X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Struggle Bila Anak Tidak Mahu Berus Gigi, Ibu Cuba Buat 4 Cara Ini, Pasti Berjaya!

4 min bacaan
Struggle Bila Anak Tidak Mahu Berus Gigi, Ibu Cuba Buat 4 Cara Ini, Pasti Berjaya!

Kepentingan memberus gigi dapat menjaga kebersihan mulut daripada sebarang jangkitan kuman. Namun ramai anak kecil yang enggan gosok gigi

Rutin sebagai ibu merupakan satu perjuangan yang melibatkan tindakan memujuk, merayu dan merasuah anak-anak untuk sesuatu perkara. Kepentingan memberus gigi perlu diajar seawal usia bagi mengekalkan kesihatan gigi dan mulut si manja.

Ramai ibu ayah mengakui bahawa bukan mudah untuk memujuk anak kecil untuk berus gigi. Mana tidaknya si manja akan menjerit dan menangis sebaik sahaja tibanya waktu gosok gigi hingga kadang-kadang anda perlu berperang dengan mereka.

Kepentingan memberus gigi dan punca anak tidak suka gosok gigi

anak tidak mahu gosok gigi

Sebenarnya episod memberus gigi boleh menjadi sesuatu yang menakutkan bagi kebanyakan bayi dan kanak-kanak.

Namun ia adalah sesuatu perkara yang normal. Pakar mengatakan ada beberapa sebab yang menjadi punca anak tidak suka memberus gigi.

#1. Mengalami masalah deria

Sebab pertama anak tidak suka memberus gigi adalah kerana masalah deria. Mereka mungkin menjadi hipersensitiviti, tidak menyukai rasa, tekstur ubat gigi atau rasa dan tekanan bulu pada gigi mereka.

Dr. Lynse Briney dari Chicago Dental Society mencadangkan ibu ayah mencuba pelbagai pilihan perisa ubat gigi dan berus untuk melihat mana yang paling sesuai untuk anak anda.

Briney mencadangkan bahawa apabila menguji pilihan ini, mulakan berus gigi anak selama 10 saat dan tingkatkan secara beransur-ansur sehingga dua minit apabila mereka perlahan-lahan menerimanya.

#2. Sifat semula jadi anak suka menentang

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa kanak-kanak tidak suka diberitahu apa yang perlu dilakukan dan bila untuk melakukannya. Memberus gigi secara semula jadi termasuk dalam kategori ini.

“Sebagai ibu ayah, kita perlu konsisten menyuruh mereka memberus gigi seperti kita konsisten meminta mereka mandi atau menukar pakaian,” kata Briney, yang juga ibu kepada kanak-kanak berusia 8 dan 11 tahun

“Ibu ayah perlu menekankan kepentingan memberus gigi kepada anak, dan memberi mereka pilihan bagaimana untuk melakukannya. Pastikan mereka gosok gigi dengan baik setiap hari.”

#3. Sakit sewaktu berus gigi

Dr. Aggie Iwa dari Hart Dental di Barrington mengatakan bahawa apabila kanak-kanak mengalami kesakitan semasa menggosok gigi, sudah tiba masanya mereka mendapatkan pemeriksaan doktor gigi.

Antara punca rasa sakit ini terjadi ini berlaku adalah disebabkan oleh gigi yang longgar ataupun tumbuh gigi baharu.

Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi sesuatu yang lebih menakutkan – seperti gingivitis atau keradangan gusi.

“Jika anak berdepan situasi sakit sewaktu memberus gigi, ibu ayah hendaklah pertimbangkan membawa mereka berjumpa doktor gigi bagi mendapatkan rawatan yang betul,” kata Dr. Iwa.

Cara menggalakkan anak memberus gigi

cara menggalakkan anak berus gigi

#1. Ibu ayah perlu jadi geng berus gigi

Ketika mengajarkan anak memberus gigi, perkara pertama yang ibu ayah perlu lakukan adalah dengan menjadi teladan buat si manja.

Anak akan meniru setiap tindakan ibu ayah. Ketika ingin memperkenalkan si manja dengan berus gigi, tunjukkan pada mereka cara untuk pegang dan gosok gigi dengan betul. Elakkan dari memaksa kerana ia boleh buat anak menjadi trauma.

#2. Buatkan anak rasa istimewa

Yang ini lebih kepada kanak-kanak. Biarkan anak memilih berus gigi khas. Terdapat pelbagai jenis berus gigi baharu di luar sana menampilkan dinosaur, watak kartun popular dan sebagainya.

Kebebasan anak memilih dapat membuatkan mereka teruja dan seronok untuk gosok gigi. Selain itu sediakan kerusi bersesuaian di hadapan cermin dan cawan berwarna supaya mereka boleh menyimpan berus gigi.

#3. Fokus

Pastikan anak fokus untuk menggosok gigi dengan bersih. Ajarkan mereka untuk pegang, picit ubat gigi dan beruskan gigi.

#4. Nyanyikan lagu

bawa anak jumpa doktor gigi

Anda boleh nyanyikan lagu kegemaran anak ketika memberus gigi bagi menaikkan semangat mereka. Kebanyakan anak kecil amat suka pada muzik. Jadi pilih lagu yang menyeronokkan agar mereka terhibur dan beri kerjasama sewaktu menggosok gigi.

Bila perlu bawa anak jumpa doktor gigi

Sebaiknya, anak berusia 1 tahun perlu membiasakan diri mereka untuk berjumpa doktor gigi.

Jika anak sudah tidak menggunakan botol dan tidak ambil makanan manis, maksudnya gigi mereka tetap sihat dan pada usia dua tahun sebaiknya melakukan rutin berjumpa doktor ini setiap enam bulan sekali.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Semoga bermanfaat!

Chicago Parent, For Worth Texas Dentist

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Kecil Pakai Braces Gigi Sebab Nak Nampak Hipster, Netizen Selar Tindakan Ibu Ayah

Baca juga: Cara Menjaga Gigi Anak Agar Kekal Cantik & Sihat, Rahsianya Guna Ubat Gigi Berfluorida!

Baca juga: Karies Gigi Anak Boleh Terjadi Biarpun Selalu Gosok Gigi, Ini 7 Langkah Mengatasinya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Struggle Bila Anak Tidak Mahu Berus Gigi, Ibu Cuba Buat 4 Cara Ini, Pasti Berjaya!
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.