Hukum Mandi Wajib Selepas Azan Subuh Ketika Puasa

Adakah dibolehkan mandi wajib selepas sahur? Ikuti penjelasan majoriti ulama mengenai persoalan ini untuk suami isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mandi wajib selepas terbit fajar atau mandi wajib selepas sahur pada bulan Ramadan disebabkan persetubuhan pada malam hari atau sebelum waktu fajar adalah diharuskan dan ia tidak membatalkan puasa.

Mandi Wajib Selepas Sahur

Melewat-lewatkan mandi wajib atau mandi wajib selepas sahur iaitu setelah bersama isteri pada malam hari bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, tetapi makruh melakukannya. 

Mandi Wajib Selepas Sahur Di Bulan Puasa : Penjelasan Dr Zulkifli

Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pendapat mjoriti ulama jelas bahawa sah puasanya dan tidak batal kerana puasa dalam keadaan berjunub kerana mandi wajib selepas Subuh. 

Ini berdasarkan dalil hadis daripada Aisyah dan Ummu Salamah R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

كَانَ يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW pernah mendapati fajar telah terbit dan ketika itu beliau dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudian beliau mandi dan berpuasa.”

Riwayat al-Bukhari (1927) dan Muslim (1106). Hadis ini ialah hadis Muttafaq ‘alaih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syarat-syarat Sah Berpuasa

Enam syarat sah puasa:

  1. Islam: Ibadah puasa hanya diwajibkan ke atas umat Islam
  2. Baligh: Umur baligh secara umum bermula antara umur 9 dan 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, namun sangat digalakkan untuk melatih mereka berpuasa.
  3. Berakal: Waras, mampu berfikir dan tidak gila.
  4. Bermukim: Orang musafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi mereka harus menggantikannya. 
  5. Suci dari haid dan nifas: Wanita dalam keadaan haid atau nifas tidak wajib berpuasa. Namun mereka wajib menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
  6. Tidak uzur : Islam tidak membebankan umatnya yang uzur, sakit dan tidak mampu untuk berpuasa. Tetapi wajib menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Kelebihan Berpuasa

  1. Menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang ketika puasa melatih disiplin seseorang 
  2. Pelbagai manfaat kesihatan fizikal dan kesihatan seperti membantu menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisme, memperbaiki kadar gula darah dan meningkatkan fungsi jantung
  3. Mendekatkan hamba dan penciptanya
  4. Memberi tumpuan kepada ibadah 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, e-central

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati

Baca juga: Ibu Mengandung Puasa, Jika Alami 7 Tanda Ini Doktor Minta Anda Segerakan Berbuka

Baca juga: Tip Untuk Para Ibu yang Berpuasa Ketika Mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar