Hukum Makan Daging Kuda Dalam Islam, Ini Penjelasan Menurut Mufti WP

Hukum makan daging kuda adalah halal menurut majoriti ulama berdasarkan dalil-dalil sahih dan amalan para sahabat Nabi SAW.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada masa dahulu, kuda memainkan peranan penting sebagai kenderaan untuk mengangkut barang dagangan dan manusia. Persoalannya, apakah hukum makan daging kuda dalam Islam?

Hukum Memakan Daging Kuda Dalam Islam

Majoriti ulama, termasuk Mazhab Syafie, bersepakat bahawa hukum makan daging kuda adalah halal dan tidak makruh. Pendapat ini berdasarkan hadis-hadis sahih yang jelas.

Berdasarkan daripada riwayat Jabir bin Abdullah R.A bahawa :

أَكَلْنا زَمَنَ خَيْبَرَ الخَيْلَ، وَحُمُرَ الوَحْشِ، وَنَهانا النبيُّ ﷺ عَنِ الحِمارِ الأهْلِيِّ

Maksudnya : “Pada waktu perang Khaibar kami pernah memakan (daging) kuda dan keldai liar dan Nabi SAW melarang kami daripada memakan (daging) keldai jinak (peliharaan).” – Riwayat Muslim 

Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan daripada Asma’ binti Abu Bakar R.Anhuma bahawa :

نَحَرْنا على عَهْدِ رَسولِ اللَّهِ صَلّى اللهُ عليه وسلَّمَ فَرَسًا فأكَلْناهُ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya : “Kami telah menyembelih kuda pada zaman Rasulullah SAW dan kami memakannya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim 

Di sana terdapat pendapat yang menyebutkan bahawa hukum makan daging kuda adalah makruh. Pendapat ini disandarkan kepada Ibn ‘Abbas, al-Hakam, Malik dan Abu Hanifah. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/4 dan Taudhih al-Ahkam, Cet. Dar Ibn Hazm, 3/497)

Antara hujah mereka, firman Allah SWT :

وَالْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya : “Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan.” – (Surah al-Nahl : 8)

Mereka mengatakan bahawa ayat di atas menunjukkan bahawa Allah menjadikan haiwan-haiwan ini sebagai haiwan tunggangan dan perhiasan.

Dan Allah SWT tidak menyebut pun di dalam ayat tersebut manfaatnya untuk dijadikan sebagai makanan (dimakan).

Oleh itu, ini menunjukan bahawa tidak ada manfaat lain bagi haiwan-haiwan tersebut melainkan apa yang telah disebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, kuda diletakkan sekali bersama keldai dan baghal yang mana menunjukan mereka juga berkongsi hukum yang sama iaitu haram (dimakan). (Lihat al-At’imah, oleh Dr. Soleh al-Fauzan, hlm. 41-42 dan al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/4)

Begitu juga, riwayat daripada Khalid bin al-Walid R.A bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ أَكْلِ لُحُومِ الْخَيْلِ، وَالْبِغَالِ، وَالْحَمِيرِ، وَكُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ

Maksudnya : “Rasulullah SAW telah melarang daripada memakan daging kuda, baghal, keldai dan setiap haiwan buas yang bertaring.” – Riwayat al-Nasaie 

Para ulama daripada kalangan imam-imam hadis dan selain mereka telah bersepakat bahawa hadis di atas adalah dhaif (lemah).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan sebahagian mereka pula mengatakan ia telah dimansuhkan.

Dalil Umum Mengenai Makanan Halal

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” – Surah al-Baqarah ayat 168

Menurut tafsir Syeikh al-Sa’di, ayat ini menunjukkan bahawa hukum asal semua makanan di bumi adalah halal, kecuali jika terdapat larangan khusus daripada syariat. “Halal” bermaksud dibolehkan, manakala “baik” merujuk kepada sesuatu yang bersih dan tidak jijik, seperti bangkai atau darah.

Manfaat Makan Daging Kuda Dari Segi Kesihatan

Selain halal, daging kuda juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang menjadikannya pilihan bernutrisi, antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Tinggi Protein

Membantu pembentukan dan pertumbuhan otot, sesuai untuk individu yang aktif.

2. Rendah Lemak

Alternatif baik untuk mereka yang ingin mengawal berat badan atau memilih diet rendah lemak.

3. Kaya Dengan Zat Besi

Membantu mencegah anemia, meningkatkan tahap tenaga, dan menyokong fungsi tubuh yang sihat.

Namun, pastikan daging diperoleh daripada sumber yang bersih dan disembelih mengikut syarak.

Hukum memakan daging kuda adalah halal berdasarkan dalil yang jelas daripada Al-Quran dan hadis. Pandangan ini disokong oleh majoriti ulama, termasuk Mazhab Syafie. Selain itu, amalan ini pernah dilakukan oleh sahabat Nabi SAW tanpa sebarang teguran daripada Baginda.

Sebagai Muslim, anda boleh memakan daging kuda dengan yakin, asalkan penyediaannya memenuhi syarat-syarat penyembelihan Islam.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Serangga Cochineal/Carmine Hasilkan Pewarna Merah: Kegunaan, Kesan & Hukum Mengikut Mufti WP

Baca juga: Hukum Makan Daging Kurban Sendiri Menurut Ustaz Azhar Idrus, Ini Penjelasannya

Baca juga: Hukum Makan Ikan Bandaraya Dalam Islam, Ini Penerangan Daripada Ulama

Penulis

Noorhidayah