Hukum Pegang Al Quran Berlapik, Haram Bagi Wanita Dalam Haid Memegangnya

Apakah hukum pegang al-Quran berlapik bagi wanita haid? Persoalan ini adalah antara kemusykilan yang sering menjadi kekeliruan ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membaca Al Quran bukan sahaja perkara yang dituntut dalam Islam, tetapi amalan itu memberi pelbagai manfaat. Namun, bagaimana pula bagi wanita yang sedang mengalami haid ingin menyentuh Al Quran, apakah hukum pegang Al Quran berlapik?

Ada yang menggunakan kain pelapik untuk mengelak daripada menyentuh Al Quran secara langsung.

Mereka yang mengalami hadas haid mahupun nifas haram memegang dan membawa mushaf (perkataan bahasa Arab secara harfiah).

“Yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci,”(al-Quran surah al-Waqiah: ayat 78-79)

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:“Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.” (Riwayat al-Tabarani)

Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa hukum wanita memegang mushaf secara berlapik adalah haram berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafi’i:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Haram wanita haid memegang mushaf walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal.”

Begitu juga, haram menyentuh secara berlapik dengan kain perca:

“Mushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami. Begitu juga diharamkan menyentuhnya walaupun berlapik pada perca kain.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, mushaf Al Quran merupakan kitab suci yang terpelihara, maka individu yang mengalami hadas dilarang membawa mahupun memegang mushaf walaupun secara berlapik dengan kain.

Hukum pegang Al Quran berlapik adalah haram bagi wanita dalam haid.

Amalan Lain Yang Wanita Haid Boleh Lakukan

Sebagai wanita, janganlah kita risau dan sedih jika kita berada dalam keadaan haid dan tidak boleh membaca Al Quran dan mendirikan solat seperti biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat pelbagai amalan lain yang dibolehkan untuk kita lakukan dalam keadaan berhadas, contohnya:

  • Membaca zikir
  • Memperbanyakkan doa
  • Bersedekah

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’at-Nya dengan sebaiknya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Hebat! Anak 2 tahun Sudah Hafal 42 Surah Al Qur’an, Ini Tips Daripada Ibu Ayahnya!

Baca juga : Inginkan Anak Kecil Pintar & Berjaya? Bacalah Ayat Al-Quran Ketika Hamil

Baca juga : 7 Surah Wajar Diamalkan Dah Wajib Hafal Agar Selamat Dunia Akhirat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi