Jangan Terlampau Suka Kacau Kebahagiaan Orang, Carilah Yang Lain Untuk Jadi Pasangan Anda

Rampas hak milik orang lain yang bukan kepunyaan anda adalah berdosa dan Al-Quran melarang tegas perbuatan itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan terlalu banyak kes yang membabitkan orang ketiga yang merebut pasangan suami atau isteri orang lain. Sedangkan, hukum merosakkan rumah tangga orang adalah berdosa.

Hal ini kerana anda telah mengungat keharmoniaan dan kebahagiaan orang lain semata-mata untuk memenuhi kepuasan diri anda sendiri.

Sebab itu, berdosa menjalinkan hubungan dengan mana-mana individu yang sudah pun berumah tangga hingga mengakibatkan berlakunya perceraian dalam perkahwinan mereka.

Bayangkan kalau anda kena tarik rambut tentu sakit bukan? Ia samalah seperti pasangan dirampas pihak ketiga tentunya ia mendatangkan kesakitan yang cukup mendalam sekaligus menganggu emosi setiap hari.

Yang paling menyakitkan hati bila ia dilakukan oleh kenalan terdekat atau anda sendiri kenal latar belakang keluarganya. Sedih, kan?

Perbuatan baik akan dibalas baik begitulah jua dengan sebaliknya bila kita melakukan perbuatan yang menyakiti hati sesama manusia.

Hukum merosakkan rumah tangga orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keruntuhan rumah tangga itu sering kali dikaitkan dengan orang ketiga sama ada pasangan mempunyai kekasih yang lain atau pun campur tangan keluarga yang boleh memusnahkan perkahwinan anda.

Tak takutkah anda dengan dosa meruntuhkan mahligai orang lain?

Ini kerana hukum merosakkan rumah tangga orang adalah satu dosa yang sukar untuk dimaafkan. Malah menjalinkan hubungan cinta dengan suami atau isteri orang hukumnya adalah HARAM.

Hal ini kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu adalah punca kepada kejahatan sebab Allah SWT telah melarang umat manusia supaya tidak menghampiri zina.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya seseorang wanita sudah mengetahui bahawa lelaki yang didampingi itu adalah suami orang tapi tetap mahukan hubungan diteruskan, itu bermakna dia mempunyai keimanan yang lemah dan hati yang sangat keras.

Kuatkan cinta anda dalam perkahwinan

Semestinya cinta yang halal itu adalah mencintai kepada suami atau isteri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, cinta yang haram pula adalah mencintai seseorang yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu sama ada isteri atau suami orang lain.

Malah perbuatan anda itu tentunya boleh merobek sebuah ikatan perkahwinan hingga keluarga mereka runtuh dan akhirnya berkecai lalu menanti terbelah.

Berikut perbuatan yang paling dimurkai Rasulullah SAW

“Bukan dikalangan kami (umat Nabi Muhammad saw) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya” – Hadis Riwayat Abu Daud.

Setia, ikhlas dan jujur terhadap pasangan anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Kepercayaan

Setiap isteri, perlu meletakkan kepercayaan kepada suami tatkala mereka keluar dari rumah untuk mencari rezeki.

Namun, memang ada isteri yang takut jika suami menggunakan kesempatan ini untuk bersama dengan wanita lain.

Tapi tak perlu bimbang kerana kita ada bersama Allah. Ini kerana suami yang curang sebenarnya sudah melanggar amanah yang diberikan Allah iaitu menjaga isteri dengan sebaiknya.

#2. Jangan menyakiti atau mengecewakan isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, jika hati isteri disakiti atau dianiayai pasti membuatkan isteri berasa kecil hati.

Ini adalah satu bentuk penganiayaan paling dasyat yang boleh membuatkan isteri berduka, menangis dan bersedih.

Tak cukup dengan itu, ada juga segelintir suami yang mengabaikan nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Kesimpulannya, jika situasi ini berlaku dalam perkahwinan anda, si isteri boleh menuntut cerai daripada suaminya melalui cerai taklik, faskh atau khuluk.

Sebelum itu, dapatkan terlebih dahulu pandangan daripada ahli keluarga dan sahabat handai yang pernah melalui asam garam dalam perkahwinan mereka. 

Walaubagaimanapun, jika merasakan perbuatan suami itu berpunca daripada diri sendiri, cubalah bermuhasabah dan mencari kesilapan diri serta memperbaikinya di masa akan datang.

Mana tahu dengan cara memperbaiki itu dapat menambat kembali hati suami yang sudah hilang, sekaligus membuatkan hubungan kalian kembali bahagia seperti dahulu. 

Semoga hubungan dan ikatan suami isteri ini berkekalan abadi hingga ke syurga.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Pesona Pengantin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lelaki Berpotensi Untuk Curang Selepas 11 Tahun Perkahwinan