

– Prosedur-prosedur lain yang menggunakan alat tangan bermotor

Prosedur yang tidak melibatkan bendalir:

– Rawatan pergigian

– Pengambilan x-ray

Penjagaan gigi ketika puasa, elak bau mulut

Ketika berpuasa, mulut agak kering kerana kurang rangsangan penghasilan air liur daripada proses makan dan minum selama lebih 13 jam atau kurang bercakap.

mulut berbau ketika berpuasa

Sisa makanan di celah gigi yang tidak dibersihkan dengan baik boleh menjadi punca mulut berbau disebabkan aktiviti bakteria.

Kaviti gigi lebih cepat terbentuk jika mulut kering dalam tempoh lama. Justeru, digalakkan memberus gigi atau bersiwak tiga kali sehari agar kuman dan bakteria tidak melekat di dalam mulut dalam tempoh lama.

Sebaiknya gosok 30 minit selepas sahur, sebelum tergelincir matahari dan sebelum tidur.

Pastikan pilih berus gigi lembut dan ubat gigi berflorida untuk perlindungan gigi.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Tabiat menggosok gigi sejurus selepas makan atau selepas mengambil sesuatu yang tinggi kandungan asid (rendah pH) tidak bagus kerana boleh merosakkan gigi.

Justeru ikuti beberapa tips penjagaan gigi ini sepanjang berpuasa:

  • Bersihkan sisa makanan dengan benang gigi, selepas sahur atau berbuka. Tidak digalakkan guna pencungkil gigi, elak cederakan gusi.
  • Jika ‘moreh’ atau mengambil makan lewat malam, digalakkan ‘floss’ sekali lagi sebelum tidur.
  • ‘Flossing’ harus dilakukan sebelum menggosok gigi supaya sisa makanan dapat dilonggarkan terlebih dulu sebelum menggosok gigi.
  • Berus lidah, bersihkan sisa makanan, bakteria mudah melekat kerana penyebab mulut berbau
  • Guna ubat berkumur supaya nafas segar

Kosmo, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Kecil Pakai Braces Gigi Sebab Nak Nampak Hipster, Netizen Selar Tindakan Ibu Ayah

Baca juga: Karies Gigi Anak Boleh Terjadi Biarpun Selalu Gosok Gigi, Ini 7 Langkah Mengatasinya!

Baca juga: Fake Braces Berbahaya! Jauhi “Doktor” Gigi Yang Pasang Pendakap Gigi Haram

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur
Kongsikan:
  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • 13 Petua Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan, Solusi Berkesan Untuk Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan, Solusi Berkesan Untuk Anda Cuba Di Rumah

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • 13 Petua Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan, Solusi Berkesan Untuk Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan, Solusi Berkesan Untuk Anda Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham